Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 12

Thread: ~Ciri-ciri suami pilihan~

  1. #1
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9

    Red face ~Ciri-ciri suami pilihan~

    Suami yang menyayangi, mencintai dan mengasihi diri kita adalah yang dapat memberikan kita didikan / bimbingan kejayaan di dunia ini dan di akhirat esok hari. Untuk diri kita dan anak - anak.

    Berbahagia lah kita .

    Mati kita yakni hingga saat ajal kita yang terakhir di atas dunia ini, suami kita boleh menjadi iman untuk solat jenazah kita yang terakhir ( bukan hanya sedih dan di hati ingin cari penganti tempat kita ) dan hingga ditanamnya kita diperkuburan dengan sebaik-baiknya berserta doa kasih sayang kepada kita .

    Ini lah suami yang di katakan benar benar menyayangi, mencintai dan mengasihi kita dunia dan akhirat yang sebenar benarnya .


    Yang dikata kan dan di ucapkan kepada kita setiap pagi hingga kemalam tiap tiap hari ,
    hai sweety abang…..
    hai darling…..
    hai honey …..
    hai sayang…..
    hai buah hati abang …..


    dan bermacam macam Hai ...Hai...Hai..........Lagi .


    Bertanya lah kita pada diri kita dan suami kita adakah ,

    suami kita boleh menjadi iman untuk solat mayat kita yang terakhir..???
    Atau di wakil pada imam atau ustaz sahaja ..

    Sedangkan islam mengajarkan kita lebih baik suami sendiri menjadi imam bagi kita.
    Seperti juga anak lelaki imam kan jenazah ayah dan ibunya apabila mereka meninggal dunia sebagai tanda kesayangan, kecintaian dan kasihnya anak kepada kedua orang tuanya pada hari terakhir.

    KASIH manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi.
    Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.
    Itulah sedikit dari bait-bait lagu raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan.

    Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…


    - KUAT AGAMANYA
    Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara.
    Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya.

    Lihat saja rasulullah s.a.w menerima pinangan saidina ali buat puterinya fatimah.
    Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
    Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.


    - BAIK AKHLAKNYA
    Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya.
    Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia.
    Rasa hormatnya pada warga tua ketara.
    Mudah di bawa berbincang.
    Tidak terlalu berahsia.


    - TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH
    Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam ?
    Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan ?


    - AMANAH
    Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja si dia.


    - PEMURAH TETAPI TIDAK BOROS
    Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


    - TIDAK LIAR MATANYA
    Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara.
    Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.


    - TERBATAS PERGAULAN
    Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.


    - RAKAN PERGAULANNYA
    Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
    Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.


    - BERTANGGUNGJAWAB & SETIA
    Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya.
    Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.
    Setia mengharungi hidup bersama walau susah mahupun senang..


    - TENANG WAJAH
    Apa yang tersimpan dalam sanubari hatiNya terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
    Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.



    “ Kekurangan kita ialah banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya “.

    “Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya “.

    “Kelemahan kita yang bertimpa-timpa ialah mengetahuai tafsirannya tetapi tidak mengetahui rahsianya”.

    “Kelemahan kita yang tertinggi ialah mengetahui rahsianya tetapi tidak mempercayainya”.

    “Kelemahan kita yang lebih tinggi ialah tidak mempercayainya lalu meninggalkannya”.



    BERKATA HUJAHTUL ISLAM AL IMAN AL-GHAZALI R.A ,
    JANGAN ENGKAU KATA
    " ALLAH MAHA BESAR " ,PADA HAL DI DALAM HATI KAMU MASIH LAGI ADA YANG LEBIH BESAR DARINYA."




    Berkata HujahTul Islam Al- Iman Al-Ghali R.a Lagi ,

    "Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah, hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata: "Saya tidak cinta kepadaNya", maka kamu kafir dan jika kamu berkata, "Saya cinta", maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu."



    “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.¢σм ║▌║▌║█│▌

  2. Thanks shuffle_017, Koxy thanked for this post
  3. #2
    Senior Member
    Koxy's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Location
    Klang
    Posts
    642
    Post Thanks / Like
    org mcm kt atas nih pnh jumpa kt syok.. Shuffle..

  4. #3
    Senior Member

    shuffle_017's Avatar
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Penang
    Posts
    5,186
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    3
    Quote Originally Posted by Koxy View Post
    org mcm kt atas nih pnh jumpa kt syok.. Shuffle..
    tetibe jer ni~ ada apa2 ke

  5. Likes Koxy liked this post
  6. #4
    Senior Member bidieyafandi's Avatar
    Join Date
    Mar 2012
    Posts
    226
    Post Thanks / Like
    Ciri-ciri mereka yang sedia dinikahi, mereka terasa lebih senang bercerita, berkongsi dan mendengar tentang perkara nya tidak kira secara langsung atau tidak.. Kiranya baik Jika ia disegerakan.. Ehhemmm

  7. Likes lolly lilly liked this post
  8. #5
    Senior Member
    grankie's Avatar
    Join Date
    Aug 2009
    Location
    nyok tree
    Posts
    1,515
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    no 1 tu paling penting... both either husband or wife

  9. Likes lolly lilly liked this post
  10. #6
    Junior Member Budak Misteri's Avatar
    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    15
    Post Thanks / Like
    Adakah Cik Lolly sudah berjumpa dengan insan yang mempunyai ciri-ciri di atas?


    "Biarkan Misteri Kekal Misteri"



  11. Likes lolly lilly liked this post
  12. #7
    Senior Member
    grankie's Avatar
    Join Date
    Aug 2009
    Location
    nyok tree
    Posts
    1,515
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    Quote Originally Posted by Budak Misteri View Post
    Adakah Cik Lolly sudah berjumpa dengan insan yang mempunyai ciri-ciri di atas?
    sudah... namenye Budak Misteri

  13. Likes shuffle_017 liked this post
  14. #8
    Senior Member
    Koxy's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Location
    Klang
    Posts
    642
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by shuffle_017 View Post
    tetibe jer ni~ ada apa2 ke
    Saja puji..

    beragama & berakhlak paling penting..


  15. #9
    Senior Member

    shuffle_017's Avatar
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Penang
    Posts
    5,186
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    3
    Quote Originally Posted by Koxy View Post
    Saja puji..

    beragama & berakhlak paling penting..

    jangan bagi aku kembang hidung lak~

  16. Likes Koxy liked this post
  17. #10
    Senior Member
    stammofa's Avatar
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    East Blue
    Posts
    10,998
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    2
    masalahnye, mak bapak yg memayahkan segalanya....

    mak bapak plak, dipayahkan oleh tanggapan masyarakat.....

    jadi, yg ada harta jugak yg dipilihnya, atas alasan nak kenduri yg hebat....

    nanti dapat la laki yg suke pakai seluar pendek bile kuar rumah.....

  18. Likes lolly lilly liked this post
  19. 30-03-13, 03:07 PM

Page 1 of 2 12 LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •