KHAS buat Calon PEPERIKSAAN PEGAWAI BELIA & SUKAN GRED S41 pada 8 Feb 2014.




FORMAT & CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI BELIA & SUKAN GRED S41



Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasikan maklumat yang diperoleh melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan.



Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Belia dan Sukan Gred S41.



Peperiksaan ini melibatkan empat kertas berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.




SUKATAN PEPERIKSAAN BERTULIS PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S41



1. Ujian ini mengandung i satu bahagian iaitu:



A. Bahagian I – Kecenderungan:



i) Seksyen A (Pengetahuan Am)

ii) Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah)

iii) Seksyen C (Esei Bahasa Melayu)

iv) Seksyen D (Esei Bahasa Inggeris)



Untuk info format & contoh soalan peperiksaan Pegawai Belia & Sukan Gred S41, boleh rujuk artikel di blog berikut :


http://jawatankerajaan.com.my/contoh...ukan-gred-s41/