debar jantung semakin deras
hati dilanda segala keresahan
suara tersekat tidak terbisik
kebingitan makin penuhi ruang
terketar tulang belikat dan sendi
di sini tersesat dalam lautan manusia
wajahnya jelas terlukis amarah
laungannya penuh dengan dendam
tidak lagi peduli yang mana rakan
musuh pula diangkat menjadi wira
tujuannya satu niatnya beribu
terasa sangat lemah
kerana hanya mampu membisu
hari 20, 2013
kok lanas, kelantan