Results 1 to 2 of 2

Thread: Gosip Artis - Pasangan Twilight Berpisah Buat Kali Kedua

  1. #1
    Senior Member
    zis's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    898
    Post Thanks / Like

    Gosip Artis - Pasangan Twilight Berpisah Buat Kali Kedua

    ahakzzz..

    Gosip Artis - Pasangan Twilight Berpisah Buat Kali Kedua

    Los Angeles: Robert Pattinson dan Kristen Stewart berpisah buat kali kedua, hanya beberapa bulan selepas menjalinkan semula cinta mereka.

    Hubungan empat tahun pasangan Twilight itu berdepan dengan masalah buat kali pertama pada Julai lalu apabila Kristen, 22, mengadakan hubungan sulit dengan pengarah filem yang sudah beristeri, Rupert Sanders, 42.

    Dia dan Pattinson bercinta semula pada September dan menghadiri tayangan perdana siri akhir filem pontianak, Breaking Dawn, Bahagian Dua. Tetapi Pattinson mengambil keputusan memutuskannya sekali lagi dengan alasan sukar untuk menghabiskan masa bersama.

    Pattinson, 26, mendedahkan keputusannya kepada Kristen hujung minggu lalu dengan memberitahunya, adalah lebih baik jika mereka berkawan saja.

    Satu sumber berkata: “Kristen terbang ke Los Angeles dan sepatutnya bersama-sama dengan Pattinson pada majlis anugerah Gloden Globes.

    “Pattinson mencintai Kristen tetapi berpendapat adalah lebih baik mereka menjadi rakan rapat supaya dapat membina semula kepercayaan dan memberi tumpuan terhadap kerjaya masing-masing selepas Twilight.

    “Kristen kecewa. tetapi memahami hasrat Pattinson. Dia tidak sepatutnya mendesak aktor Britain itu supaya kembali kepadanya selepas curang. Dia berharap akan dapat bersama-sama dengan Pattinson sekali lagi.” Rakan dan keluarga Pattinson di London tidak bersetuju dengan tindakannya menerima kembali aktres jelita itu.

    Menurut sumber itu lagi, Pattinson berdepan dengan begitu banyak tekanan supaya meninggalkan Kristen. Rakannya mahu dia memberi tumpuan kepada karier dan berkata, Kristen hanya memusnahkan peluangnya. - The Sun


    Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Pa...kedua//Article

    p/s: Ingin membaca gosip-gosip artis yang lain? Semuanya di blogzis.com
    Mega Service Boost Your Rank With Our Mega Service blogzis .com
    YouTube Adsense Increase Your Income With Youtube Adsense blogzis .com
    Ads by zis

  2. #2
    Banned
    Join Date
    Jan 2013
    Posts
    310
    Post Thanks / Like

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •