Results 1 to 3 of 3

Thread: Zaman Pemerintahan Rasulullah SAW

  1. #1
    Senior Member

    Eddyz-Kenpachi's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ~** Kayangan **~
    Posts
    3,342
    Post Thanks / Like

    Zaman Pemerintahan Rasulullah SAW

    1. PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM MADINAH

    Titik permulaan kepada pembentukan negara Islam Madinah ialah selepas termeterinya Perjanjian Aqabah pertama ( tahun ke 12 kerasulan nabi ) dan Perjanjian Aqabah ke dua ( tahun ke-13).

    Ekoran perjanjian tersebut, nabi berhijrah ke Madinah dan penduduk Madinah Munawwarah melantik Baginda sebagai pemimpin.

    Nabi meletakkan asas sebuah negara berasaskan 4 perkara:
    i. Islam – dijadikan rujukan dan landasan
    ii. Syura – kaedah pentadbiran
    iii. Semangat aqidah – bagi menggantikan semangat assabiyyah
    iv. Piagam madinah – sebagai perlembagaan negara.


    2. KONSEP SYURA

    Syura berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud mesyuarat. Dari istilah tersebut syura membawa maksud permesyuaratan dalam segala hal berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan berdasarkan keimanan dan ketakwaan.

    Perkara ini dijelaskan dalam al Quran seperti:

    i. Surah al-Syura ayat 38 “ Dan urusan mereka diputuskan dengan mesyuarat antara mereka”
    ii. Surah al Imran ayat 59 –“ Dan bermesyuaratlah kamu dengan mereka dalam urusan itu”
    iii. Juga disebut dalam Surah al Imran ayat 159.

    Syura merupakan satu sendi keimanan dan sifat khusus seorang Muslim. Seorang pemerintah diwajibkan bermesyuarat (musyawarah) dalam segala hal yang menyentuh kepentingan peribadi dan umum. Sebagai satu dasar dalam syariat Islam, pemimpin yang tidak bermesyuarat harus dipecat.

    Bagi menguruskan perjalanan pemerintahan kerajaan Islam Nabi telah menubuhkan Majlis Syura. Ahli majlis tersebut dilantik dan bilangannya tidak terhad.

    Anggota majlis syura semasa pemerintahan Nabi seramai 6 orang yang terdiri daripada ulama, ketua Muhajirin, ketua Ansar, Panglima Tentera dan Penglima tertinggi Tentera.

    Menurut Al Mawardi dalam kitabnya “Al Ahkamus- Sultaniah” dan Syed Rashid Rudha dalam “Al- Khalifah” merumuskan ahli majlis syura itu mempunyai keadilan, berilmu pengetahuan, kecerdasan dan bijaksana. Mereka bermesyuarat dalam menyelesaikan apa sahaja dengan rujukan al Quran dan pandangan serta pendapat nabi.


    3. PIAGAM MADINAH.

    Prof Dr Muhammad Hamidunllah – Perlembagaan bertulis yang tertua di dunia dan merupakan satu rekod dunia. Menurut Dasuki Ahmad dalam “ Ikhtisar Perkembangan Islam” menyatakan – Perlembagaan yang dibuat oleh Nabi Muhammad ini tidak pernah dilakukan oleh mana2 nabi dan rasul sebelumnya.

    Perlembagaan Madinah dikenali juga dalam bahasa Arab sebagai Syahifah Madinah.

    Perlembagaan Madinah ini menjadi garis dan dasar politik pemerintahan kerajaan Madinah yang diasaskan oleh Nabi. Ibnu Ishaq dalam kitabnya “Sirah Rasullah” dan Ibnu Hisyam dalam “Al-Sirah al Nabawiyah” menyatakan bahawa perlembagaan ini merupakan hak dan tanggung jawab pemerintah dan orang yang diperintah.

    Piagam Madinah dibuat diantara:

    i. Orang Islam (Muhajrin dan ansar ) di satu pihak dan orang Yahudi di satu pihak.
    ii. Antara orang Islam sesama Islam – antara Muhajirin dan Ansar.

    Piagam Madinah mengandungi 47 fasal dan merangkumi dua bahagian iaitu:

    i. Bahagian Pertama – 23 fasal berkenaan peraturan orang Islam sesama Islam
    ii. Bahagian Kedua – 24 fasal mengenai peraturan membabitkan orang2 Yahudi.


    4. STRUKTUR PEMERINTAHAN

    Nabi Muhammad telah meletakkan beberapa prinsip umum untuk sesebuah pemerintahannya iaitu:
    i. Konsep syura,
    ii. Persamaan taraf
    iii. Persaudaraan dan perpaduan – tindakan mempersaudarakan pihak Ansar –( Aus dan Khazranj) serta Ansar dan Muhajirin
    iv. Keadilan
    v. Peraturan am atau Perlembagaan negara.

    Bentuk pemerintahan dan pentadbiran zaman nabi mempunyai ciri-ciri berikut:

    i. Sederhana dan ringkas,
    ii. Nabi Muhammad sebagai ketua negara. Mengetuai kuasa pelaksana/ pentadbiran dan penggubal undang2
    iii. Jawatan yang diwujudkan untuk membantu ketua negara hanyalah beberapa jawatan.
    iv. Mereka dilantik memegang jawatan tersebut secara sukarela dan tidak menerima sebarang gaji / pendapatan negara
    v. Tiada Dewan Parlimen dan tiada ahli mesyuarat yang khusus dan tetap.

    Jawatan yang wujud adalah seperti berikut:

    i. Ketua negara
    ii. Peringkat Tertinggi terdiri daripada Majlis Nuqaba’ (syura) Setiausaha (Sahib al Sir) dan Pemegang amanah.
    iii. Peringkat keduaWali / gabenor dan Amil, Khadi, Penulis ( wahyu, surat dsb) dan Penterjemah.


    Sumber : CikguZainal Blogspot
    Last edited by lolly lilly; 22-04-13 at 08:55 AM.

    "Those who do not understand true pain can never understand true peace."
    - Pesanan Rasulullah SAW |My Collection Icon|Mari Berpantun -


  2. Thanks zamx23, supernova thanked for this post
    Likes Koxy, zamx23 liked this post
  3. #2
    Junior Member
    Join Date
    Dec 2010
    Posts
    25
    Post Thanks / Like
    tolong edit balik ayat baris ke-2 = (tahun ke 12 kerasulan nabi)

  4. Likes lolly lilly liked this post
  5. #3
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.¢σм ║▌║▌║█│▌

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •