Assalammualaikum semua.

Saya, mewakili sebuah syarikat yg dianugerahkan kontrak untuk mengemaskini peralatan komputer di pejabat-pejabat kerajaan diseluruh Malaysia, ingin mencari calon-calon yang berminat.

Saya menjemput seberapa ramai calon yang berminat.

Calon yang terpilih akan dihantar untuk latihan di putrajaya selama lebih kurang 2 minggu.

Selepas latihan tamat, calon-calon akan dihantar ke lokasi serata Malaysia untuk melaksanakan tugasan secara berkumpulan.

Segala perbelanjaan tempat tinggal, makanan dan pengangkutan akan ditanggung oleh pihak syarikat.

Bayaran bulanan adalah sebanyak RM500.

Jawatan ini sesuai untuk mereka yang baru tamat persekolahan, tamat pengajian, atau individu yang berminat dalam bidang perkomputeran.

Jika anda berminat, sila hubungi saya dengan kadar segera kerana proses pengambilan dan latihan akan diadakan seawal bulan Februari 2014.

Contoh:
Beberapa individu yang berminat akan berkumpul di sesuatu kawasan berhampiran kuala lumpur (Contoh-ampang), dan pihak syarikat akan mengambil anda lalu dibawa ke pusat latihan di putrajaya secara harian. Apabila latihan tamat pada petang hari, anda akan dihantar semula ke tempat berkumpul pada pagi tersebut. Begitulah seterusnya hingga tamat latihan.

Selepas tamat latihan, anda akan dihantar ke serata negeri secara berkumpulan untuk bertugas selama masa yang diperlukan di lokasi tersebut. Contohnya, 5 orang dalam 1 kumpulan akan dihantar ke Ipoh untuk melaksanakan tugasan hingga siap selama seminggu. Segala pengangkutan, tempat penginapan dan makanan adalah ditanggung pihak syarikat.

Kepada yang berminat, boleh hubungi saya di talian, 0122705201 - Azlee.

Sekian, Terima Kasih