di wilayah paling timur tanah kita
ada wira tidak pulang ke pangkuan keluarga
isteri dan anak kecilnya bernada hiba
kerana mempertahankan apa yang kita ada
tujuan melindungi apa yang kita cinta
tapi ramai dikalangan kita terselit jua
telunjuknya rakus menghala sini sana
benar kita harus kaji salah siapa
namun biarlah hemah biarlah berpada
jangan tergadai rukun enam pegangan di jiwa
doaku wira negara aman di alam sana
hari 61, 2013
kok lanas kelantan