Results 1 to 2 of 2

Thread: Gosip Artis - Johnny Depp Tarikan The Lone Ranger

  1. #1
    Senior Member
    zis's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    898
    Post Thanks / Like

    Gosip Artis - Johnny Depp Tarikan The Lone Ranger

    ahakzzz..

    Gosip Artis - Johnny Depp Tarikan The Lone Ranger

    Siri The Lone Ranger bermula sebagai rancangan radio sebelum dijadikan siri TV hitam putih pada 1949 yang dibintangi Clayton Moore sebagai Lone Ranger dan Jay Silverheels sebagai Tonto.

    Ia seterusnya mencipta fenomena dan dua karakter ini menjadi pujaan ramai sekali gus menjadikan The Lone Ranger sebagai naskhah pilihan ramai. Terdapat dua percubaan untuk menterjemahkannya ke layar perak pada 1981 dan siri TV pada 2003 tapi ia tidak diterima baik peminatnya.

    Bagaimanapun lima tahun lalu, pihak Walt Disney Pictures mengumumkan The Lone Ranger akan diterbitkan dalam bentuk filem. Ia menjadi antara filem dinanti-nantikan tahun ini berikutan pembabitan aktor terkenal Hollywood yang sinonim dengan pelbagai watak, Johnny Depp sebagai watak lelaki kaum asli Amerika, Tonto dan pelakon Armie Hammer pula menghidupkan watak renjer Texas, John Reid.

    The Lone Ranger arahan Gore Verbinski mengangkat konsep komedi dalam elemen aksi tanpa henti. Plot ceritanya berkisar mengenai dua orang buangan menjalinkan persahabatan disebabkan kesukaran yang dihadapi pada waktu garis pemisah antara benar dan salah itu kabur.


    SIRI TV hitam putih diangkat lagi ke filem oleh Gore Verbinski.

    Tonto adalah dari puak Asli terawal menghuni bumi Amerika Syarikat yang menyisihkan dirinya daripada puaknya selepas tindakannya membocorkan rahsia lokasi gunung yang dipenuhi hasil bumi iaitu perak kepada pihak Inggeris mengakibatkan semua puaknya terbunuh.

    Selepas 26 tahun, Tonto yang berusaha menjejak pembunuh puaknya bertemu dengan John, seorang peguam yang sibuk menegakkan keadilan. Secara kebetulan abang kepada John iaitu Dan yang juga seorang renjer di Texas sendiri dibunuh dengan kejam oleh Butch Cavendish. Cavendish juga adalah orang yang bertanggungjawab menghapuskan puak Tonto.

    Walaupun acap kali berselisih pendapat, namun Tonto dan John sentiasa memerlukan kerana kedua-duanya memiliki agenda sama iaitu menuntut bela terhadap orang yang sama.

    Kombinasi mereka berdua dalam mengejar penjahat dan menuntut keadilan ditampilkan penuh aksi tetapi dalam yang sama dipenuhi pelbagai insiden melucukan. Pelbagai idea dan cara mereka berdua lakukan bagi memastikan sekumpulan penjahat yang tamak itu akhirnya tumpas.

    Filem berlatar belakang sejarah penubuhan Amerika Syarikat ini turut dibintangi pelakon hebat lain termasuk William Fichtner, Barry Pepper, Ruth Wilson, James Badge Dale dan Helena Bonham Carter.

    Minggu ini Projektor menjejaki pendapat aktor berbakat besar juga bintang utama drama siri Gemilang dan Supermak, Azhan Rani yang kebetulan adalah pengikut tegar Johnny Deep.

    Komen Azhan Rani

    “Soal jalan cerita, pembangunan watak, kesan khas atau latar belakang naskhah saya letak ke tepi sebelum masuk panggung kerana objektif saya menyaksikan filem ini adalah untuk mencari kepuasan pada lakonan idola sendiri iaitu Johnny Depp.

    “Kekuatan filem ini apabila meneliti setiap babak dan plot penceritaannya adalah teraju utama, Depp dalam memberi nafas dan jiwa untuk terus membentuk watak Tonto dengan cemerlang.

    “Bukan sekadar ekspresi wajah, malah intonasi dan lakonan bersahaja hingga mengundang gelak tawa penonton adalah rahsia terbaik semua penonton bagai terpaku setia hingga ke akhir filem meskipun ia adalah naskhah panjang lebih dua jam tayangan.

    “Tidak mudah untuk seorang pemain watak memancing fokus penonton dengan bersandar pada dialog yang minimum dan bertaruh pada ekspresi wajah semata-mata. Namun, itulah keistimewaan Depp hingga perlu saya akui, imaginasi saya terhenti untuk meneliti setiap aspek watak yang dilakonkannya.

    “Bagaimanapun perlu diakui, watak Tonto masih dibayangi karakter Kapten Jack Sparrow lakonannya dalam Pirates of the Caribbean. Walaupun cuba saya belakangkan hakikat itu, realitinya Depp masih memegang jiwa Sparrow dengan kuat terutamanya pada permainan riak wajah dan lontaran skripnya yang sesekali kedengaran sinikal.

    “Jika melihat pada perspektif penceritaannya, The Lone Ranger agak perlahan dalam membawa penonton mengetahui kronologi Tonto dan John. Sejarah dan latar belakang Tonto khususnya terlalu teliti hingga membuatkan rentak ceritanya sedikit perlahan.

    “Saya akui yang ada beberapa babak saya terlepas disebabkan terlelap seketika sementara menunggu momentum seterusnya disuntik.

    “Kesan khas dan penggunaan teknologi dalam menghidupkan suasana lebih 100 tahun dulu perlu dipuji kerana ketelitian produksi Hollywood tidak mampu disangkal. Dari segi kostum, props, bahasa hinggalah kepada gaya hidup berjaya diterjemah dengan sempurna.

    “Namun sindrom ‘klise Hollywood’ tetap ada dalam The Lone Ranger yang mana kesemua babak aksi dipaparkan begitu kemas dan hero ditonjolkan keterlaluan kononnya kuat dan tidak mampu ditewaskan hingga hilang elemen logik dan realistik.

    “Bagaimanapun Lone Ranger masih sebuah karya yang menghiburkan dan mampu ditonton berulang kali kerana lakonan Depp tidak sekali membosankan. Saya berani berikan empat bintang untuk filem ini,” katanya.


    Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html

    p/s: Ingin membaca gosip-gosip artis yang lain? Semuanya di blogzis.com
    Mega Service Boost Your Rank With Our Mega Service blogzis .com
    YouTube Adsense Increase Your Income With Youtube Adsense blogzis .com
    Ads by zis

  2. Dislikes berjayacomp disliked this post
  3. #2
    Junior Member
    Join Date
    May 2014
    Posts
    8
    Post Thanks / Like

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •