Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 14

Thread: Kisah Hantu Tandas di Jepun

  1. #1
    Senior Member

    Eddyz-Kenpachi's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ~** Kayangan **~
    Posts
    3,342
    Post Thanks / Like

    Kisah Hantu Tandas di Jepun

    Kecil - kecil dulu setiap daripada kita pasti pernah merasakan perasaan ini; takut untuk ke tandas. Mesti anda tak nak mengaku kan! Lagi menyeramkan kalau tandas rumah anda jenis yang berada di luar rumah atau waktu mula - mula kenal tandas asrama.


    Hal sebegini adalah normal pada setiap budak - budak mahupun mereka yang masih lagi ketakutan walhal sudah layak menimang cucu! Bermacam cerita dan rupa entiti yang kita bayangkan semasa di tandas, di belakang atau bawah pintu tandas, di depan cermin, di sinki, atau di dalam mangkuk tandas!





    Di Jepun contohnya, mereka mempunyai kisah dan urban legend yang tersendiri mengenai hantu dalam tandas. Kalau bertanya kepada budak - budak Jepun, pastinya mereka sangat kenal dengan nama dua jenis hantu tandas yang popular ini.


    AKA MANTO


    Ako Manto adalah urban legend popular masyarakat Jepun mengenai sejenis semangat jahat yang gemar menghantui tandas awam dan tandas sekolah. Hantu Ako Manto ini akan datang kepada anda dan meminta anda memilih kertas merah atau kertas biru. Semasa seseorang sedang duduk dalam tandas (biasanya bilik air yang paling akhir sekali), akan datang satu suara yang meminta untuk membuat pilihan antara kertas merah atau biru.

    Kalau anda menjawap kertas merah, maka dengan serta merta anda akan
    dihiris sehingga baju yang dipakai bertukar menjadi merah darah! Manakala jika anda memilih kertas biru, semangat tadi akan terus mencekik anda sehingga wajah anda bertukar menjadi biru. Kedua - dua pilihan adalah maut! Jadi semasa membuat pilihan, pilihlah yang terbaik untuk anda. Jika diminta kertas merah atau kertas biru, maka pilihlah 'atau' untuk jalan selamat,hehehe! (Gurau jerk). Tetapi jika anda salah membuat pilihan, semangat jahat tersebut akan mengheret anda ke dunia yang lain.

    Ada pula versi lain dimana, hantu Ako Manto ini meminta anda untuk memilih sama ada mantel merah atau mantel biru. Jika anda memilih mantel merah, bahagian belakang badan anda akan dikoyak sehingga menyerupai mantel merah. Manakala jika anda memilih mantel biru,
    darah anda akan dihisap sehingga kering pucat!



    Ada juga kisah dimana seseorang cuba mengejek semangat jahat tersebut dengan meminta kertas kuning, akibatnya kepalanya akan ditolak masuk ke dalam mangkuk tandas yang sedang digunakan. Kehkehkeh!



    HANAKO-SAN


    Seperti AKO Manto, Hanako-san juga adalah urban legend popular masyarakat Jepun mengenai roh yang mendiami tandas sekolah. Cuma bezanya, ia menyerupai bentuk fizikal seorang kanak - kanak perempuan dan akan muncul jika namanya dipanggil. Jika anda pergi ke bilik air yang paling akhir dan mengetuk pintu sebanyak 3 kali sambil bertanya,"Hanako-san, awak ada di dalamkah?", satu suara akan menjawap"Saya disini!".

    Dan jika anda masuk, anda akan segera mendapati seorang kanak - kanak perempuan dengan skirt merah, sedang menunggu anda. Hanako-san sangat popular secara meluas dan kerap kali dimainkan oleh budak - budak sekolah untuk menakut - nakutkan pelajar baru, menyamai legenda Bloody Mary di sekolah - sekolah barat.









    Hanako-san dilaporkan dalam pelbagai variasi rupa dan tindak tanduk, bergantung kepada kawasan dan sekolah yang dihuninya. Penampilannya juga boleh jadi berbeza, namun biasanya adalah budak perempuan dengan rambut yang pendek dan mengenakan skirt merah. Tingkah lakunya juga boleh jad nakal, dengki hati ataupun mesra.

    "Those who do not understand true pain can never understand true peace."
    - Pesanan Rasulullah SAW |My Collection Icon|Mari Berpantun -


  2. Likes sportspool7, shuffle_017 liked this post
  3. #2
    Senior Member
    botak76's Avatar
    Join Date
    Aug 2006
    Posts
    1,105
    Post Thanks / Like
    macam2 la jepun nie

  4. #3
    Senior Member
    uzumaki kushina's Avatar
    Join Date
    Jun 2012
    Location
    !c#!R@kU r@MeN
    Posts
    642
    Post Thanks / Like
    banyak2 tempat jamban jugak hantu ni pilih

  5. #4
    Senior Member

    shuffle_017's Avatar
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Penang
    Posts
    5,186
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    3
    permainan syaitan semua itu

  6. #5
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    Hantu kt jepun suka tadah berak


  7. Likes skizolicious liked this post
  8. #6
    Senior Member
    Norahman's Avatar
    Join Date
    Aug 2008
    Location
    Alor Setar Kedah
    Posts
    2,537
    Post Thanks / Like
    mcm2 hantu kt jepun ni...

  9. #7
    Senior Member

    eijan's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    PeNaNG
    Posts
    803
    Post Thanks / Like
    seram tol hantu2 kat jepang ni.. huhuhu
    normally bila azan setan lari masok jamban/tandas.... kekekekkee
    nak masok tandas baca la doa masuk tandas... moga dihindari dr gangguan setan...


    -:- TurBo InSidE -:-
    -:- DoublE BlaDE FaN -:-

    <- Dengar Radio Syok.Org ->
    <- http://syok.caster.fm/->

  10. #8
    Senior Member Mat Jo's Avatar
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    205
    Post Thanks / Like
    ke hantu suka skodeng orang berak

  11. #9
    Senior Member

    shuffle_017's Avatar
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Penang
    Posts
    5,186
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    3
    Quote Originally Posted by Mat Jo View Post
    ke hantu suka skodeng orang berak
    lain macam je tu

  12. #10
    Junior Member japari's Avatar
    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    26
    Post Thanks / Like

Page 1 of 2 12 LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •