Page 1 of 3 123 LastLast
Results 1 to 10 of 21

Thread: ~Apa Jadi Dengan Pusat Bandar Kuala Lumpur Sekarang? ~

  1. #1
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9

    ~Apa Jadi Dengan Pusat Bandar Kuala Lumpur Sekarang? ~



    Kita baru sahaja menyambut Hari Wilayah Persekutuan bagi meraikan dan memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Sambutan ini disambut pada setiap 1 Februari setiap tahun.

    Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk peningkatan kesedaran serta memupuk semangat jati diri dan rasa bangga yang lebih tinggi sebagai warga Wilayah Persekutuan.
    Namun di sebalik semua itu, ada beberapa perkara yang nampaknya kita, terutama pihak berkuasa, terlepas pandang!

    Untuk rekod, kawasan sekitar Pasar Budaya (merangkumi Jalan Silang, Lebuh Pudu, Jalan Hang Lekiu, Jalan Pintas, Bangkok Bank, Jalan Tun H.S Lee dan beberapa jalan lagi) boleh dikatakan suatu ketika dulu pusat dan nadi ibu kota Kuala Lumpur.

    Ia bukan saja menjadi tempat tarikan pelancong di dalam, tetapi juga di luar negara.
    Apatah lagi kedudukannya yang strategik berhampiran terminal bas Puduraya dan Dataran Merdeka.

    Selain itu terdapat deretan bangunan komersil termasuk bank-bank yang ‘menghiasi’ kawasan tersebut
    Tetapi kini, kawasan yang suatu ketika dulu menjadi tumpuan ramai, telah berubah ‘lanskapnya’ sama sekali.
    Lokasi tersebut kini seakan-akan di Dhaka, Kathmandu dan Yangon dengan kewujudan bagai cendawan premis perniagaan dipercayai milik warga asing berkenaan yang menguasai sekitar 80 peratus perniagaan di situ.

    Kini ramai warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal memenuhi kawasan berkenaan terutama ketika hujung minggu dan cuti umum.

    Perlu ditegaskan di sini, tidak ada salah untuk warga asing ini mengunjungi kawasan tersebut kerana tidak ada undang-undang yang melarang mereka berbuat demikian, mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan sosial seperti orang lain.

    Namun ADALAH SALAH SAMA SEKALI jika mereka melanggar peraturan dan undang-undang termasuk mencemari sensitiviti masyarakat tempatan dengan menjadikan tempat tersebut seperti ‘mak bapa mereka yang punya!’

    Premis seperti restoran dan kedai gunting rambut yang menggunakan bahasa asing secara terang-terangan pada papan tanda premis masing-masing semakin bercambah menyebabkan pengunjung berasakan seolah-oleh berada di negara berkenaan.

    Lebih menjijikkan, kawasan tersebut semakin kotor apabila warga asing ini berkelakuan seperti ‘tanah air mereka’ dengan meludah ‘air sireh’ di merata-rata menjadikan kawasan berkenaan ‘mini Yangon, mini Dhaka dan mini Kathmandu’

    Pendek kata,kawasan itu seolah-oleh telah diubah menjadi kawasan hak mutlak milik warga asing itu.
    Percaya atau tidak, dua tahun lepas, klinik haram yang dikendalikan warga Nepal pun wujud di kawasan itu. Nasib baiklah tindakan pantas pihak berkuasa berjaya menghalang ia daripada terus beroperasi.

    Ini belum lagi masuk bab pelacuran dan jenayah yang boleh kita baca dalam dada-dada akhbar.
    Malah ada rekod menunjukkan para pelacur di situ tidak segan silu memperdagangkan tubuh walaupun di siang hari di bulan Ramadan!

    Beberapa tahun lepas juga menyaksikan insiden panik apabila seorang warga Mynamar merampas sebuah bas Transnasional di kawasan itu sebelum merempuh deretan kenderaan yang parkir di tempat tersebut.

    Kita tidak pernah menafikan usaha pihak berkuasa seperti polis, Imigresen dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun persoalannya mengapa kawasan berkenaan dilihat seolah-olah begitu payah hendak digempur, makin ditangkap, makin ramai yang muncul, makin disaman, makin banyak kesalahan yang dilakukan.
    Di mana salah dan di mana silapnya perkara ini?

    DBKL terutamanya…kawasan tersebut terletak hanya beberapa ratus meter daripada ibu pejabatnya, namun tidakkah mereka ‘berasa sesuatu’ melihat pemandangan jelik seperti ini?
    Datuk Bandar nampaknya sering bertukar tetapi ‘mini Kathmandu, mini Dhaka dan mini Yangon’ tetap kukuh dan makin makmur!


    Sumber – Mynewshub.my



    * serius takut sgt biler nk g KL skrg, sbb perasaan slamat dh hilg, org Malaysia xdk tp foreigner nye brtambun~
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.¢σм ║▌║▌║█│▌

  2. Thanks Eddyz-Kenpachi thanked for this post
    Likes iz_mal liked this post
  3. #2
    Super Administrator
    atoq's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Posts
    2,800
    Post Thanks / Like
    ya. diakui mmg menghampiri tahap dominasi oleh warga asing.
    sampai semak la gak kepala kalau round2 kl.
    dah la tu, wat mcm tempat dorg lak, tak hormat org tempatan.
    atoq sendiri pernah bekerja 3 bulan bermajikan warga asing (indonesia), dan dorg terang terangan membenci orang malaysia.
    You'll Never Walk Alone

    "If you can't support us when we lose or draw, don't support us when we win." -Bill Shankly-

  4. Likes eijan liked this post
  5. #3
    Super Administrator
    spyw@re's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    MALAYSIAKU
    Posts
    4,503
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    biasalah pusat ibu kota merangkap ibu negara menjadi tumpuan semua manusia mmg menjadi serbuan tak kira bangsa.. oo kuala kuala kuala kuala .. spy sendiri pun kalau pi kuala tu time tertentu dan terdesak je.. dan tak suka stay lama-lama di kuala.

    PENDAFTARAN AGEN TM & MAXIS 10MB DISINI



    Layan Mp3 Online

  6. #4
    Senior Member

    k a y a m's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    Surga Cinta
    Posts
    16,051
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    hanya duduk dipinggiran. KL tempat org asing


    when i was born, devil said.. " ohh shit! competition "
    you are not entitled to someone else’s body just because it’s exposed

  7. #5
    Senior Member

    Pejan's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Posts
    8,206
    Post Thanks / Like
    orang malaysia yg selalu aku nampak kat kawasan ni terdiri daripada kakitangan bank..tu pun time hari bekerja je la..
    kalo hari minggu memang 'gelap' la kawasan tu..kalo ada org malaysia pun dah tak nampak mcm org malaysia..
    aku pernah lalu kat situ time lunch hour..diorang tgh bergaduh..pasal pompuan..sebab aku nampak sorang mat bangla ni dok tarik tangan pompuan tu..
    dah mcm filem tamil dah..bermula dgn 2-3 org je gaduh..tak sampai 2 minit kawasan tu dah penuh..
    lepas tu aku taktau apa jadi sebab aku blah dari situ..cari penyakit la kalo aku tunggu..



  8. #6
    Senior Member

    Eddyz-Kenpachi's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ~** Kayangan **~
    Posts
    3,342
    Post Thanks / Like
    Kalo tahun2 seterusnyer mcmana lar kan keadaan ibu kota tuh...Rasanyer dah xrasa duk kat Malaysia...

    Mcm kita lak yg terasa terasing sbb rasa xselamat dan xtenteram memandangkan kebanyakkan warga asing nih tidak menghormati warganegara Malaysia ditambah pula apabila tinggal dalam kelompok yang besar di satu tempat...Mmg dorang xheran dah..Silap2 polis pun dorang leh lawan kalo xdikawal dari skrg...

    "Those who do not understand true pain can never understand true peace."
    - Pesanan Rasulullah SAW |My Collection Icon|Mari Berpantun -


  9. #7
    Member

    Join Date
    Jan 2009
    Posts
    69
    Post Thanks / Like
    pihak berkuasa kena amik tindakan ni,kalo tak org malaysia pun jd org asing lak kat sini...

  10. Likes lolly lilly liked this post
  11. #8
    Senior Member

    eijan's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    PeNaNG
    Posts
    803
    Post Thanks / Like
    tunggu makhluk asing plak trun... sumanya nak asing.... adeh... semak pala.. huhu


    -:- TurBo InSidE -:-
    -:- DoublE BlaDE FaN -:-

    <- Dengar Radio Syok.Org ->
    <- http://syok.caster.fm/->

  12. #9
    Senior Member

    shuffle_017's Avatar
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Penang
    Posts
    5,186
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    3
    klau ikut statitik dri u malaysia...
    warganegara asing kini lebih bnyk dri warganegara india malaysia(1.81M) berbanding mereka (2.xxM)

    *yg ni aku belajar dulu ketika buat rumusan fikir2lah apa yg nak jadi nanti :3

  13. #10
    Super Administrator
    spyw@re's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    MALAYSIAKU
    Posts
    4,503
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    ini menunjukkan ekonomi negara pesat membangun , warga asing datang sini untuk berkerja ( yg dtg cara sah ) , ada juga pelajar asing kesini untuk menuntut ilmu disemua universiti . ada juga yg datang untuk menyamun buat kacau serta lepak2 sebelum ke destinasi seterusnya.

    anak malaysia ada ke nak kerja di sektor buat rumah / banggunan ( mcm indon / bangla ) , jika ada pun sedikit saja .
    anak-anak petani ada nak kerja ladang lagi? ( yang ada pun otai2 yg dah gegel , gigi luruh )
    anak-anak malaysia ada ke nak kerja di tepi jalan sapu sampah ? ( yg ada pun makcik pakcik )
    dan bermacam-macam lagi.. bla bla bla bla.. pot pet pet poot..

    amah tu amik rakyat malaysia terus , tapi gaji mesti MAHAL ada KWSP ada EPF , bilik amah kena lengkap semuanya dengan internet / tel ..BOLEH ke? .. sebab tu kena amik indong / phili / thai / nepal /

    PENDAFTARAN AGEN TM & MAXIS 10MB DISINI



    Layan Mp3 Online

Page 1 of 3 123 LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •