Page 3 of 5 FirstFirst 12345 LastLast
Results 21 to 30 of 49

Thread: Isu mengenai Penggunaan kalimah Allah S.W.T oleh non muslim

  1. #21
    Super Administrator
    atoq's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Posts
    2,800
    Post Thanks / Like
    saya juga bersetuju dengan pandangan prototype_x0

    jika digunakan di dalam buku-buku agama mereka, kesannya nanti, apa yang mereka iktiraf sebagai 'Allah' adalah tuhan di dalam agama mereka, bukan lagi mengiktiraf Allah Yang Maha Esa. ini akan membuatkan mereka lebih jauh dari pemahaman Islam.

    tapi ini tak bermakna mereka langsung tak boleh guna kalimah Allah dalam percakapan mereka. asalkan sahaja tujuan mereka menyebutnya adalah mengiktiraf keEsaan Allah.

    contoh, berkata bukan-Islam kepada orang Islam, "Allah telah memberi kesihatan kepada kamu hari ini".

    senario satu - jika kalimah Allah dibenarkan di dalam buku-buku agama mereka.
    ini bermakna mereka mengucapkan kata di atas ini, merujuk kepada tuhan mereka, bukan lagi merujuk kepada Allah Yang Maha Esa.

    senario satu lagi - kalimah Allah dibenarkan digunakan tetapi bukan dalam buku-buku agama mereka.
    dengan ayat yang sama di atas, tapi kali ini mereka sememangnya merujuk kepada Allah Yang Maha Esa.
    You'll Never Walk Alone

    "If you can't support us when we lose or draw, don't support us when we win." -Bill Shankly-

  2. Likes tendude, lolly lilly liked this post
  3. #22
    Senior Member

    Eddyz-Kenpachi's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ~** Kayangan **~
    Posts
    3,342
    Post Thanks / Like
    Ucap/menyebut
    Pada pandangan saya, tidak salah kalo nama Allah itu diucap/disebut pada non-muslim selagi mereka tidak menghina, mencaci, menyumpah, memperkotak katik, mempersendakan dan menyekutukan Allah..

    Apabila mereka mula bertanyakan berkenaan Allah atau menyebut kalimah2 Allah, bukankah ia satu permulaan yg sgt baik kerna sifat ingin tahu mereka mengenali Allah..Dan kita sbg umat Islam, perlu mendoakan mereka semoga mereka diberikan hidayah..

    Dan kita perlu lihat juga pada situasi dan keadaan, kalo orang non-muslim menyebut perkataan Allah hanya kerna untuk kepentingan peribadi atau agama mereka, ini sudah tentulah salah..
    Contoh: Mereka sewenang-wenangnya menyebut nama Allah dpn khalayak ramai dan menggunakan nama Allah sbg perantaraan penyebaran fahaman mereka sedangkan kita ketahui mereka itu adalah non-muslim...

    Bagaimana saya berkata demikian? Mari kita hayati lirik lagu dibawah yg dinyanyikan oleh Agnes Monica :-

    : Lirik Lagu : Allah Peduli – Agnes Monica

    Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
    Mengapakah harus terjadi
    Di dalam kehidupan ini
    Suatu perkara yang
    ku simpan dalam hati
    Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

    Allah mengerti, Allah peduli
    Segala persoalan yg kita hadapi
    Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
    Sebab Allah mengerti

    Allah mengerti, Allah peduli
    Segala persoalan yg kita hadapi
    Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
    Sebab Allah Yesus ku
    mengerti

    Inilah yg saya cuba smpaikan..Mereka tidak boleh sewenang2nya menyebut Allah dgn situasi sebegini dan kita sbg muslim ada hak ntuk mempertahan kesucian Allah itu daripada tercemar...

    Lisan/bertulis
    Skrg saya ingin memberi pandangan tentang penggunaan nama Allah secara lisan/bertulis...Saya amat tidak bersetuju jika nama Allah digunakan didalam risalah, buku dan kitab2 bible..

    Jika ini dibenarkan, cuba anda bayangkan dimasa akan datang, bagaimana lagi kita nk membezakan kitab mereka dgn Al-Quran.? Dan kita juga tidak tahu apa agenda mereka..kemungkinan juga satu hari nnti mereka tukar bentuk bible mereka seakan-akan Al-Quran..? dan pula isi kandungannya kita dapati ada nama Allah sptmana dlm Al-Quran..? Dan jikalau mereka sebarkan sepotong ayat dari kitab bible mereka yg mempunyai nama Allah ke dalam internet, tidakkah akan berlaku kekeliruan..?

    Saya tidak mahu berulas lanjut ttng perkara ini, yg pasti penggunaan nama Allah didalam risalah, buku dan kitab2 bible adalah amat tidak wajar...

    Dan wahai saudara-saudara islamKu, igtlah & berpeganglah akan firman Allah ini :

    "Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka."
    (Surah al-Baqarah ayat 120).

    Ayat itu sudah cukup padat ntuk memperingatkan diri kita supaya berhati2 bila menghadapi tentangan dari mereka.

    -Pandangan dari hamba Allah yang hina, salah dan silap dalam memberi pandangan, harap dimaafkan -


    Daripada pandangan diatas, ini beberapa video saya sertakan ntuk tatapan korang suma :

    Agnes Monica -Allah Peduli


    Ustaz Azhar Idrus -Hukum orang kafir menyebut kalimah Allah


    Dato Harun Din - Isu Kalimah Allah


    [- Video dikongsi ntuk rujukkan dan ulasan agama Islam -]
    Last edited by Eddyz-Kenpachi; 15-01-13 at 04:23 PM.

    "Those who do not understand true pain can never understand true peace."
    - Pesanan Rasulullah SAW |My Collection Icon|Mari Berpantun -


  4. Likes tendude, lolly lilly, mizpearl, Koxy, bjanz liked this post
  5. #23
    Senior Member
    MKay123's Avatar
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Ipoh
    Posts
    2,122
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    2
    -MBA IPOH-
    -KTBFFH-








  6. #24
    Member
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    74
    Post Thanks / Like
    Apa yang menghairankan, isu penggunaan kalimah Allah tak wujud sama sekali di Amerika, Jepun, Brazil, France, China.

    kita ambil contoh di Amerika misalnya, seandainya lah paderi di sana mula beria-ia nak gunakan Allah dalam Bible mereka dan menggunakan Allah sebagai ganti God/Lord, saya yakin dan pasti gereja-gereja disana akan disita, diserang, dibakar bukan oleh penganut islam tetapi penganut kristian sendiri. Klu Klux Klan pasti akan mengugut bunuh paderi berkenaan kerana disana Allah dilihat sebagai simbol keganasan dan kebencian.

    seperti yang ditegaskan, sungguhpun ini adalah berkaitan agama, tetapi dalam senario persekitaran Malaysia, isu ini dipermainkan sebagai isu politik semata-mata, tak lebih dari itu. yang mana semua perundangan dan pekeliling yang termaktub dan sedia ada dicabar satu persatu. jadi kini tiba waktu penggunaan kalimah Allah pula dicabar. mengapa orang islam saja boleh guna? kenapa bukan islam tak boleh guna? saya yakin dan pasti selepas ini mereka akan mencabar kenapa orang melayu tak boleh keluar islam? kenapa orang cina boleh masuk islam?

    tak perlu kita samakan persekitaran di malaysia dengan di Arab. untuk makluman semua dan semua pun pasti tahu, agama langit (Islam, Yahudi, Kristian/Nasrani) semuanya diturun dari semenanjung Arab. mereka mempunyai budaya dan persekitaran yang sama tetapi berlainan sama sekali di malaysia. di sana bangsanya Arab tetapi mempunyai pelbagai agama berlainan (kristian atau islam atau masih jahiliah) tak ada masalah kerana Allah itu sendiri adalah perkataan Arab yang dimaksudkan merujuk kepada "Tuhan".

    tetapi di negara kita, sejak dari dulu lagi kita telah belajar dan mengenal agama dan difahamkan sedalamnya bahawa "aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi Muhammad SAW pesuruhNya"... dan tiba-tiba dalam kristian pun ada Allah, dan dalam buddha pun ada Allah, dan tak lama lagi Lord Ganesh pun akan dipanggil Allah. yang mana akhirnya akan menjurus kepada pluralrisme..

    mungkin akan tiba satu hari nanti, cicit kita akan amat bertoleransi mengizinkan upacara pemujaan berhala dalam masjid, kerana itu pun Allah, dan cicit kita pula dah tak perlu solat lima waktu lagi, cukup hanya sekadar menghadiri gereja setiap pagi ahad, kerana itupun ibadat kepada Allah. mungkin imaginasi saya agak liar, tetapi siapa lah yang boleh menafikan bahawa perkara-perkara tersebut tak akan berlaku?

    Seandainya kita izinkan penggunaan kalimah Allah untuk tujuan kebaikan pun... para mubaligh kristian pun melakukan kebaikan, menyediakan tempat berlindung untuk ibu tunggal, anak-anak jalanan yang bergelimpangan. mereka disediakan makan dan minum, dan mereka juga diraikan ketika sambutan hari raya dan majlis berbuka puasa. itu semua untuk tujuan kebajikan, tujuan kemanusiaan. soalnya, adakah kita akan mengizinkan semua ini untuk berlaku? adakah semua kebaikan, kebajikan, kemanusiaan yang dijalankan, tidak menjurus kepada niat-niat yang tersembunyi?

  7. Likes tendude liked this post
  8. #25
    Senior Member
    Norahman's Avatar
    Join Date
    Aug 2008
    Location
    Alor Setar Kedah
    Posts
    2,537
    Post Thanks / Like
    Kesimpulannya penggunaan Kalimah Allah S.W.T dalam risalah, buku dan kitab2 bible oleh orang bukan islam adalah tidak wajar dan boleh mengelirukan orang lain.. Macam ada agenda tersembunyi jer bila diowg nk gna kalimah Allah S.W.T dalam kitab bible diowg 2..

  9. Likes tendude, lolly lilly, Koxy, MKay123 liked this post
  10. #26
    Senior Member far_eazt383's Avatar
    Join Date
    Jul 2010
    Posts
    304
    Post Thanks / Like
    Maaf Tuan klau cara sy ni salah....cuma nk bkongsi artikel dan perlukan ulasan tuan ttg artikel t'sbut......
    artikel diambil dr siakapkeli.com



    Kenapa Kita perlu Pertahankan Kalimah ALLAH???

    Ingatlah kawan-kawan, demi Agama,Bangsa dan Negara tercinta ni, ayuh bangkitlah untuk mempertahankan kalimah Allah daripada digunapakai oleh Kristian. Ye memang ada Ulama yang setuju penggunaannya oleh orang bukan islam tetapi ingatlah dalam konteks negara Malaysia banyak sangat implikasinya jika kita benarkan mereka menggunakannya. Sangupkah anda semua melihat negara ini menjadi sama seperti negara jiran kita disana??? saya pasti anda semua tidak sanggup bukan.. Jangan lihat isu ini sebagai isu politik walhal banyak lagi perkara lain yang perlu kita settlekan. Mamang Allah, Tuhan sekalian makluk di langit dan dibumi, tetapi adakah kaum-kaum kafir itu mempercayai Allah sama seperti kita umat islam? Sanggupkah mereka mengEsakan Allah S.W.T??? jika mereka tidak sanggup kenapa kita sanggup menggadaikan kalimah Allah untuk mereka gunakan?? Semoga Allah mengampunkan kita..Amin Ya Rabbal-alamin.


    Disini ada satu cerita yang saya ambil dari Mawar Cinta


    Pengalaman Pelajar Kita di Indonesia




    Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

    Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

    Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku..

    wakakaka..

    Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku..

    Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.. risau gak klu jadi camni kat M’sia

    Moral dari cerita ini ialah, benda-benda yang di ceritakan oleh pelajar ini tidak mustahil akan berlaku juga di malaysia 5 ke 10 tahun lagi jika masih terus menyokong tindakan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam setiap urusan ritual agama mereka.

    Jadi korang semua fikir-fikirkan lah yang baik buruknya.


    SK - Bagi aku permintaan mereka untuk dibenarkan mengguna kalimah Allah adalah satu permainan/taktik/helah bagi menarik orang-orang Islam di Malaysia supaya menukar agama kepada Kristian. Kalo sebelum ini amat berbeza antara 2 agama ini tapi sekarang makin ada persamaan (Tuhan ko Allah tuhan aku pun Allah cuma beza Nabi Isa dengan Nabi Muhammad je, tuhan sama). Kalo yang iman kuat tu mungkin la tidak terpengaruh, tapi bagi yg da memang jahil tu? Wallahualam...

  11. #27
    Senior Member
    Koxy's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Location
    Klang
    Posts
    642
    Post Thanks / Like
    kita pertahankanla agama kita supaya puak-2 kafir ni xsalah guna.. Kan Rasulullah SAW dah pesan, berlemah lembut pada org muslim & bertegas pada org kafir.. Islam itu hak org islam.. Kita xnk negara kita jadi mcm di Indonesia yg begitu liberal.. nanti jadi asbab Allah turun bala kt Malaysia kita nih spt tsunami/gempa bumi..

  12. #28
    Member
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    74
    Post Thanks / Like
    mungkin kalau kita hendak faham lagi tentang sensitiviti perkataan Allah, cuba kita nyanyi lagu Allah Peduli, nyanyian Agnes Monica..

    kalau berani nyanyi dari awal sampai habis, dan menghayati sepenuh hati lirik tersebut, tanpa ada rasa bersalah, dan tanpa syak wasangka, maka tahniah, anda berhak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam..


    satu lagi yang boleh saya bangkitkan disini, yang perlukan sedikit pemikiran adalah kenapa azan esklusif hanya dalam bahasa Arab.

    kenapa azan tak dibenarkan dalam bahasa melayu? kenapa tidak dalam Bahasa Inggeris? kenapa tak diazankan dalam bahasa Jakun? kan ke bagus kalau diterjemahkan supaya kita boleh berdakwah? supaya bukan islam boleh difahami dengan mudah?

    kenapa kita beria-ia ingin mengizinkan Allah digunakan secara meluas oleh Kristian, Buddha, Hindu dan macam2 agama lagi, tapi kita haramkan diri kita azan dalam bahasa Melayu, bahasa tamil dan sebagainya? islam kan bukan esklusif untuk bangsa Arab saja. islam tu universal, maka kenapa tak azan dalam bahasa hokkien?

    dan... kenapa sana-sini non muslim sibuk menghantar bantahan azan dilaungkan terutama waktu subuh, tetapi pada masa yang sama mereka sibuk pula mahu menggunakan Allah sebagai ganti kepada Tuhan?...

    fikir-fikirkan...

  13. #29
    Senior Member
    Koxy's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Location
    Klang
    Posts
    642
    Post Thanks / Like
    sekali lagi, ada udang di sebalik mee puak-2 kapir nih.. berjaga-jaga sebelum kena.. kalu dah kena, nnt jd mcm singapore lak negara kita.. nk azan ikut speaker luar pn xbole..

  14. #30
    Junior Member
    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    9
    Post Thanks / Like

Page 3 of 5 FirstFirst 12345 LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •