Pasta Ale Nero adalah 100% ORGANIK, baik untuk kesihatan dan rasa lazat yang semula jadi

Amalkan diet organik dengan rangkaian pasta gandum durum Alce Nero yang menggabungkan rasa semulajadi yang lazat dengan produk Itali yang tulen, berkualiti tinggi dan 100% organik.

Alce Nero berbangga dengan hasil keluaran organiknya. Diladang secara semulajadi dan tradisional, ia bebas daripada penggunaan racun perosak, racun herba dan baja kimia serta diusahakan di tanah yang bebas pencemaran di Itali. Ia juga bebas daripada organisma dan bahan tambahan yang diubah suai secara genetik.

Jenama ini diasaskan pada tahun 1970-an apabila dua koperasi peladang muda Itali bercadang memulakan aktiviti baru mengeluarkan makanan yang selamat dimakan dan mesra alam sekitar.

Kini, Alce Nero merupakan jenama organik nombor satu di Itali yang mempelopori revolusi organik secara inovatif dengan menggabungkan kaedah perladangan tradisional dengan hasil penyelidikan termaju dalam kesihatan dan alam sekitar.

Seperti juga dengan produk Alce Nero lain, pasta Alce Nero disahkan 100% organik di bawah undang-undang Kesatuan Eropah yang ketat. Kesemua aspek pengeluarannya daripada tanaman dan kawasan penanaman hingga ke kilang pemprosesan dan prosedur serta ramuan yang digunakan disahkan organik.

Berikan keluarga anda jaminan kesihatan yang lebih baik menerusi makanan yang disahkan 100% organik dengan Alce Nero.



Khasiat kebaikan

Pasta merupakan sumber karbohidrat paling utama dalam memastikan anda kekal bertenaga sepanjang hari. Ia lebih baik daripada beras kilang yang digilap yang merupakan makanan ruji di Malaysia.

Pasta Alce Nero mempunya indeks glisemia yang rendah dan kandungan protein yang tinggi yang memberikan tenaga berpanjangan, penghadaman mudah, kawalan berat badan dan kawalan diabetes. Manfaat ini bertindak sebagai perlindungan terhadap penyakit jantung dan menggalakkan pemakanan yang optimum.

Pasta Alce Nero didatangkan dalam pelbagai bentuk termasuk spaghetti, spaghettini, penne, fusilli, fusilli tricolore dan macaroni bagi memenuhi segala keperluan pasta organik anda.



Cadangan hidangan

Pasta sememangnya menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang lazat, penggunaan versatil, mudah dimasak dan boleh disediakan dengan pantas.

Pasta Alce Nero boleh dihidangkan sebagai resipi tradisional Bolognese, Carbonara, Aglio Olio atau pesto untuk rasa Itali yang asli.
Spaghetti Bolognese


Atau luaskan pengalaman memasak anda dengan dengan pasta Alce Nero goreng, pasta salad, pasta rendang, pasta dengan kari, masakan fusion Asia dan banyak lagi.


(Pasta Goreng)



Dengan rasanya yang lazat dan pengeluarannya yang organik, ada pelbagai lagi cara bagi anda menghidangkan pasta Alce Nero. Untuk maklumat lanjut dan banyak lagi resipi sihat, layari www.alcenero.asia

Rangkaian pasta Alce Nero boleh didapati di Aeon, Aeon plus, Cold Storage, Hero, Jaya Grocer dan Village Grocer dan dijual pada harga:


  • Alce Nero Spaghetti (500g) – RM 7
  • Alce Nero Spaghettini (500g) – RM 7
  • Alce Nero Penne (500g) – RM 7
  • Alce Nero Fusilli (500g) – RM 7
  • Alce Nero Fusilli Tricolore (500g) – RM 7
  • Alce Nero Macaroni (500g) – RM 7



Latar Belakang Alce Nero

Alce Nero diasaskan pada tahun 1970-an apabila dua koperasi peladang muda Itali bercadang memulakan aktiviti baru mengeluarkan makanan yang selamat dimakan dan mesra alam sekitar. Alce Nero menggabungkan teknik-teknk pertanian tradisional dengan penyelidikan terkini dalam aspek kesihatan dan persekitaran. Teknik-teknik tersebut telah berkembang, tetapi kualiti kami tetap berdasarkan ramuan asas daripada Alce Nero: cinta untuk makanan, hormat kepada alam persekitaran dan mengharamkan penggunaan bahan-bahan kimia sintetik.

Kini, Alce Nero merupakan jenama organik nombor satu di Itali. Pengeluar-pengeluar kami terbabit dalam kesemua peringkat pembuatan, memastikan kami untuk menghormat kepada prinsip-prinsip sepanjang pengeluaran dan memastikan makanan kita adalah berdasarkan kepada keasliannya. Maka, kami boleh memastikan kualiti yang tinggi, 100% organik, produk-produk Itali yang jati yang dibuat daripada padang pertanian kami kepada pinggan anda.

Alce Nero adalah popular dengan persijilan 100% organik di bawah undang-undang Kesatuan Eropah dan Jepun yang ketat.

Di Malaysia, Alce Nero membawa rangkaian pasta organic, minyak zaitun extra virgin, sos tomato, jem and madu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke www.alcenero.asia