Harga emas jatuh, apakah teknik terbaik untuk membuat keuntungan atau tunngu sahaja harga emas naik. Strategi cut loss menjual emas pada harga rendah dari belian emas harga tinggi berpotensi untuk meraih keuntungan dalam pelaburan emas fizikal.

Teknik cut loss adalah iaitu apabila kita menjual emas atau saham pada harga yang lebih rendah dari harga belinya sehingga kita mengalami kerugian. Cut loss bermakna memotong (cut) kerugian (loss) yang bertujuan untuk mencegah agar anda tidak mengalami kerugian yang lebih besar. Teknik cut loss ini sebenarnya digunakan oleh pedagang matawang asing atau saham yang mana apabila harga turun, pelabur akan mengalami kerugian setiap saat. Contohnya dalam pelaburan mata wang asing atau forex jika pelabur buy atau beli tetapi harga matawang turun, setiap saat wangnya akan mengalami kerugian kecuali ia telah meletakkan stop loss. Berbeza sekali dengan pelaburan emas fizikal,walaupun harga emas turun, pelabur tidak akan mengalami kerugian selagi tidak menjual emas tersebut. Sebab itulah pelaburan emas fizikal melibatkan membeli jongkong emas,jongkong perak,syiling dinar,syiling perak dirham atau barangan kemas adalah pelaburan yang selamat.
Apa kegunaan cut loss dalam pelaburan emas fizikal?
Pelaburan emas fizikal public gold adalah melibatkan pembelian emas dan mendapat emas yang tulen di tangan pelabur. Jika pelabur emas membeli emas pada harga tinggi dan kini harga emas rendah, bagi saya strategi terbaik adalah melakukan teknik cut loss terhadap sebahagian dari emas anda yang memungkinkan anda mendapat keuntungan. Strategi cut loss adalah untuk menampung kerugian dan mendapat keuntungan melalui teknik jangka pendek atau formula one atau teknik arrahnu terutamanya jika dijangaka harga turun dalam jangkamasa yang panjang.
Pelabur emas yang telah membeli emas pada harga tinggi, anda hanya ada dua pilihan :
1. Menunggu harga emas naik, disini pelabur tiada apa-apa kerugian.
2. Menjual emas pada harga rendah atau teknik cut loss yang menyebabkan anda mengalami sedikit kerugian dari segi wang tetapi tidak rugi dari segi kuantiti emas kerana anda boleh membeli emas yang sama kini pada harga rendah.
Tujuan teknik cut loss :
1. Menambah keuntungan dengan menggunakan teknik manipulasikan emas sama ada menggunakan teknik formula one, teknik arrahnu dan sebagainya. Penggunaan teknik formula one beberapa kali akan member keuntungan dan menampung kerugian jualan emas anda. Sebenarnya apabila anda menjual emas pada harga rendah,pelabur hanya kerugian wang penurunan harga sahaja, tidak pada kuantiti emas. Contohnya pelabur emas public gold menjual emas 10 dinar sekarang berharga RM5500, dimana emas dinar ini dibeli setahun lepas dengan harga tinggi iaitu RM7000. Maka ia kerugian wang RM1500, namun dengan hasil jualan emas dan penurunan harga pelabur emas dapat membeli semula 10 dinar tersebut dengan harga rendah kini.
2. Mengaktifkan akaun dealer public gold. Dealer public gold hendaklah melakukan transaksi jual beli sekurang-kurangnya 6 bulan sekali supaya akaun dealer aktif agar sentiasa dapat melakukan proses pelaburan emas iaitu jual beli emas.
Harga emas tiada siapa yang dapat ramalkan. Semua bidang mempunyai risiko sama ada perniagaan atau pelaburan. Namun begitu kerugian daripada tangan kita sendiri adalah baik dan tiada penyesalan daripada kerugian kerana ditipu atau memasuki skim pelaburan haram. Pengalaman dalam hidup lebih bermakna dan lebih mendewasakan kita. Pengalaman saya berniaga, sebagai permulaan membekal ikan bilis yang saya beli di Narathiwat,Thailand dan telah kerugian adalah perkara biasa dalam perniagaan. Dahulu saya pernah membeli ikan bilis dan ikan kering untuk dibekalkan dikawasan saya,kerana ingin mencuba pasaran yang lebih besar,saya telah memborong dengan banyak dan tiba-tiba, saya masuk hospital selama dua minggu menyebabkan ikan bilis rosak dan hanya dapat menjual sebahagiannya. Namun begitu,peniaga tidak akan menyesal atau merasai kerugian kerana peniaga akan beralih arah kepada teknik atau produk yang lain.
Pelaburan emas public gold adalah sama seperti perniagaan, pengedar emas membeli emas pada harga murah dan menjualnya pada harga mahal untuk mendapat keuntungan. Begitu juga dalam pelaburan emas public gold, pada bulan September 2011 semasa harga emas naik, saya sempat menjual sebahagian emas dan membeli balik selepas itu pada harga yang tinggi. Jadi saya perlu teruskan pelaburan emas menggunakan teknik cut loss. Teknik cut loss,potong harga ialah menjual emas pada harga yang lebih tinggi daripada harga belian. Memang strategi cut loss ini rugi, tapi teknik ini mungkin akan memberikan keuntungan apabila kita menggunakan teknik pelaburan jangka pendek. Klik lihat keuntungan STRATEGI PELABURAN EMAS JANGKA PENDEK.
Strategi yang sepatutnya diterapkan dalam melakukan teknik cut loss :
1. Berfikir ke hadapan.
Pelabur tidak harus memikirkan nasib pelaburan dan menyesal apa yang berlaku. Setiap orang atau peniaga tidak pernah tidak melakukan kesalahan atau rugi, kita hanya perlu mengambil hikmah dan pelajaran atas apa yang berlaku. Anggap saya kerugian adalah perbelanjaan pengajian atau kursus dan pengalaman adalah lebih mahal.
Pelaburan emas fizikal adalah pelaburan terbaik dan paling selamat. Pelabur tidak akan rugi selagi tidak menjual emasnya walaupun harga rendah. Ini berbeza sekali dengan pelaburan saham atau pelaburan matawang asing dimana jika harga turun,pelabur akan mengalami kerugian. Begitu juga dalam perniagaan,jika barangan perniagaan rosak seperti perniagaan ikan bilis saya dahulu saya akan mengalami kerugian.
2. Jangan fikir panjang, lakukan segera
Harga emas sekarang adalah harga terendah, bottom line jadi lakukan cut loss sekarang. Jangan berfikir panjang kerana tiada siapa tahu bila harga emas akan naik. Jika harga emas naik lebih singkat ianya adalah bonus keuntungan bagi pelabur emas.
3. Fikirkan teknik lain untuk menampung kerugian dan mendapat keuntungan.
Dalam pelaburan emas fizikal public gold yang memberikan spread harga emas yang rendah menyebabkan kita boleh menampung kerugian apabila melakukan cut loss dan mungkin akan memberikan keuntungan yang berganda dengan menggunakan modal atau dana dari jualan emas cut loss untuk membeli emas semula dan melakukan teknik pelaburan jangka pendek atau formula one. Lihat STRATEGI MELABUR EMAS UNTUNG BERGANDA
Tips cut loss dalam pelaburan jongkong emas dinar :
Pelabur emas hendaklah memahami harga emas akan turun dan naik, apabila harga emas naik ke kemuncaknya ianya akan turun. Kenaikkan atau penurunan harga emas juga berdasarkan peristiwa atau permintaan emas dunia. Perlu membaca berita atau peristiwa berkaitan emas di laman web dunia berkaitan emas.
Menjual dan membeli jongkong emas yang mempunyai spread yang rendah seperti gold bar 500g, gola bar 250g,gold bar 100g atau 10 dinar. Saya hanya menggunakan emas dinar 10 dinar kerana mempunyai spread yang rendah dan berharga murah.
Kaedah strategi cut loss :



Rujuk rajah di atas untuk memahami strategi cut loss;
Pelabur emas membeli emas pada harga tinggi contohnya membeli emas dinar berharga RM7000.
Kini harga jual emas PG BUY ialah RM5500 dimana harga beli emas PG SELL sekarang adalah RM6000.
Jualkan emas 10 dinar anda pada harga emas rendah kini RM5500 dimana anda kerugian RM1500. Pastikan masa hendak jual sama ada semasa harga emas tengah menurun atau dipuncak kenaikkan harga emas. Lihat rajah bertanda Jual.
Apabila harga emas turun sikit, beli lagi emas 10 dinar tersebut dengan harga lebih kurang RM5500 dan anda akan dapat semula emas 10 dinar yang dijualkan sebelum ini. Lihat rajah bertandaBeli. Anda juga boleh membeli emas dengan kaedah ansuran epp easy payment purchase jika anda mempunyai wang tambahan atau dapat membayar ansuran tersebut.
Bila harga emas naik dan telah mendapat sedikit keuntungan, terus jualkan emas tersebut seperti teknik jangka pendek atau formula 1.
Ulangi proses jual beli ini untuk menampung kerugian dan mungkin akan memperolehi keuntungan berganda.
Teknik pelaburan jangka pendek ini hanya sesuai untuk dealer atau pengedar emas kerana setiap kali jual atau beli emas akan memperolehi komisen.
Ulangi proses ini akan dapat menampung kerugian dan memperolehi keuntungan berganda dengan bermodalkan 10 dinar daripada modal kerugian cut loss.
Strategi cut loss dalam pelaburan jongkong emas amat sesuai pada harga emas rendah sekarang atau pada harga emas lembap atau dijangkakan harga emas mengambil masa yang panjang untuk naik semula. Teknik cut loss sesuai kepada pengedar emas atau dealer public gold kerana memperolehi komisen setiap kali membeli emas atau menjual emas. Kini masa sesuai menjadi dealer public gold pada masa masih lagi rendah. Klik CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk tengok cara-cara menjadi dealer atau pengedar emas sah public gold.
Tawaran dari saya yang menjadi dealer baru public gold pada bulan ogos 2013 yang menggunakan nama saya sebagai introducer MOHD ZAIDI BIN JUNUS dan kod introducer PG001425 akan diberikan wang raya RM100 keatas disamping 1% komisen dari syarikat public gold apabila anda membeli emas RM20,000 keatas untuk menjadi dealer. Apabila anda telah mendaftar dan beli emas untuk menjadi dealer melalui website atau hantar butiran anda kepada saya untuk saya daftarkan sebagai dealer baru public gold, sila sms/whatsapp kepada saya 019-9185593 nombor akaun maybank untuk saya transfer wang raya dan butiran anda untuk saya promosikan pada website ini.
Kakitangan awan di beri kenaikkan gaji kakitangan awam pada bulan julai, inilah masa sesuai untuk membuat pinjaman dan menjadi dealer public gold. Kakitangan awam atau peniaga sentiasa membeli atau menukar barangan atau kereta baru yang susut nilai,kenapa tidak boleh membeli atau menyimpan emas sebagai pelindung aset harta dikala harga emas kini yang amat murah untuk masa depan. Kebiasaannya harga emas akan turun sedikit selepas hari raya, inilah masa yang sesuai untuk membeli emas dan menjadi dealer public gold.
Bagi anda yang belum menyimpan emas, boleh mulai membeli emas yang murah kini dengan menjadi pelanggan public gold dengan mulai membeli emas 1 dinar yang berharga lebih kurang RM590 atau 10 dirham perak yang berharga lebih kurang RM90 dengan klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD dan anda juga berpeluang menjadi dealer public gold.
Akhir sekali selamat menyambut hari raya aidilfitri 2013 maaf zahir dan batin.