Results 1 to 2 of 2

Thread: Citer Trajis Untuk Tatapan Kita Bersama

  1. #1
    Senior Member
    Nett8's Avatar
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Damansara, Petaling Jaya
    Posts
    4,295
    Post Thanks / Like

    Red face Citer Trajis Untuk Tatapan Kita Bersama

    Sebuah Citer Trajis Untuk Tatapan Kita Bersama - Usop Naik Bas


    Usop, seorang kanak-kanak yang dihantar oleh neneknya ke stesen bas hentian Putra, untuk kembali kepada ibu bapanya yang tinggal di kelantan.


    Setelah bas bergerak tidak jauh dari hentian Putra, Usop yang duduk di kerusi belakang, bangun dan menghampiri pemandu bas.


    "Abang, nanti kalau sampai Tanah Merah, bagitau yer". "ye" jawab pemandu bas. Tidak berapa lama, Usop menghampiri pemandu bas lagi dan berkata "Abang, dah sampai Tanah Merah ke?", "belum, tak per duduk dulu, nanti abang bagitau".


    Tidak lama selepas itu, Usop menghampiri lagi pemandu bas tadi. "Abang, dah sampai ke belum?", "tak lagi dik". Semua penumpang berasa tidak senang dengan Usop kerana sikapnya itu.


    Kemudian Usop datang lagi dan bertanya, "dah sampai ke abang?", "belum dik jauh lagi" jawap pemandu bas dengan nada yang agak geram.


    Kemudian Usop datang lagi dan bertanya, "sampai tak lagi abang?", "aku cakap belum! belum la! ko duduk jer, nanti sampai aku bagitau la!". Usop pun kembali semula ke kerusinya. Semua penumpang pun marah dengan sikapnya itu. Usop diam, dan dia pun tertidur. Semua orang merasa tenang.


    Setelah lama perjalanan tersebut, tanpa disedari, bas telah pun melepasi Tanah Merah. Ketika hendak memasuki Kota Bharu, pemandu bas tadi baru teringatkan hasrat Usop. Usop masih tidak sedar dari tidurnya. Semua orang merasa kasihan dengan Usop.


    Pemandu bas berbincang, mereka semua sepakat untuk pusing semula ke Tanah Merah kerana kasihankan Usop.


    Setelah sampai di Tanah Merah, pemandu bas terus mendekati Usop dengan perasaan simpati, "dik dah sampai Tanah Merah".


    "Oh yer ker? Terima kasih abang". Kemudian Usop segera membuka begnya dan mengeluarkan sesuatu.


    Dengan penuh hairan, pemandu bas bertanya, "adik tak nak turun ker?", "tak lah, rumah saya di Kota Bharu, cuma nenek pesan, kalau dah sampai Tanah Merah nanti, makan nasi yang nenek bagi ni, takut nanti sakit perut pulak".


    ...sekian... hehehe...

  2. Likes StarRemaja liked this post
  3. #2
    Member

    Join Date
    Jul 2008
    Posts
    75
    Post Thanks / Like

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •