Results 1 to 8 of 8

Thread: Demam Kuning pd kucing

  1. #1
    Senior Member
    shaka baby's Avatar
    Join Date
    May 2007
    Posts
    5,071
    Post Thanks / Like

    Demam Kuning pd kucing

    Salam,juz share..aku sekadar copy paste...yg membela kucing..andai mata kucing anda kuning menyala..cepat2lah hantar rawatan....

    Jaundis (Jaundice) atau demam kuning memang biasa berlaku pada kucing. Ada juga diistilah sebagai icterus dalam bahasa omputeh. Semuanya sama je...demam kuning bahasa mudahnya. Demam kuning adalah satu keadaan di mana wujudnya atau hadirnya warna kekuningan pada bahagian badan disebabkan peningkatan kandungan bilirubin dalam darah.



    Keadaan ini (jaundis) diklasifikasikan sebagai tidak normal pada kucing. Tanda klinikal yang biasa dan mudah dilihat ialah wujud kekuningan pada putih mata, kekuningan pada gusi, pada kulit dan juga dibahagian bawah cuping telinga. Bukan tetiba terus kuning...tapi kuning ni wujud secara beransur2 daripada kuning pucat kepada kuning yang lebih pekat.


    Selalu berlaku - demam, kucing tak makan, gusi pucat atau sedikit kekuningan, air liur meleleh, berak cair dan adakala bercampur darah, muntah dan kurang air dalam badan (dehydrated). Kucing ni boleh tak makan atau hilang selera untuk satu jangkamasa yang lama. Adakala kita 'paksa makan' (force feeding) kucing tu. Dan mengikut pengalaman saya, sekiranya kucing dah boleh makan sendiri dan dah ada selera, demam kuning tu dah kira 'kebah' atau dah beransur sembuh. Warna kekuningan pada kulit tadi akan beransur2 hilang dengan sendirinya.

    Penyebab kepada jaundis ni diklasifikasikan atau dibahagikan kepada 3;

    1. Prehepatik (prehepatic) - merujuk kepada masalah yang wujud sebelum darah tiba ke hati seperti sel darah merah musnah atau pecah. Selalunya disebabkan oleh:

    • Parasit darah - haemobartonellosis, cytauxzoonosis
    • ubat-ubatan
    • reaksi selepas pemindahan darah
    • immune-mediated haemolytic anaemia
    • cacing dalam jantung (jarang berlaku pada kucing)
    • rendah paras fosfat dalam darah


    2. Hepatik (hepatic) - masalah pada hati itu sendiri (kegagalan hati menjalankan fungsinya)

    • Penyusupan lemak pada hati (hepatic lipidosis)
    • hepatitis, cholangitis, cholangiohepatitis (korang google eh...nanti tau ler apa maksud nama2 tu...:P)
    • Toxin atau keracunan oleh logam berat dan sesetngah racun serangga untuk membasmi parasit luaran.
    • Ubat-ubatan seperti diazepam, griseofulvin, acetaminophen
    • Kanser hati
    • Cirrhosis - keadaan bilamana hati telah rosak teruk
    • Penyakit disebabkan oleh virus, bakteria dan protozoa



    3. Post hepatik

    • Jangkitan pada pankreas
    • Masalah pada pundi hempedu - tersumbat, batu hempedu
    • Jangkitan pada usus kecil yang boleh menyebabkan salur hempedu tersumbat atau pengaliran hempedu terhalang


    Ituler serba sedikit apa yang kita perlu tahu tentang demam kuning @ jaundis ni. Vaksin kucing anda secara berkala untuk merendahkan risiko terkena penyakit ini. Sekiranya kucing kesayangan anda menunjukkan tanda2 abnormal seperti demam, kekuningan pada putih mata, gusi, kulit dan telinga, cepat2 bawa ke klinik haiwan untuk rawatan. Selalunya episodnya akan bermula dengan demam yang agak melampau dan ada kalanya demamnya menjadi intermittent (kejap demam, kejap tak) serta selera makannya akan hilang serta merta.


    p/s: 'Hitam' dlm ingatan...6 tahun usianya...tiada lagi penunggu setia menanti aku pulang kerja setiap hari..moga dia tenang disana
    CEO of monkey donkey corp

  2. Thanks shuffle_017 thanked for this post
    Likes aswada, shuffle_017 liked this post
  3. #2
    Senior Member mat khalid's Avatar
    Join Date
    Nov 2012
    Posts
    569
    Post Thanks / Like
    thanks for the info...

  4. #3
    Senior Member along833's Avatar
    Join Date
    May 2010
    Location
    ~Bandar Peranginan~
    Posts
    1,928
    Post Thanks / Like
    nice info.. ada sekor kucing..


  5. #4
    Senior Member
    grankie's Avatar
    Join Date
    Aug 2009
    Location
    nyok tree
    Posts
    1,515
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    thanks for info... walaupun aku dah x bela kucing...

  6. #5
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    thx for the info, ade kucing jiran punye je..


  7. #6
    Senior Member
    shaka baby's Avatar
    Join Date
    May 2007
    Posts
    5,071
    Post Thanks / Like
    sebenarnya demam kuning bukan simpton awal kucing tu sakit tapi akibat kerosakan hati (salah satunya,mungkin ada punca lain)..maknanya dah serius 50-50 hidup...merebak seluruh badan..kerosakan buah pinggang...walau dah reda tapi akan dtg balik..yg sebaik2nya pergilah hantar rawatan...jgnlah pukul atau marah atau buang andai kucing berak dan kencing merata dlm rumah walau dulu kucing tu pandai buang diluar rumah sbb penyakit ni buatkan kucing tu x mampu kawal lagi pembuangan dia...aktiviti kucing diluar rumah penyumbang kepada sakit, org pukul kucing pun boleh akibatkan kerosakan dlaman..
    CEO of monkey donkey corp

  8. #7
    Senior Member

    aswada's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Posts
    6,461
    Post Thanks / Like
    rasanya sbb tu kena vaksin die dri awal untuk elakkan penyakit yg kite xtaw..ape2 hal terus je anta g vet



  9. #8
    Member
    Join Date
    Dec 2013
    Posts
    40
    Post Thanks / Like

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •