Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 12

Thread: ~Stesen Penyiaran Korea Haramkan Video Muzik Psy!~

  1. #1
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9

    ~Stesen Penyiaran Korea Haramkan Video Muzik Psy!~



    SEOUL – Sebuah stesen penyiaran terkenal di Korea Selatan, KBS mengharamkan video muzik baharu Psy yang berjudul Gentleman.Pengharaman yang diumumkan semalam itu dibuat kerana video muzik penyanyi rap tersebut menyiarkan adegan dia menyalahgunakan harta benda awam.

    Dalam video muzik itu, terdapat adegan yang menunjukkan Psy, 35, menendang sebuah kon yang diletakkan oleh kakitangan pihak berkuasa tempatan di sebatang jalan raya.
    Kon itu diletakkan di kawasan larangan tempat meletak kenderaan.

    Menurut KBS, adegan tersebut tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh stesen penyiaran awam itu.
    Dua jurucakap stesen itu berkata, pihaknya sebelum ini pernah mengharamkan beberapa video lain kerana alasan yang sama.

    Video muzik berdurasi 3.54 minit yang menunjukkan Psy menari tarian goyang pinggul telah mencatatkan lebih 139 juta kali tontonan sejak ia dimuat naik di laman YouTube pada 13 April lepas.
    Psy juga memperkenalkan tarian kuda menerusi video muzik Oppa Gangnam Style yang turut mencipta rekod YouTube apabila ia mencatat lebih satu bilion tontonan sejak dimuat naik pada pertengahan tahun lalu.

    Sementara itu, Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye memuji tindakan Psy kerana membayar sejumlah wang kepada sekumpulan pereka tari yang mencipta tarian pinggul.
    Anggota-anggota sebuah kumpulan nyanyian wanita dari Korea Selatan, Brown Eyed Girls pada tahun 2009 pernah membuat persembahan tarian itu menerusi lagu hit mereka, Abracadabra.

    Bagi yang belum menonton lagi klip video lagu baru Psy, boley tonton video di bawah~





    Sumber – Agensi
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.¢σм ║▌║▌║█│▌

  2. Likes direcaharoro liked this post
  3. #2
    Senior Member
    Xor's Avatar
    Join Date
    May 2008
    Posts
    8,008
    Post Thanks / Like
    dah tersebar pon.. hehe

  4. #3
    Senior Member

    eijan's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    PeNaNG
    Posts
    803
    Post Thanks / Like
    baru sepak kon.... lom sepak org..
    Kentot boh lam tangan genggam letak at muka org...
    wakakakakaa buruk perangai
    Last edited by eijan; 19-04-13 at 06:40 PM.


    -:- TurBo InSidE -:-
    -:- DoublE BlaDE FaN -:-

    <- Dengar Radio Syok.Org ->
    <- http://syok.caster.fm/->

  5. #4
    Senior Member
    grankie's Avatar
    Join Date
    Aug 2009
    Location
    nyok tree
    Posts
    1,515
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    motherfather pe kebendee tu

  6. #5
    Senior Member
    grankie's Avatar
    Join Date
    Aug 2009
    Location
    nyok tree
    Posts
    1,515
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    Quote Originally Posted by eijan View Post
    baru sepak kon.... lom sepak org..
    Kentot boh lam tangan genggam letak at muka org...
    wakakakakaa buruk perangai
    kentut tu paling teruk mv penah tgk

  7. #6
    Senior Member

    Esther Takumi's Avatar
    Join Date
    Feb 2011
    Location
    Alor Star Kedah
    Posts
    14,342
    Post Thanks / Like
    Mengarut jer..

  8. #7
    Senior Member
    grankie's Avatar
    Join Date
    Aug 2009
    Location
    nyok tree
    Posts
    1,515
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    tapi klu sape layan kpop.. ni tarian copy dari b.e.g klu x salah..

  9. #8
    Senior Member
    uzumaki kushina's Avatar
    Join Date
    Jun 2012
    Location
    !c#!R@kU r@MeN
    Posts
    642
    Post Thanks / Like
    ape gunenye kbs haramkan video ni...kan dah tersebar kat internet ~~

  10. #9
    Junior Member
    Join Date
    Apr 2013
    Location
    Malaysia
    Posts
    11
    Post Thanks / Like
    tarian video ni macam tarian video lagu abracadabra

  11. #10
    Senior Member
    grankie's Avatar
    Join Date
    Aug 2009
    Location
    nyok tree
    Posts
    1,515
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    Quote Originally Posted by direcaharoro View Post
    tarian video ni macam tarian video lagu abracadabra
    lagu lama

Page 1 of 2 12 LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •