Results 1 to 3 of 3

Thread: Hans isaac sasar 2014 untuk berkahwin

  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2013
    Posts
    310
    Post Thanks / Like

    Wink Hans isaac sasar 2014 untuk berkahwin

    KUALA LUMPUR – Sebelum ini, pelakon dan pengarah lelaki, Hans Isaac, 42, tidak terlalu memikirkan soal perkahwinan dalam hidupnya.
    Dia memberitahu lebih selesa untuk hidup solo dan tidak terikat dengan ikatan percintaan.
    Malah, menerusi laporan mStar Online, Hans Isaac memberitahu dia lebih meluangkan masa menjaga ibunya, Carmina Anciano Isaac, 74, yang sakit.
    Pada 13 Ogos 2012, ibunya telah meninggal dunia dan kata Hans Isaac, sudah tiba masanya untuk dia memikirkan perkahwinan selepas dia menyindiri.
    Hans Isaac telah pun mensasarkan tahun untuk dia berkahwina adalah pertengan tahun hadapan.
    “Dua, tiga tahun lepas saya memberikan tumpuan penuh kepada ibu yang sakit dan meletakkan soal hubungan ke tepi buat seketika.
    “Kini apabila ibu sudah tiada, tibalah masa untuk diri sendiri. Paling awal pun saya sasarkan untuk berkahwin pada pertengahan 2014,” kata Hans Isaac.
    Memikirkan alam perkahwinan bukanlah satu permainan, Hans Isaac mahu membuat keputusan yang kukuh sebelum mendirikan rumah tangga.
    Hans Isaac tidak mahu nanti perkahwinan yang didirikannya nanti berakhir dengan perceraian.
    “Saya memang hendak berkahwin tetapi soal kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main-main.
    “Saya mahu perkahwinan yang kekal bukan bercerai-berai selepas tempoh tertentu. Saya perlukan waktu dan pasangan yang sesuai,” katanya.
    Mengulas mengenai hubungan intim dengan pelakon wanita, Neelofa, Hans Isaac mengakui berkawan rapat dengan wanita muda itu.
    Namun, dia tidak mahu terlalu mendedahkan cerita antara mereka berdua kerana khuatirkan perkara yang tidak elok bakal berlaku.
    “Kami berkawan tetapi saya tidak mahu ulas lanjut sejauh mana hubungan kami.
    “Jika hubungan itu berkesudahan dengan kebaikan atau keburukan, ia akan meninggalkan impak yang kurang manis kepada kami jika asyik bercerita mengenainya,” beritahu Hans Isaac.

  2. #2
    Junior Member hanglekio's Avatar
    Join Date
    Mar 2012
    Location
    selayang
    Posts
    8
    Post Thanks / Like
    elok ler tu
    warning!!this site is not for those closed minded bastard that cannot handled the truth!!!

  3. #3
    Banned
    Join Date
    Jan 2013
    Posts
    310
    Post Thanks / Like

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •