Results 1 to 10 of 10

Thread: 'Seperti ada ais bawah tilam'

  1. #1
    Senior Member
    Join Date
    Feb 2013
    Posts
    259
    Post Thanks / Like

    'Seperti ada ais bawah tilam'


    Nur Husna Najian Hashim, 13 (kanan) bersama adiknya, Nur Husna Najihan Hashim, 8 (kiri) dan sepupunya Nur Sara Rofi terpaksa berpakaian dua lapis dan berselubung dengan kain batik untuk menahan cuaca sejuk akibat perubahan suhu di Kampung Beris Pak Abu, Besut. FOTO Aswadi Alias






    JERTIH: Cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini mencatatkan rekod suhu terendah iaitu 19 darjah Celsius di sekitar Besut, pagi semalam.


    Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Jenuwa Husin berkata, selain itu, Kuala Krai, Kelantan, turut merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celcius, semalam, sekali gus mencatatkan rekod pertama di Pantai Timur.



    Menurutnya, penurunan suhu itu amat berbeza dengan suhu biasa yang dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini iaitu 23 darjah Celcius di dua kawasan itu.


    Perubahan iklim mendadak di daerah Jertih membuatkan beberapa penduduk di sini terpaksa memakai pakaian tebal.




    Lebih memburukkan keadaan akibat perubahan suhu itu beberapa penduduk turut diserang demam apabila suhu kurang daripada 25 darjah Celsius pada waktu malam dan 28 darjah Celsius tengah hari tadi.




    Seorang peniaga, Siti Mariam Husin, 54, berkata, sejak perubahan suhu seminggu lalu, dia kini terpaksa memakai pakaian dua lapis dan stokin setiap kali keluar rumah waktu pagi.


    Menurutnya, dia dan dua anaknya, Nur Hidayah Hashim, 23, dan Nur Hazira Hashim, 28, terpaksa mandi menggunakan air panas untuk menghangatkan badan pada waktu pagi selain mengalami kesukaran untuk tidur malam.


    "Adakalanya saya rasa seperti ada ais di bawah tilam dan untuk menghangatkan badan saya terpaksa guna lebih selimut.


    "Pada mulanya saya ingatkan saya sahaja yang merasa perubahan suhu tetapi selepas mendengar perbualan beberapa penduduk di sini barulah saya sedar yang suhu di kawasan kampung semakin sejuk," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beris Pak Abu, dekat sini, petang ini.


    Sementara itu, Nur Hazira berkata, dia diserang demam dan sakit kepala sejak berlakunya perubahan suhu seminggu lalu.


    Menurutnya, gejala sama turut menimpa beberapa pelanggan kedai ibunya yang memberitahu mereka juga diserang demam panas dan sakit kepala.


    Malah katanya, permintaan terhadap minuman berais juga turun mendadak kerana pelanggan meminta air panas ketika memesan minuman di kedainya.


    "Dulu ibu terpaksa membuka kipas apabila waktu tengah hari namun kini terpaksa menutup alat elektrik itu kerana suhu cuaca terlalu sejuk.


    Semetara itu, Perlis kini sekali lagi merekodkan perubahan suhu yang agak berbeza daripada biasa walaupun pernah dikenali sebagai negeri yang mencatatkan suhu paling panas iaitu 40.1 darjah Celsius pada tahun 1998


    Menjelang hujung minggu ini, suhu di sekitar negeri ini dijangkakan boleh turun sehingga 21 atau 20 darjah Celsius pada waktu malam, tidak seperti suhu biasa iaitu 36 darjah Celsius pada waktu siang dan 24 darjah Celsius pada waktu malam


    Berdasarkan ramalan cuaca JMM, suhu sepanjang minggu di kebanyakan kawasan di negeri ini adalah 33 darjah celsius pada waktu siang dan 24 darjah celsius pada waktu malam.


    Pengarah Pusat Cuaca Nasional JMM, Muhammad Helmi Abdullah, berkata, walaupun ramalan menunjukkan suhu waktu malam di Perlis adalah 24 darjah celsius, beliau tidak menolak jika suhu berkenaan boleh turun sehingga 20 darjah celsius.


    “Catatan suhu yang agak rendah daripada kebiasaan ini sebenarnya disebabkan musim Monsun Timur Laut yang turut membawa tiupan angin sejuk dari kawasan sejuk seperti di China dan Siberia.


    “Jadi, penurunan suhu boleh dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu tiupan angin dan juga kepulan awan," katanya


    Menurutnya, jika tiupan angin lebih kuat dan kepulan awan tidak tebal atau banyak pada waktu malam, suhu akan menjadi lebih rendah dan ia adalah perkara normal.


    "Pada awal Januari lalu stesen meteorologi Chuping pernah mencatatkan suhu sehingga 19.8 darjah Celsius.


    "Rekod suhu terendah yang pernah direkodkan dari stesen berkenaan adalah 17.8 darjah celsius pada 26 Februari 1998. Selepas minggu ini, suhu dijangka kembali meningkat bermula awal Februari,” katanya yang percaya suhu di sini tidak akan turun kurang daripada 20 darjah celcius pada minggu akan datang," katanya.


    Muhammad Helmi berkata, catatan suhu yang rendah kerana musim Monsun Timur Laut ini bukan hanya dialami di Perlis tapi juga negeri di sebelah pantai timur semenanjung.


    Disebabkan perubahan suhu yang agak mendadak ini juga, Muhammad Helmi menasihatkan orang ramai supaya memakai pakaian yang bersesuaian jika perlu melakukan aktiviti luar pada waktu malam.








    sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Se...le?BeritaUtama

  2. #2
    Senior Member

    supernova's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Langit Biru.
    Posts
    1,305
    Post Thanks / Like
    Kat penang pun sama. Menurut sorang member, jam 12 mlm (22.1.14) suhu 23℃. Tapi waktu siang nye, panas teramat. Kat perlis pun cuaca sejuk luar biasa. Kat indonesia, dikatakan berlaku salji. Tapi ni unofficial.

    Apapun, semua kuasa Allah Taala. Tak ada yang mustahil bagiNya.

  3. #3
    Administrator
    najmiatsyokdotorg's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    Not typed
    Posts
    512
    Post Thanks / Like
    Apa dah jadi? Ada sumber kata sebab suhu matahari turun. Makin pelik lepas kes Mesir turun salji.
    s i m p l y c o m p l i c a t e d






  4. #4
    Senior Member
    budin8211's Avatar
    Join Date
    Feb 2009
    Posts
    2,090
    Post Thanks / Like
    dah ujung...nii


    @Represent Malaysia Special Unit [MYS]

  5. #5
    Senior Member
    Xor's Avatar
    Join Date
    May 2008
    Posts
    8,008
    Post Thanks / Like
    jb ni pun sojuk semacam dari petang tadi baru perasan.. mendung tak, hujan tak, angin je sejuk semacam ni..

    baju dalam dua lapih

  6. #6
    Senior Member spermx's Avatar
    Join Date
    Apr 2013
    Location
    PERAK
    Posts
    177
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by Xor View Post
    jb ni pun sojuk semacam dari petang tadi baru perasan.. mendung tak, hujan tak, angin je sejuk semacam ni..

    baju dalam dua lapih
    baju dalam dua lapis...
    biaq betui...

  7. #7
    Senior Member sportspool7's Avatar
    Join Date
    Nov 2012
    Location
    Malaysia
    Posts
    165
    Post Thanks / Like
    Mmg sejuk pn kat besut. Aku duk kat sane 2 mmg xle bla ler, nk mandi pn rase xnak mndi
    Code:
    #sharingiscaring

  8. #8
    Senior Member
    Xor's Avatar
    Join Date
    May 2008
    Posts
    8,008
    Post Thanks / Like


    indon utara dah turun salji..

    kat JB sini dah tak nampak matahari, mcm nk turun jugak ke ni?

  9. #9
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9
    lepas nih boley pakai kasut bolu2~
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.˘σм ║▌║▌║█│▌

  10. #10
    Senior Member
    Xor's Avatar
    Join Date
    May 2008
    Posts
    8,008
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    Quote Originally Posted by lolly lilly View Post
    lepas nih boley pakai kasut bolu2~
    pakai mafla cantik2 lolly.. hehe

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •