Results 1 to 6 of 6

Thread: Gosip Artis - Kampung Pisang Kembali!

  1. #1
    Senior Member
    zis's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    898
    Post Thanks / Like

    Gosip Artis - Kampung Pisang Kembali!

    ahakzzz..


    Gosip Artis - Kampung Pisang Kembali!



    Hantu Kak Limah 2 bukan filem ulangan


    Filem berlatar belakangkan Kampung Pisang cukup sinonim dengan pengarah filem terkenal, Mamat Khalid.


    Justeru, selepas mencetuskan fenomena menerusi Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKBR), Mamat kini mempertaruhkan Hantu Kak Limah 2: Husin Mon dan Jin Pakai Toncit.


    Sudah ditayangkan sejak 7 Februari itu, filem ini mengekalkan Awie dan Shy 8 (Usop Wilcha), selaku teraju utama dan turut di bantu oleh penduduk Kampung Pisang yang lain seperti Delimawati, Rashidi Ishak, Allahyarham Zami Ismail, Zainuri Misfar dan ramai lagi.


    Bagaimanapun, persoalan yang muncul di benak ramai, mampukah Mamat mengekalkan komedi yang sama seperti HKBR dan menyaingi kutipan filem itu nanti?


    "Harus difahamkan, saya tidak mahu kita menyaksikan satu lagi Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kalau saya mengulang lagi lawak-lawak dan cerita yang sama kuranglah karya, tetapi roh Kampung Pisang, roh komedi itu dikekalkan.


    “Saya harap penonton akan rasa ‘sense of belonging’ dengan ‘keluarga’ Kampung Pisang. Apabila dah kenal, saya tak perlu ulang lagi dalam bentuk dialog atau lenggok badan,” katanya.


    Menurut Mamat, Hantu Kak Limah 2 bukanlah filem ulangan dan kelainan turut disuntik menerusi jalan penceritaan yang memberi nafas baru kepada kesinambungan filem ini.


    “Saya cuba buat lebih segar daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah, sebab itu watak Kak Limah minor sahaja dalam filem kali ini.


    “Penonton mahukan kelainan dan saya takut penonton sudah mula muak, jadi saya suntikkan kesegaran dalam episod Kampung Pisang,” katanya yang menggunakan 20 peratus teknik janaan imej dalam filem ini.


    Keharmonian tertanggu



    Hantu Kak Limah 2 bukan filem ulangan


    Menerusi filem kali ini, penduduk Kampung Pisang kembali dihantui misteri apabila Husin hilang secara tiba-tiba, ditambah pula dengan kemunculan Dr Shamsuddin (Rashidi Ishak) secara tiba-tiba ke kampung dengan niat membantu.


    Sejak dari awal minit pertama, Mamat telah mencuba sebaik mungkin untuk menyusun plot mengenai sejarah Kampung Pisang yang sebelum ini tidak didedahkan kepada umum dalam filemnya sebelum ini.


    Bagaimanapun, ada ketikanya ada beberapa babak terasa seperti meleret dan membosankan. Tetapi Mamat 'membayarnya' pula dengan komedi pada babak seterusnya.


    Namun, paling penting mesej mengenai keharmonian kehidupan masyarakat di kampung itu, telah berjaya divisualkan Mamat dengan cara yang tersendiri.


    Contohnya, biarpun menghadapi masalah, masyarakat tetap teguh bersatu dan tidak membuat hal masing-masing.


    Biarpun tidak meletakkan komedi yang sama, namun penonton ada ketikanya masih tidak kering gusi dengan gelagat pelakon dan jalan cerita yang cukup menghibur hati.


    Dari segi lawak jenaka yang ditampilkan, Mamat nyata tidak mengulangi formula lalu dan hanya sekali menyelitkan 'trademark' 'Cer citer, cer citer".


    Lakonan mantap Awie


    Apatah lagi, wajah-wajah penduduk Kampung Pisang seperti Pak Jabit, Kak Limah dan Usop Wilcha kini yang sudah mempunyai 'anak ikan' bernama Danny, akan membuatkan penonton tidak kering gusi.


    Keputusan Mamat meletakkan Awie sebagai teraju utama tanpa dibantu oleh Datuk AC Mizal dan Johan Raja Lawak misalnya, tidak 'mematikan' peranan Husin.


    Ini kerana Awie bijak mengawal jalan cerita dengan karakter Husin dan tidak kelihatan terlalu berlebihan, namun masih meninggalkan impak yang tersendiri.


    Kemunculan Rashidi sebagai watak penuh misteri dan antagonis di dalam filem ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh Rashidi untuk meninggalkan kesan yang mendalam kepada penontonnya.


    Manakala dari segi sudut kamera, pencahayaan dan kesan bunyi, tiada apa yang perlu diperkatakan kerana Mamat tahu apa yang terbaik buat naskhahnya.


    Malah, tidak mustahil, lagu Lamunan Terhenti yang menjadi lagu tema kepada filem ini akan kembali popular selepas ini.


    Secara keseluruhan, filem ini masih berbaloi untuk ditonton. Pada anda yang mahu mengetahui siapkah Jin Pakai Toncit, jangan lupa saksikan filem ini di pawagam.




    Sumber: http://www.sinarharian.com.my/hibura...mbali-1.129709


    p/s: Ingin membaca gosip-gosip artis yang lain? Semuanya di blogzis.com
    Mega Service Boost Your Rank With Our Mega Service blogzis .com
    YouTube Adsense Increase Your Income With Youtube Adsense blogzis .com
    Ads by zis

  2. Likes fideldesu liked this post
  3. #2
    Senior Member

    k a y a m's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    Surga Cinta
    Posts
    16,051
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    cer citer cer citer


    when i was born, devil said.. " ohh shit! competition "
    you are not entitled to someone else’s body just because it’s exposed

  4. #3
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    wa, x sabar ni nak tgk..


  5. #4
    Senior Member
    heaven8846's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    1,830
    Post Thanks / Like
    gambar cm rombongan che kiah ja..hehe

  6. #5
    Senior Member EwanTheVIPER's Avatar
    Join Date
    Apr 2007
    Posts
    305
    Post Thanks / Like
    tak sbar nak tungu uploader upload... haqhaqhah...

  7. #6
    Junior Member
    Join Date
    May 2010
    Posts
    1
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    Telah menontonnya pada Sabtu 9 Feb 2013, sememangnya tidak mengecewakan. Komedi yang segar, tidak dibuat-buat dan terlalu dekat dengan apa yang sering berlaku di sekeliling. Tidak memerlukan kita berfikir utk fahaminya tetapi minda penonton akan terdetik akan mesej yang disampaikan. 5 star!

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •