Results 1 to 6 of 6

Thread: Alahan (Allergies)

  1. #1
    Senior Member wafi2510's Avatar
    Join Date
    Jul 2010
    Location
    Here I Am...
    Posts
    453
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    10

    Post Alahan (Allergies)



    Alahan boleh berlaku kepada sesiapa saja, tanpa mengenal usia dan bangsa. Alahan adalah satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan bahawa seseorang itu alah terhadap sesuatu bahan termasuk makanan seperti ketam dan sotong.

    Seseorang itu boleh mengalami alahan apabila tersedut atau terhidu bahan tertentu seperti habuk atau mengambil makanan yang boleh menyebabkan alahan terhadap mereka.

    Berikutan tindak balas bahan alahan yang memasuki ke dalam badan seseorang, kita akan mengalami beberapa simptom atau gejala berikut :

    * Bersin

    * Gatal-gatal hidung

    * Hidung tersumbat

    * Berhingus

    * Mata terasa gatal-gatal

    * Mata menjadi kemerah-merahan dan seperti menangis

    * Kadangkala batuk

    * Lelangit terasa gatal

    * Nafas berbunyi

    Jika anak anda mengalami alahan, ada kemungkinan ia berpunca daripada dua faktor gabungan iaitu genetik ataupun persekitaran.




    Faktor Genetik dan Persekitaran

    Sebagai ibu bapa, jika anda ataupun suami mempunyai sejarah alahan, ini menunjukkan bahawa kemungkinan bagi anak-anak anda untuk mengalami alahan adalah kira-kira 40 peratus tetapi jika kedua-duanya (ibu dan bapa) mengalami sejarah alahan, kebarangkalian untuk anak-anak pasangan itu mengalami alahan meningkat kepada 80 peratus.

    Selain faktor genetik, pendedahan terhadap persekitaran juga menjadi antara faktor penyumbang kepada masalah alahan di kalangan kanak-kanak. Kehadiran haiwan peliharaan, seperti kucing, anjing dan arnab di rumah sedikit sebanyak boleh meningkatkan risiko alahan terhadap golongan itu.

    Bagaimanapun, apabila menyedari si kecil anda alah terhadap haiwan peliharaan berbulu, anda boleh mengatasi masalah itu dengan tidak lagi membela haiwan berkenaan.

    Namun begitu, bagaimana pula jika ia tidak dapat dielakkan, contohnya, haiwan peliharaan itu boleh ditemui di pusat jagaan kanak-kanak, sekolah dan bulu haiwan peliharaan yang melekat pada pakaian kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan sendiri di rumah.

    Selain haiwan peliharaan, lipas dan habuk permaidani juga boleh menyebabkan anak anda mengalami alahan. Bagaimanapun, keadaan ini boleh diatasi jika anda sentiasa menitikberatkan kebersihan di dalam dan di luar rumah dalam usaha mengurangkan masalah alahan.

    Sebagai usaha memastikan anak anda tidak terdedah kepada masalah alahan, adalah lebih baik untuk memberinya susu badan atau susu soya sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan pertama selepas dilahirkan selain melewatkan pemberian makanan pepejal kepada mereka (selepas berusia enam bulan).



    8 punca utama Alergen (alahan makanan)


    Cara Mengatasi dan Mengawal Alahan Bagi Kanak-kanak

    * Elak menggunakan permaidani

    * Pastikan anda kerap menukar cadar di dalam bilik tidur

    * Pastikan anda sentiasa menutup tingkat pada sebelah malam dan awal pagi untuk mengelak dan mengurangkan risiko pendedahan terhadap pencemaran udara

    * Elakkan faktor yang boleh mendedahkan anak anda kepada masalah radang seperti bau-bauan atau pewangi dan asap rokok



    ### last time aku kena alahan tah sebab apa.....doctor bagi ubat ni Loratadine (Claritin)
    Last edited by wafi2510; 20-06-12 at 10:47 PM.

    EBOOK-NOVEL COLLECTION MEDIAFIRE

  2. #2
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    aku pagi2 slalu byk bersin x tau apesal ~


  3. #3
    Senior Member wafi2510's Avatar
    Join Date
    Jul 2010
    Location
    Here I Am...
    Posts
    453
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    10
    Quote Originally Posted by fideldesu View Post
    aku pagi2 slalu byk bersin x tau apesal ~
    aku selalu berhingus pagi2...eeee
    resdung kot

    EBOOK-NOVEL COLLECTION MEDIAFIRE

  4. #4
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by wafi2510 View Post
    aku selalu berhingus pagi2...eeee
    resdung kot
    kalau byk brhingus tu resdung eh ? rase2nye aku allergik kat laptop kut ?


  5. #5
    Senior Member wafi2510's Avatar
    Join Date
    Jul 2010
    Location
    Here I Am...
    Posts
    453
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    10
    Quote Originally Posted by fideldesu View Post
    kalau byk brhingus tu resdung eh ? rase2nye aku allergik kat laptop kut ?
    tak pernah pulak dengar ada org allergic kat laptop....lain la kalau laptop ko camni...



    bnyk habuk kot...

    EBOOK-NOVEL COLLECTION MEDIAFIRE

  6. #6
    Senior Member

    -Sunny-Aegyo-Queen-'s Avatar
    Join Date
    Jun 2011
    Location
    ♥ Always Sunny Day ♥
    Posts
    1,585
    Post Thanks / Like




    LEE SOONKYU(SUNNY)THE AEGYO QUEEN


Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •