Results 1 to 5 of 5

Thread: Ferrari Sedan Pertama Di Dunia

  1. #1
    Senior Member

    Eddyz-Kenpachi's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ~** Kayangan **~
    Posts
    3,342
    Post Thanks / Like

    Ferrari Sedan Pertama Di Dunia



    Dengan keadaan badan kereta yang penuh dengan karat dan ada bahagian yang sudah mula berkulat, pada pandangan pertama, kita mungkin tidak akan tahu bahawa kenderaan tersebut merupakan kenderaan berjenama Ferrari pertama dengan 4 tempat duduk.

    Kereta klasik ini telah berjaya diselamatkan dari sebuah kedai besi buruk dan dianggarkan bernilai £40,000 pada saat ia di lelong nanti.

    Ferrari 330GT 2+2 Berlinetta 1965 ini merupakan kereta pertama keluaran Ferrari yang khusus untuk penggunaan keluarga.

    Walaubagaimana pun, para penganalisis barangan antik yakin kenderaan ini masih mampu menarik minat pembeli dan melakukan kerja-kerja membaik pulih.

    Rob Hubbard, pakar dalam bidang lelongan di Bonhams Auction House mengatakan kenderaan ini telah dibeli oleh seorang warga Amerika pada tahun 1980an dan semenjak itu, ia tersimpan di dalam garaj dan tidak pernah digunakan lagi.





    Spesifikasi:

    - Mampu mencapai kelajuan maksima 152mph
    - Boleh mencapai kelajuan 0-60mph dalam masa 6,6 saat.
    - Mempunyai sistem gear dengan tansmisi 5-kelajuan, guna bahan bakar dari bensin.

    Asalnya kereta ini dirancang untuk dijadikan kereta 2 tempat duduk, namun pada 1950an, konsep kenderaan telah mulut wujud dan bercambah.

    Memenuhi permintaan itu, Ferrari pun memperkenalkan kereta pertama keluarannya yang mempunyai 4 tempat duduk dengan model 250GTE 2+2 sebelum keluarnya edisi 330GT dengan enjin V12 empat liter pada tahun 1964.

    Ferrari ini pertama kali dijual di Wiltshire pada tahun 1964 sebelum dibeli oleh seorang warga Amerika pada tahun 1980an dan membawanya ke Florida dan dibangunkan semula.











    "Those who do not understand true pain can never understand true peace."
    - Pesanan Rasulullah SAW |My Collection Icon|Mari Berpantun -


  2. #2
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    King of Restoration babe


  3. #3
    Junior Member fauzihashim86's Avatar
    Join Date
    Jun 2012
    Location
    Kota Damansara
    Posts
    8
    Post Thanks / Like
    bahan bakar dari bensin, aku igt bensin tu mcm susah je nak cari rupanya minyak petrol

  4. #4
    Senior Member

    Eddyz-Kenpachi's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ~** Kayangan **~
    Posts
    3,342
    Post Thanks / Like
    Enjin dia tuh yg power beb..Body tuh tolak tepi...

    Kalo lah dpt kat eddyz enjin tuh, terus letak kat kete proton...Berdesup...~

    "Those who do not understand true pain can never understand true peace."
    - Pesanan Rasulullah SAW |My Collection Icon|Mari Berpantun -


  5. #5
    Senior Member
    Koxy's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Location
    Klang
    Posts
    642
    Post Thanks / Like

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •