Results 1 to 1 of 1

Thread: Apa itu Osteogenesis Imperfecta (OI)

  1. #1
    Junior Member A Kadir Abdullah's Avatar
    Join Date
    Apr 2013
    Posts
    8
    Post Thanks / Like

    Apa itu Osteogenesis Imperfecta (OI)

    Aku share benda ini sebab terjadi dekat aku. Boleh kongsi ilmu dengan budak2 syok kat sini. Jazakallah

    Osteogenesis Imperfecta (OI) merupakan sejenis penyakit genetik/keturunan akibat kekurangan kalsium dan kolagen dalam badan.


    OI juga merupakan penyakit tulang rapuh yang menyebabkan tulang mudah patah walaupun secara tiba-tiba.


    OI terbahagi kepada 8 jenis yang mana setiap bahagian mempunyai tahap penyakit yang berbeza.


    Simptom/gejala/tanda asas penyakit OI adalah:
    1. Tulang bengkok.
    2. Otot tidak kuat/lemah.
    3. Hilang deria pendengaran (err, not sure).
    4. Ketinggian terbantut.
    5. Kulit sensitif.
    6. Mempunyai masalah pernafasan.
    7. Pendarahan yang agak teruk jika mengalami sebarang kecederaan.
    8. Tulang belakang agak bengkok.
    9. Hanya satu lapisan pada gigi berbanding manusia normal yang memiliki tiga lapisan.


    Cara membezakan jenis ataupun tahap dalam penyakit OI:
    1. Warna mata = Ada warna kelabu, biru, ungu.
    2. Ketinggian pesakit.
    3. Penyakit lain selain menghidap OI = Contoh sakit jantung, masalah paru-paru yang kronik.
    4. Jenis gigi = Kadang-kadang nampak tembus ke dalam (transparent).
    5. Tahap kebengkokan tulang.
    6. Tulang belakang = Ada yang terlalu bengkok sehingga jarak antara tulang dada dengan belakang agak rapat.


    Macam mana pesakit OI boleh patah?
    1. Angkat barang berat
    2. Tersilap cara bergerak (setiap pesakit OI mempunyai 'cara tersendiri' untuk bergerak)
    3. Terkejut =
    -Dengar bunyi mercun
    -Dengar bunyi kilat
    -Dengar belon meletup atau bunyi letupan yang sewaktu dengannya
    -Tengok cerita hantu pun dilarang sama sekali, huhu..
    4. Tiba-tiba (sila jangan pelik)
    5. Batuk dan bersin


    Tindakan yang perlu dibuat ketika tulang patah?
    1. Balut pada bahagian yang patah untuk mengurangkan kesakitan dan mengelakkan tulang yang patah dari bergerak/terkulai.
    2. Letakkan kawasan yang cedera sedikit tinggi untuk melancarkan peredaran darah. Kalau tak tinggikan tempat yang cedera, nanti darah tak akan sampai ke kawasan tersebut lalu berwarna biru.
    3. Jangan banyak bergerak (yang ni aku selalu degil).
    4. TERPAKSA tahan bersin dan batuk.
    5. Jangan sesekali sentuh atau pegang pesakit ketika patah. Hanya pesakit sendiri yang boleh menyentuh kawasan tersebut.
    6. Take note, jangan suruh atau bawa pesakit pergi berurut. Tulang yang patah tidak boleh diusik mahupun diurut. Ramai orang salah faham antara patah dan terseliuh.


    Kesan selepas patah:
    1. Tulang menjadi semakin bengkok
    2. Petanda kalsium dan kolagen semakin berkurangan
    3. Lebih kerap patah dalam masa terdekat


    Rawatan yang diperlukan:
    1. Pembedahan untuk meluruskan tulang (also knowing as Kebab Procedure).
    2. Memasukkan ubat (di Malaysia popular dengan penggunaan ubat IV Pamidronate) setiap 3 bulan sekali.
    3. Fisioterapi khas untuk pesakit tulang rapuh.
    4. Melakukan setiap rawatan susulan yang berkaitan seperti gigi, mata, telinga, buah pinggang, tulang belakang, dan dietetik (dietition).


    Last edited by A Kadir Abdullah; 16-05-13 at 01:09 AM.

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •