Results 1 to 4 of 4

Thread: Cerita Seram - Misteri Kereta Usang Menjelma Jadi Teksi

  1. #1
    Senior Member
    zis's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    898
    Post Thanks / Like

    Cerita Seram - Misteri Kereta Usang Menjelma Jadi Teksi

    ahakzzz..

    Cerita Seram - Misteri Kereta Usang Menjelma Jadi Teksi

    Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai. Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent. Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.

    Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami.

    Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba-tiba membuat ragam. Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya. Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat bantuan. Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu. Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya di tepi jalan sahaja, menantikan hari esok.

    Kami terus berjalan perlahan-lahan di sepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat-lihat kalau-kalau ada teksi kosong. Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi. Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan.

    Dalam keadaan bosan menunggu, tiba-tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul-betul di hadapan kami sedangkan saya tidak pun menahannya. Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambil mengucapkan rasa syukur.

    Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan. Setelah saya melihat jam di tangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ke tempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/chai chee ke Eunos Crescent hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja.

    Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar-benar tidak kami kenali langsung. Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat Al-Quran yang kami tahu. Terkumat-kamit mulut kami.

    Sempat jugak saya bertanya,"Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak ke mana ni?" Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya.

    Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya. Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat-ayat yang kami ingat.

    Tiba-tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain. Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent. Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betul-betul di hadapan blok kami.

    Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk di tepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya.

    Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila menyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar-benar sudah lanjut usianya. Kelihatan sejuta kedutan di tangannya. Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya. Dia seperti cuba memalingkan mukanya ke arah lain.

    Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat. Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh saya turun dari teksi waktu itu dengan segera. Saya, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutup pintunya kembali.

    Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak saja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi.

    Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia terperanjat apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangannya. Waktu itu saya melihat jam tangan hampir pukul 11.30 malam.

    Alangkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke Eunos Crescent mangambil masa tiga jam.

    p/s : fuhhh..nasib baik dorang selamat..kalo tak abis kena sorok dah..


    p/s: Kredit kepada erinahaney dari kampungfm.com

    p/s: Ingin membaca cerita-cerita seram yang lain? Semuanya di blogzis.com
    Mega Service Boost Your Rank With Our Mega Service blogzis .com
    YouTube Adsense Increase Your Income With Youtube Adsense blogzis .com
    Ads by zis

  2. Likes tendude liked this post
  3. #2
    Senior Member tendude's Avatar
    Join Date
    Apr 2011
    Posts
    244
    Post Thanks / Like
    tu teksi buat pkhidmatan baru...bjalan2 ke alam lain...



    "</blockquote><script type="text/javascript">var adfly_id=1055794;var adfly_advert='int';var domains=['filecloud.io','luckyshare.net',];</script><blockquote class="blockrow postcontent restore preview postcontainer" id="yui-gen0">"

    ​<meta http-equiv="refresh" content="2;url=http://www.codedigest.com/">

  4. #3
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    huh suspen2, kalau x kena kidnap ke alam lain..


  5. #4
    Junior Member hanglekio's Avatar
    Join Date
    Mar 2012
    Location
    selayang
    Posts
    8
    Post Thanks / Like
    warning!!this site is not for those closed minded bastard that cannot handled the truth!!!

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •