Results 1 to 6 of 6

Thread: 5 Makanan Yang Boleh Kekalkan Stamina

  1. #1
    Senior Member spermx's Avatar
    Join Date
    Apr 2013
    Location
    PERAK
    Posts
    177
    Post Thanks / Like

    5 Makanan Yang Boleh Kekalkan Stamina

    Makanan memang tidak boleh dipisahkan dengan manusia, ia merupakan sumber tenaga manusia untuk terus hidup dan berkerja di atas muka bumi tuhan ini, pun begitu pemilihan makanan yang salah boleh menyebabkan seseorang ditimpa sakit dan sekaligus boleh menjejaskan aktiviti seharian.

    Jadi dalam entri ini, saya akan menyenaraikan 5 makanan yang baik untuk mengekalkan dan menambahkan stamina kepada badan kita. Jom kita intai intai.


    1. Pisang

    Pisang sangat popular dikalangan ahli sukan sebagai makanan yang memberi tenaga segera, ia juga bagus untuk melancarkan sistem penghadaman kita. Secara saintifiknya Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk tumbesaran kanak- kanak. Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, Pisang mengandungi magnesium, fosforus,iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikanyang telah dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga dan mengekalkan stamina ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.


    2. Soya

    Soya merupakan sumber tenaga yang sangat menakjubkan untuk tubuh badan kita, kandungan protein yang tinggi dapat menyokong tahap tenaga, mengekalkan stamina dan dapat meningkatkan pretasi sukan seseorang. Selain itu, kandungan soya yang kaya dengan asid amino dapat menyokong otot badan dan tulang kita, lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat kita untuk melakukan aktiviti seharian.


    3. Goji

    Nama Goji mungkin sedikit asing bagi kita rakyat Malaysia, pun begitu ia sangat popular di kalangan pengamal kesihatan. Goji merupakan sejenis tumbuhan herba yang berasal dari Banjaran Tibet dan Banjaran Himalaya. Di Ningxia, lebih 90 peratus populasi penduduknya beragama Islam dan mereka telah mengamalkan goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat dan menjalankan kehidupan yang aktif. Selain antioksida, buah goji juga kaya dengan 18 jenis asid amino, 21 jenis bahan mineral seperti zink, germanium dan protein serta vitamin B1, B2, B6 malah vitamin E dalam sebiji buah goji adalah bersamaan dengan 500 biji buah oren. Kesemua khasiat tersebut dipercayai mampu meningkatkan stamina badan dan membuatkan badan boleh bekerja dengan lebih aktif.


    4. Daging

    Daging terbahagi kepada banyak jenis, ada daging merah yakni dari sumber lembu, kerbau, kambing dan sebagainya, Daging putih pula daripada keluarga Burung dan ikan, kesemua daging ini mempunyai kebaikanya tersendiri,pun begitu persamaan yang paling besar adalah kesemua jenis daging ini membekalkan keperluan protein yang baik untuk badan kita, protein ini bagus untuk tumbesaran otot dan mengekalkan tenaga seseorang, Daging merah juga mengandungi protein, zat besi dan zink yang penting untuk kesihatan badan. Jadi, bila mengambil daging, pilihlah daging tanpa lemak kerana ia baik untuk kesihatan badan kita.

    Bagi yang tidak berkempuan untuk membeli protein tambahan dari kedai, makanlah daging secukupnya, ia lebih menjimatkan.


    5. Telur

    Kejayaan Pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin yang telah berjaya mencipta beberapa rekod pendakian gunung banyak bergantung kepada diet dan pemakanan beliau, ia adalah penting untuk mengekakalkan stamina beliau untuk menawan puncak gunung, salah satu petua yang diamalkan beliau adalah mengamalkan makan telur kuning ayam kampung yang dicampur dengan halia.Apa kebaikan telur ayam kampung ini sehingga ia mampu mengekalkan stamina seseorang jika diamalkan, jom kita singkap.

    Telur adalah makanan yang kaya dengan nutrisi diantaranya protein, vitamin A,vitamin B,vitamin B12, riboflavin, folic acid, calcium,iron, phosporus, dan potassium. Segala nutrisi ini bagus untuk kesihatan badan,terutamanya protein yang mampu untuk membekalkan tenaga untuk badan, Di dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal America College Of Nurition orang yang mengambil telur ketika bersarapan akan berasa kenyang lebih lama dan pada akhirnya memilih makanan dengan jumlah kalori yang sedikit ketika makan tenghari tiba. Terbukti, Telur merupakan makanan yang baik untuk kita mengekalkan tenaga dalam badan dan hidup akan sentiasa ceria, tetapi tidak boleh diambil secara berlebihan takut akan mendatangkan kesan sampingan pula.

  2. #2
    Member

    Join Date
    Aug 2008
    Location
    selayang, selangor
    Posts
    57
    Post Thanks / Like
    nice info.. thnks 4 sharing..

  3. #3
    Junior Member
    Join Date
    Mar 2016
    Location
    Jakarta
    Posts
    5
    Post Thanks / Like
    biasanya telur... yang paling bagus telur ayam kampung.... ini sangat bagus untuk mengembalikan stamina tubuh....

  4. #4
    Junior Member
    Join Date
    Jan 2018
    Location
    DKI Jakarta
    Posts
    12
    Post Thanks / Like
    Telur yang paling nikmat, apalagi jika dimakan setiap pagi dan malam hari. Asal ingat, jangan berlebihan, karena bisa mendatangkan bisul
    Makannya juga banyak cara, direbus, di goreng, atau dikukus.
    Kini Cek dan Bayar BPJS Online Sudah Gampang dan Cepat!

  5. #5
    Junior Member
    Join Date
    Aug 2020
    Location
    Jakarta
    Posts
    4
    Post Thanks / Like
    menjaga stamina perlu apalagi menjaga berat badan agar tetap ideal. ada juga beberapa rekomendasi makanan lain untuk menjaga stamina misalnya buah-buahan vitamin c, sayuran hijaun, dan lainnya.
    Cara Menghitung Berat Badan Ideal dengan Kalkulator BMI.

  6. #6
    Junior Member
    Join Date
    Sep 2020
    Posts
    2
    Post Thanks / Like

Members who have read this thread: 2

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •