Assalamualaikum wbt..

Seperti tahun tahun yang lepas, insyaallah pada tahun ini kita akan adakan Majlis Berbuka Puasa Syok.org 2011 kali yang ke-3.Tujuan majlis ini adalah utk mengeratkan tali silaturrahim sesama kita warga syok.org.


Details ttg majlis ini adalah seperti berikut

TARIKH : 20 AUGUST 2011 ~ Sabtu
TEMPAT : Flaming Steamboat Buffet



UCAPAN TERIMA KASIH

1. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama menjayakan Majlis Berbuka Puasa syok.org 2011 W.P Kuala Lumpur. Saya amat terharu dengan sokongan dan komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta untuk bersama-sama saya merealisasikan majlis yang tidak seberapa begini.

Tuan-tuan dan puan-puan

2. Di kesempatan ini saya bagi pihak keluarga, dan juga selaku pihak penganjur ingin memohon ribuan ampun kemaafan sekiranya terdapat apa-apa perkara yang mungkin tidak menyenangkan hati tuan/puan. Kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak, tetapi kita mampu meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama mengeratkan silaturrahim sesama kita. Sekalung penghargaan untuk tuan/puan kerana kita pun berasa berhak untuk bangga atas apa yang kita pamerkan.

3. Akhir kata saya sekali lagi ingin menyeru kepada tuan/puan agar senantiasa memberi komitmen sebegini demi persahabatan antara kita. Syabas dan tahniah untuk kita semua!

Yang Ikhlas

Azmir Ismail~azmir438/ Harmizan~putraKB / Max~misery freak


Details ttg majlis ini adalah seperti berikut

TARIKH : 20 AUGUST 2011 ~ Sabtu
TEMPAT : Flaming Steamboat Buffet


Antara Gambar yg sempat dirakam di sepanjang majlis ini dijalankan. (maaf jika gambar kurang memuaskan)

Organizer Commitee yg menjayakan majlis berbuka puasa. Dari kiri azmir@azmir438 , PutraKB@harmizan , Misery Freak@MAx.