Results 1 to 9 of 9

Thread: [Fakta] - Poket Kecil Seluar Jeans

  1. #1
    Senior Member

    Eddyz-Kenpachi's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ~** Kayangan **~
    Posts
    3,342
    Post Thanks / Like

    [Fakta] - Poket Kecil Seluar Jeans

    Kenapa Terdapat Poket Kecil Pada Seluar Jeans?


    Kalau dikira mengikut statistik, boleh kami simpulkan bahawa hampir rata-rata orang lelaki di sini pernah memakai seluar jean.

    Jika ada yang beranggapan ia merupakan seluar yang kurang sopan, kenyataan tersebut tidak benar. Namun kami bukan mahu bercakap tentang soal pakai ke tidak, tetapi tentang keunikan poket kecil yang terdapat pada bahagian atas poket besar.

    Bagi kita ia seolah-olah seperti tiada fungsi. Tapi sebenarnya ia mempunyai fungsi dan sejarah yang tersendiri.

    Tapi pernahkah terlintas difikiran korang kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sekali pandang saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksentuasi gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans.

    Namun, dari saku comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.



    Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan “bleu de Genes”, yang bererti biru Genoa.

    Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu nasibnya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.

    Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas.

    Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan “penemuannya” dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut “Genes”, yang oleh Strauss diubah menjadi “Blue Jeans”.

    Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan “menobatkan” seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan “those pants of Levi` s “atau” Celana Si Levi “. Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.

    Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah “Levi` s 501 “.

    Produk reka bentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku atau poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.

    Meskipun kini jeans dihasilkan dalam pelbagai jenama dan bukan hanya untuk para pelombong, tetapi saku atau poket comel itu tetap ada kerana mungkin mengekalkan fesyen asalnya. Tentu saja hari ini fungsinya bukan lagi sebagai tempat menyimpan butiran emas.



    Sumber: KisahBest.my

    "Those who do not understand true pain can never understand true peace."
    - Pesanan Rasulullah SAW |My Collection Icon|Mari Berpantun -


  2. Thanks Nett8, supernova thanked for this post
    Likes Nett8, najmiatsyokdotorg liked this post
  3. #2
    Administrator
    najmiatsyokdotorg's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    Not typed
    Posts
    512
    Post Thanks / Like
    Ow tok smpn emas..... memg salu t'tny2 utk ap la dia ad kt c2.
    s i m p l y c o m p l i c a t e d






  4. #3
    Senior Member

    supernova's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Langit Biru.
    Posts
    1,305
    Post Thanks / Like
    Tapi idak ke tangan pelombong pelombong tu besor gedabak? Acane nak korek emas kecik yg dorang simpan dalam poket kecik tu? Itu hari teman pernah simpan duit syiling dalam poket kecik tu, nak korek balik masyaAllah punya susah. Bayangkan, tangan teman yang kecik molek ni pun susah beno nak korek poket kecik tu, acane la tangan pelombong pelombong tu.

  5. #4
    Senior Member

    Eddyz-Kenpachi's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ~** Kayangan **~
    Posts
    3,342
    Post Thanks / Like
    Sometimes terfikir gak, poket sekecil tuh kalo letak duit syiling, mmg payah nak korek, kekadang terpaksa korek guna cari manis..

    Kebarangkalian poket kecil dibuat demikian ntuk mengelakkan butir-butiran emas yang bersaiz kecil tuh tercicir agaknya..Kalo tangan pelombong tuh besar gedabak, mungkin dorang korek guna besi mcm pengorek telinga...

    "Those who do not understand true pain can never understand true peace."
    - Pesanan Rasulullah SAW |My Collection Icon|Mari Berpantun -


  6. #5
    Senior Member

    eijan's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    PeNaNG
    Posts
    803
    Post Thanks / Like
    slalu letak kunci umah ja saku tu... ataw pen drive wakakakaka


    -:- TurBo InSidE -:-
    -:- DoublE BlaDE FaN -:-

    <- Dengar Radio Syok.Org ->
    <- http://syok.caster.fm/->

  7. #6
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    slalu letak external harddrive je dlm tu..


  8. #7
    Senior Member

    Esther Takumi's Avatar
    Join Date
    Feb 2011
    Location
    Alor Star Kedah
    Posts
    14,342
    Post Thanks / Like
    Selalu letak pemetik api kat situ...

  9. #8
    Junior Member
    Join Date
    Jan 2014
    Posts
    1
    Post Thanks / Like
    Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah “Levi` s 501 “....???
    ccna-certification ccna
    Certkiller http://certkiller.info

  10. #9
    Senior Member
    Nett8's Avatar
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Damansara, Petaling Jaya
    Posts
    4,295
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    gitu sejarahnya Levi's 501, titew pakai Levi's thailand jer... x feel langsung... kena beli yang ori gak...

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •