sapa ada pengalaman buat adroid app? aku stuck macam mana nak start...
sapa ada pengalaman buat adroid app? aku stuck macam mana nak start...
sorry menyampuk : saya pun nak bertanya psl android apps ni... sebb nak buat apps for android..apps apa yg sesuai...setakat apps yg dah ada tak boleh buat utk fyp..kena reject..idea?suggestion? help me
IDE guna eclipse senang..
bnyak community guna..
kene power java kalau nak buat..
Boleh aku bump lagi tak thread ni?
Pengalaman aku buat fyp dulu 0 knowledge gak pasal ni, start dari ground, tapi kalo korang gi Android Dev nye official website tu dia ada ajar dah tutorial step by step dari 0.
Idea nak buat? Hmm.. aku pun dulu ada masalah gak pasal ni. Last2 jumpa pak cik tepi jalan yang bagi idea. Dia kata, kita terlalu pikir complicated sampai overlooked most things. Dalam kehidupan seharian, benda jadi kecik pun sebenarnya satu masalah. Kita je yang tak nampak, atau narrow minded untuk tengok benda tu. So dia suggest aku gi jalan2 kat bandar, tak kira naik apa pun. Aku pun pusing la naik teksi, dapat terus idea buat apps berkenaan dengan teksi. First in Johor. Tapi tak publish la, hehe
Hehe.. tiba2 baru ingat password, baru tau rupanya dah lama register kat sini.
Spoil sikit, sebenarnya untuk paling basic, boleh drag and drop je untuk design interface apps. Kalo ikut tutorial dia pun, memang dia ada ajar. Tu untuk paling basic la. Untuk advance, paling kurang kena tau Java dan xml.
Untuk software, Eclipse dah cukup. Dekat tutorial pun dah sediakan sekali kalo nak download bundle nye software. Yang ni lagi mudah, tak perlu setup environment dah. Latest sekarang, Google keluarkan IDE khas untuk develop Android apps, dia panggil Android Studio. Bagi aku agak berat, so aku prefer Eclipse lagi. Antara dua software ni pun boleh cross. Jangan risau, tutorial dia memang complete habis termasuk cara nak integrate dua ni pun ada. So kalo dah biasa guna Eclipse tetiba nak try Android Studio, takde masalah.
Coding lak, secara native, Java hardcore la. Korang kena mahir java kalo nak buat apps yang advance2 bagi apps native. Kalo malas wat secara native, boleh buat cara web apps. Korang buat website, saiz autoresize screen, host kat website somewhere, then link kat apps. Tadaa, ni lagi senang. Kelebihan native apps berbanding webapps, native apps performance wise lagi better. Load dan run smooth dan boleh secara offline. Kalo webapps, of course phone kena ada internet baru leh jalan apps tu.
Ada lagi satu cara, 3rd party. Ni berlambak kat luar tapi for the start, aku nasihat mahirkan diri dlu dengan cara native dan webapps. Baru senang faham selok belok lagi bagus.
There's no such thing as MOBA. There's DotA(2), and then there's the rest.