Results 1 to 6 of 6

Thread: Setuju dengan pandangan siswi ni

  1. #1
    Banned
    Join Date
    Feb 2013
    Posts
    58
    Post Thanks / Like

    Setuju dengan pandangan siswi ni


    Valentine's Day : HEWI PMIUM Saran JAKIM Fokus Kempen Generasi Muda Kahwin Awal

    Kuala Lumpur, 13 Feb : Pengerusi Hal Ehwal Mahasiswi PMIUM (HEWI PMIUM), Noor Afifah Jamaluddin hari ini menyarankan agar badan agama terbesar Malaysia, JAKIM agar lebih memfokuskan untuk mengadakan kempen 'Anak Muda Kahwin Awal' berbanding terlalu memfokuskan kempen 'Anti Valentine's Day'.

    Dalam satu kenyataannya, Noor Afifah yang juga merupakan Timbalan Presiden PMIUM melihat trend anak muda kahwin awal amat penting dalam memupuk kesedaran bagi mengelakkan gejala maksiat yang kian berleluasa.

    " Soal nikah amat penting dalam kehidupan sesiapa sahaja. Namun, disebabkan pelbagai syarat diletakkan JAKIM dan badan agama yang mengurus, ianya dilihat sebagai satu 'halangan kecil' bagi generasi muda melangsungkan pernikahan lebih awal. ", ujarnya.

    Tambahnya, " Sekadar memperhebatkan Anti Valentine's Day sahaja tidak cukup untuk sedarkan generasi muda kerana ianya hanya satu tindakan 'short term', bukannya 'long term'. "

    " Dan saya berharap satu mekanisme baru dapat dijalankan oleh JAKIM dalam memupuk kesedaran kahwin awal di kalangan generasi muda. " - jelasnya.

  2. Likes heaven8846 liked this post
  3. #2
    Senior Member

    Eddyz-Kenpachi's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ~** Kayangan **~
    Posts
    3,342
    Post Thanks / Like
    Nak kahwin awal senang jerk...
    Kalo nk ikutkan suma orang leh jerk kahwin awal...Asalkan tolak suma adat, cuma laksanakan hukum dan perintah agama...
    Lebih berkat dan lebih diredhai Allah SWT..

    Tp nk tolak adat tuh bukan perkara mudah sbb kebanyakkan masyarakat sudah sebati ngn adat sehingga dah xdpt nk bezakan yg mana tuntutan agama dan yang mana adat..

    Semoga generasi dan pelapis akan datang lebih mengutamakan tuntutan agama berbanding adat..InsyaAllah..~

    "Those who do not understand true pain can never understand true peace."
    - Pesanan Rasulullah SAW |My Collection Icon|Mari Berpantun -


  4. Likes heaven8846, along833 liked this post
  5. #3
    Senior Member along833's Avatar
    Join Date
    May 2010
    Location
    ~Bandar Peranginan~
    Posts
    1,928
    Post Thanks / Like
    kawin awal senang cite..


  6. #4
    Senior Member

    k a y a m's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    Surga Cinta
    Posts
    16,051
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    nk kawen awal apenye.. skang ni sume org jual anak pmpuan


    when i was born, devil said.. " ohh shit! competition "
    you are not entitled to someone else’s body just because it’s exposed

  7. Likes white_chemical, heaven8846 liked this post
  8. #5
    Senior Member
    Nett8's Avatar
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Damansara, Petaling Jaya
    Posts
    4,295
    Post Thanks / Like
    masyarakat skrg lebih pandang pada dunia... bukan kata adat tu tak bagus, cuma kadang nampak terlalu berat. isu akhlak remaja patut lebih utama... ke mana dorongan mereka...

  9. Likes heaven8846 liked this post
  10. #6
    Senior Member
    Koxy's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Location
    Klang
    Posts
    642
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    masalah adat melayu yg melampau sgt yg wtkan byk zina skrg.. spatutnya kawin jadi senang tp melayu buatkan kawin jadi susah dgn mas kawin, hantaran & belanja yg mahal-mahal.. Conclusionnya, bila kawin jadi susah, zina jadi mudah.. nak kawin muda, tapi xmampu, byk sekatan segi kewangan.. tapi yg xda kerjaya lg macam pelajar IPT, bole Kahwin Misyar..

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •