saya juga bersetuju dengan pandangan prototype_x0
jika digunakan di dalam buku-buku agama mereka, kesannya nanti, apa yang mereka iktiraf sebagai 'Allah' adalah tuhan di dalam agama mereka, bukan lagi mengiktiraf Allah Yang Maha Esa. ini akan membuatkan mereka lebih jauh dari pemahaman Islam.
tapi ini tak bermakna mereka langsung tak boleh guna kalimah Allah dalam percakapan mereka. asalkan sahaja tujuan mereka menyebutnya adalah mengiktiraf keEsaan Allah.
contoh, berkata bukan-Islam kepada orang Islam, "Allah telah memberi kesihatan kepada kamu hari ini".
senario satu - jika kalimah Allah dibenarkan di dalam buku-buku agama mereka.
ini bermakna mereka mengucapkan kata di atas ini, merujuk kepada tuhan mereka, bukan lagi merujuk kepada Allah Yang Maha Esa.
senario satu lagi - kalimah Allah dibenarkan digunakan tetapi bukan dalam buku-buku agama mereka.
dengan ayat yang sama di atas, tapi kali ini mereka sememangnya merujuk kepada Allah Yang Maha Esa.