PEPERIKSAAN BERTULIS PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41.

Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 melibatkan tiga kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

artikel rujukan berkaitan contoh soalan peperiksaan jawatan pegawai teknologi maklumat gred f41 di blog kerja-kerajaan :

http://www.kerja-kerajaan.com/blog/k...umat-gred-f41/