teruskan share eddy
Tahukah anda?
23 Ramadhan 1270 H
Pada hari ini kekuatan tentera Rusia dibawah pimpinan Marsyal Bernes menghentikan kepungannya terhadap kota Selestriya yang terletak di wilayah Qorum, pengepungan yang terjadi selama 35 hari ini tidak membawa impak yang bererti bagi kekuatan Khalifah Uthmaniyah, walaupun kekuatan tentera Rusia mencapai 60 ribu bala tentera berhadapan 15 ribu tentera Utsmaniyah yang kebanyakan berasal dari Mesir.
Pelajaran yang dapat dipetik adalah kekuatan yang sedikit mampu mengalahkan kekuatan yang besar.
Tahukah anda?
Diceritakan suatu hari, anak perempuan Hulago, ketua tentera bangsa Tartar, berjalan sekitar Baghdad. Tiba-tiba dia melihat satu perkumpulan manusia mendengar ucapan seorang lelaki yang merupakan seorang ulama Islam. Dia kemudiannya memerintahkan lelaki tadi tadi berjumpa dengannya lalu berbicara.
Anak Perempuan Hulago : Bukankah kamu semua beriman dengan Allah?
Ulama : Benar
AP Hulago: Bukankan kamu percaya bahawa Allah akan memenangkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki?
Ulama : Benar
AP Hulago : Bukankah Allah telah memenangkan kami (Tartar) ke atas kamu?
Ulama : Benar
AP Hulago : Bukankah ini bermakna Allah lebih mengasihi kami (Tartar)?
Ulama : Tidak benar sama sekali
AP Hulago : Kenapa pula begitu?
Ulama : Adakah anda tahu penggembala kambing?
AP Hulago : Ya
Ulama : Bukankah penggembala kambing biasanya mempunyai beberapa ekor anjing?
AP Hulago : Benar
Ulama : Apakah yang dilakukan si penggembala apabila beberapa kambingnya tersasar keluar daripada kawalannya?
AP Hulago : Dia akan hantar anjing-anjingnya untuk mengejar dan memaksa kambing balik kepada kawalannya.
Ulama : Berapa lama berlaku pengawalan semula tersebut?
AP Hulago : Ya.. selama mana kambing itu masih tersasar daripada tabiat sepatutnya
Ulama : Begitulah anda (Tartar), kamu adalah ibarat anjing-anjing yang dihantar Allah di atas muka bumi. Maka selama mana kami tersasar dari manhaj Islam dan mentaati Allah, maka kamu (Tartar & yang sepertinya hari ini) akan terus dihantar mengajar kami.
Ya Allah, bantulah kami untuk kembali kepada agamamu yang benar.. Ya Allah.. ya Allah.. ya Allah… bantulah ummat NabiMu Muhammad SAW.
# petikan facebook.com/RaaidSalah – abius
Kredit: Ust Sharipudin Abd Kadir
"Those who do not understand true pain can never understand true peace."
- Pesanan Rasulullah SAW |My Collection Icon|Mari Berpantun -