Rahsia diciptakan Duri antara Mawar. Cerita Motivasi dan Inspirasi. Kisah Teladan Teladan yang memberi semangat dalam diri disamping meningkatkan kualiti kehidupan. Kisah Pemuda dan Mawar Merah menyingkap rahsia Duri antara Mawar.

Ramai mengeluh, kerana diciptakan duri antara mawar
Bukankah lebih baik, kiranya
Kita bersyukur, kerana diciptanya mawar antara duri

Suatu ketika, ada seseorang pemuda yang mempunyai seuncang benih mawar merah. Ia ingin sekali menanam mawar itu di kebun belakang rumahnya. Baja dan sudip tangan berkebun telah disiapkan. Bergegas, disiapkannya pula pasu kecil tempat mawar itu akan tumbuh berkembang. Dipilihnya pasu dari tembikar yang terbaik, dan diletakkan pasu itu di sudut yang cukup mendapat sinar matahari. Ia berharap, benih ini dapat tumbuh dengan kelopak-kelopak mawar yang sempurna.


Disiraminya benih mawar itu setiap hari. Dengan tekun, dirawatnya pohon itu. Tak lupa, jika ada rumput yang menganggu, segera dicungkilnya agar terhindar dari kekurangan makanan. Beberapa waktu kemudian, mulailah tumbuh tunas bunga itu. Kelopaknya nampak mulai merekah, walau warnanya belum kelihatan sempurna. Pemuda ini pun senang, kerja kerasnya mulai membuahkan hasil. Direnunginya bunga itu dengan hati-hati. Dia nampak heran, sebab tumbuh pula duri-duri kecil yang menutupi tangkai-tangkainya. Ia menyesalkan mengapa duri-duri tajam itu muncul bersamaan dengan merekahnya bunga yang indah ini. Tentu, duri-duri itu akan menganggu keindahan mawar-mawar miliknya. Ramai mengeluh, kerana diciptakan Duri antara Mawar.

Pelbagai persoalan bermain di minda,"Mengapa dari bunga seindah ini, tumbuh banyak sekali duri yang tajam? Tentu hal ini akan menyulitkanku untuk menjaganya nanti. Setiap kali ku sentuh, pasti saja tanganku terluka. Selalu saja ada bahagian dari kulitku yang terguris. Ah pekerjaan ini hanya membuat aku sakit. Aku tak akan membiarkan tanganku berdarah kerana duri-duri jahanam ini."

Lama kelamaan, pemuda ini nampak enggan untuk memperhatikan mawar miliknya. Ia mulai tak peduli. Mawar itu tak pernah disirami lagi setiap pagi dan petang. Dibiarkannya rumput-rumput yang menganggu pertumbuhan mawar itu. Kelopaknya yang dahulu mulai merekah, kini kelihatan pudar dan lesu. Daun-daun yang tumbuh di setiap tangkai pun mulai gugur satu-persatu. Akhirnya, sebelum berkembang dengan sempurna, bunga itu pun pudar warnanya dan layu.


Jiwa manusia, adalah juga seperti "Rahsia diciptakan Duri antara Mawar" ini. Di dalam setiap jiwa, selalu ada 'mawar' yang tertanam. Allah yang menemukannya kepada seseorang untuk dijaga dan dirawat. Allah juga yang meletakkan kemuliaan itu di setiap kalbu kita. Seperti taman-taman berbunga, jangan dibiarkan jiwa kita, juga ada tunas mawar yang pudar warnanya dan layu.

Namun ramai dari kita yang mengeluh, kerana diciptakan duri antara mawar.Mereka hanya melihat "duri" yang tumbuh. Banyak dari kita yang hanya melihat sisi buruk dari kita yang akan berkembang. Kita sering menolak kebaikan kita sendiri. Kita kerap kecewa dengan diri kita dan tak mahu menerimanya. Kita berfikir bahawa hanya perkara-perkara yang melukai yang akan tumbuh dari kita. Kita menolak untuk menyirami perkara-perkara baik yang sebenarnya telah ada. Dan akhirnya, kita kembali kecewa. Bukankah lebih baik, kiranya kita bersyukur, kerana diciptanya mawar antara duri.

Banyak orang yang tak menyangka, mereka juga sebenarnya mempunyai mawar yang indah di dalam jiwa. Banyak orang yang tak menyedari, adanya mawar seindah itu. Kita, selalu melihat dan terbeban dengan duri-duri kelemahan diri dan onak-onak pesimis dalam hati ini. Jika ada yang menerima teguran dari rakan-rakan, ia dikira satu rahmat, kerana selalunya hati manusia ini keras. Walaupun kelihatn senyum mengangguk namun dalam diam tersembunyi ego yang tebal yang menentang.

Jika kita dapat mencari "mawar-mawar" dan melihat pada keindahan yang tumbuh dalam jiwa itu, kita akan dapat mengabaikan duri-duri yang ada dan bakal muncul seterusnya. Kita, akan terdorong untuk membuatnya akan membuatnya mekar merekah, dan terus merekah hingga berpuluh-puluh tunas baru bakal muncul. Pada setiap tunas itu, akan berbuah tunas-tunas kebahagiaan, ketenangan, kedamaian, yang akan memenuhi taman-taman jiwa kita. Kenikmatan yang terindah adalah saat kita berjaya untuk menunjukkan diri kita tentang mawar-mawar itu, dan mengabaikan duri-duri yang muncul.

Semerbak harumnya akan menghiasi hari-hari kita. Aroma keindahan yang ditawarkannya, adalah layaknya ketenangan air telaga yang menenangkan keruwetan hati. Mari, kita temukan "mawar-mawar" ketenangan, kebahagiaan, kedamaian itu dalam jiwa-jiwa kita. Mungkin, ya, mungkin, kita akan juga berjumpa dengan onak dan duri, tapi janganlah itu membuat kita berputus asa. Mungkin, tangan-tangan kita akan tercalar dan terluka, tapi janganlah itu membuat kita lemah dan berduka.

Ramai mengeluh, kerana diciptakan duri antara mawar
Bukankah lebih baik, kiranya
Kita bersyukur, kerana diciptanya mawar antara duri
ął Pseudosupra | aLive Blog

Biarkan mawar-mawar indah itu merekah dalam hatimu. Biarkan kelopaknya memancarkan cahaya kemuliaan-Nya. Biarkan tangkai-tangkainya memegang teguh harapan dan impianmu. Biarkan putik-putik yang dikandungnya menjadi benih dan benih kebahagiaan baru bagimu. Sebarkan tunas-tunas itu kepada setiap orang yang kita temui, dan biarkan mereka juga menemukan keindahan mawar-mawar lain dalam jiwa mereka. Sampaikan salam-salam itu, agar kita dapat menuai kuntum-kuntum mawar cinta itu kepada setiap orang, dan menumbuh-kembangkannya di dalam taman-taman hati kita. In Sya Allah, sesiapa saja boleh menemui cinta sejati mereka. Sungguh Menarik Kisah Rahsia diciptakan Duri antara Mawar. Baca juga Video dan Kisah Menyentuh Hati - Aku Ingin Jadi Doktor


This article been re-written by Hootoh Blog Author Hootoh Tudia™. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.