Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 11

Thread: Tandoori Chicken Prototype_x0

  1. #1
    Member
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    74
    Post Thanks / Like

    Tandoori Chicken Prototype_x0

    salam rakan-rakan semua

    saya ingin berkongsi resipi ayam tandoori.. jika biasa anda gemar makan tandoori. maka apa lah salahnya buat sendiri.. kan best..

    disini resipinya..

    bahan perap 1
    3 sudu besar serbuk cili
    2 sudu pes halia-bawang putih
    3 sudu perahan lemon (limau nipis pun boleh)
    garam secukup rasa

    bahan perap 2
    3 sudu besar serbuk cili
    2 sudu besar garam masala
    1 sudu besar jintan manis
    1 sudu besar serbuk ketumbar
    1 sudu besar serbuk lada hitam
    setengah mangkuk yoghurt (atau nisbah satu sudu besar yoghurt untuk seketul ayam)
    3 sudu perahan lemon (limau nipis pun boleh)
    garam secukup rasa
    gula secukup rasa

    seekor ayam

    cara membuat

    ayam dipotong lapan dan dibuang kulit. kemudian buat belahan pada daging ayam bertujuan untuk membolehkan rempah perap tu semua dapat meresap. belahan dibuat berhati-hati supaya belahan sampai ke tulang, tetapi tidak memisahkan isi-isi daging.

    perap ayam dengan bahan perap 1 (gaulkan semua) dan perap la lebih kurang 15 minit.

    sementara menunggu ayam perap dengan perapan 1, maka sediakan perapan kedua.. satukan semua perapan kedua di bekas asing, gaul hingga sebati. kalau boleh cuit sikit untuk rasa garam dan gula biar seimbang.

    kemudian satukan perapan kedua tersebut dengan ayam yang telah diperap dengan perapan 1 tadi.

    dah itu jelah... kemudian perap la sekurang-kurangnya 6 jam. pastikan bahan perapan memenuhi belahan-belahan ayam..

    ayam dibakar dalam suhu 250 celcius selama sejam.

    p/s: resipi ni ayam tak berapa merah, nampak kurang menarik. tapi sedap. so kalau nak merah, letak la sedikit pewarna merah.

    roti nan pegi beli kat supermarket.

    selamat mencuba.



    Last edited by prototype_x0; 24-01-13 at 02:21 AM. Reason: memasukkan gambar ayam tandoori

  2. Thanks hanafiahmanaf, pkafirdaus, shuffle_017 thanked for this post
    Likes fideldesu, lolly lilly, shuffle_017 liked this post
  3. #2
    Senior Member

    supernova's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Langit Biru.
    Posts
    1,305
    Post Thanks / Like
    macam best. gambo tak sempat snap ke?

  4. #3
    Member
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    74
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by supernova View Post
    macam best. gambo tak sempat snap ke?
    nak gambo ek?

    baiklah In Shaa Allah saya akan kepilkan. sekarang sedang bertugas demi negara tercinta, esok harinya saya akan majukan secepat mungkin gambar yang saya snap menggunakan iphone 5

  5. Likes pkafirdaus liked this post
  6. #4
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    askar ke mr proto ? cewah iphone5..
    Last edited by fideldesu; 19-01-13 at 08:55 PM.


  7. #5
    Senior Member

    supernova's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Langit Biru.
    Posts
    1,305
    Post Thanks / Like
    cess. Nk upload gambo kunun. Mane gambo nye? Mane? Janji tinggal janji je ni.

  8. #6
    Member
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    74
    Post Thanks / Like
    sedikit tips

    1. jika hendak cantik boleh letak pewarna merah.. pastikan anda letak SEDIKIT sahaja, sudah memadai. berapa banyak kuantiti terpulang la pada warna yang anda inginkan. tapi kalau terlalu banyak, nanti dah hilang selera nak makan, dah macam darah pulak. resipi saya tak letak pewarna kerana tak ada dirumah dan terlupa nak beli.

    2. perap ayam sekurang2nya 12 jam. lebih afdal andai disediakan sehari sebelum nak makan, iaitu diperap lebih kurang 24 jam.

    3. isi ayam perlu ditoreh2. torehan itu perlu dipastikan sehingga ke tulang, dan pastikan isi tak bercerai dengan tulang.

  9. #7
    Member
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    74
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by fideldesu View Post
    askar ke mr proto ? cewah iphone5..
    saya bukanlah askar, tetapi saya bertugas dalam bidang yang berprofail tinggi.

    saya bukan saja ada iphone 5, malahan nexus 4. saya memang awesome

  10. #8
    Member
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    48
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by prototype_x0 View Post
    saya bukanlah askar, tetapi saya bertugas dalam bidang yang berprofail tinggi.

    saya bukan saja ada iphone 5, malahan nexus 4. saya memang awesome
    hang ni tobat belagak..

  11. #9
    Member
    Join Date
    Jul 2012
    Location
    Kulai, Johor
    Posts
    35
    Post Thanks / Like
    Nice share...

    Quote Originally Posted by prototype_x0 View Post
    saya bukanlah askar, tetapi saya bertugas dalam bidang yang berprofail tinggi.

    saya bukan saja ada iphone 5, malahan nexus 4. saya memang awesome
    VISIT US AT KASPERSKY MALAYSIA

  12. #10
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like


Page 1 of 2 12 LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •