Page 1 of 5 123 ... LastLast
Results 1 to 10 of 49

Thread: Isu mengenai Penggunaan kalimah Allah S.W.T oleh non muslim

  1. #1
    Senior Member Azstrange's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Posts
    591
    Post Thanks / Like

    Isu mengenai Penggunaan kalimah Allah S.W.T oleh non muslim

    Assalammualaikum W,b,t,h. kepada warga muslim di syok.org sekalian dan salam sejahtera kepada non muslim di syok.org sekalian...

    Salam dan selawat keatas junjungan besar umat islam Nabi Muhammad S.A.W dan para ahlul bait serta para sahabat baginda.

    Sebelum thread saya ini ditutup atas sebab dituduh isu politik kerana isu politik dilarang di dalam forum syok.org, saya disini nak bagitau kepada anda semua,isu ini sebenarnya isu agama yang dah banyak kali orang2 politik yang memasukan isu ini kedalam pemikiran politik mereka,padahal isu seperti ini tidak perlu dimasukan dalam politik kerana isu ini isu agama dan sudah pun di dibincang oleh majlis syura ulama PAS, Politik?ya kalau tidak masukan di dalam politik masakan pula tidak boleh selesaikan dengan cara berpolitik agar semua orang tau yang hal sebegini perlu dibincangkan oleh majlis syura ulama dan mufti-mufti supaya politik itu sendiri wajib didukungi oleh ilmu agama islam dari Al-quran dan sunnah Rasulullah S.A.W, sebab itu tidak boleh dikatakan politik suku agama suku,maka perbalahan seperti ini lah yang terjadi sehingga sekarang orang masih keliru.

    Jadi disini secara ringkas dan kesimpulanya saya ambil penjelasan dari mantan mufti perlis Ustaz Dr Mohd Asri a.k.a Dr Maza melalui laman youtube, dengarkanlah dan fahamilah kerana isu ini isu yang sedang berlaku didalam negara kita yang tercinta ini Malaysia,semoga thread saya ini memberi manfaat kepada setiap warga di syok.org dan diluar sana, buat admin,anda ada hak untuk delete thread saya ini jika anda merasa thread ini merupakan politik semata-semata. Dan saya tidak timbulkan thread ini atas kehendak nafsu untuk parti-parti politik tertentu tetapi,isu ini perlu diambil perhatian terutama muslim agar tidak terkeliru lagi mengenai isu ini tak kira bangsa asalkan dia muslim kerana apa? Surah Al-Fatihah ayat 2 Allah berfirman yang bermaksud- Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Saya harap kita mendapat manfaat bersama-sama didalam thread saya ini.Yang lemah datangnya dari saya,yang sempurna itu datangnya dari Allah S.W.T


    P/S- Amaran,tolong jangan berbalah sesama anda,jika anda rasa thread saya ini tidak betul dan tidak cukup ilmu,anda dipersilakan bertanya kepada ustaz2 dan ustazah2 yang tinggi ilmunya.
    P/S/S- Admin jika anda mendapati ada dikalangan hamba Allah berbalah2 kerana memasukan politik didalam thread saya ini,anda boleh delete terus thread saya tanpa perlu memberi amaran kepada saya.. wassalam..

    Update post :

    Akibat kesan daripada isu Kalimah Allah S.W.T ini ada yang mengatakan kalimah Allah ini hanya untuk melayu dan itu yang membuatkan kita rugi serugi2nya untuk menarik orang bukan islam supaya menerima islam dengan terbuka.

    Dan kenyataan dari Xifu Naser ( seorang muaalaf berbangsa cina) ini membuat kan aku terfikir juga,bukan kah islam itu indah dan mudah,dan islam itu sangat2 bertoleransi?dan kenapa kita masih lagi nak menyusahkan sedangkan hal sebegini mudah untuk dibincang,kembali lah kepada Al-quran dan sunnah.

    Kenyataan Xifu Naser seorang pendakwah bebas aku ambil dari facebook:

    NENEK 94 TAHUN PELUK ISLAM DI HOSPITAL PPUM ?!

    Semasa org KL tgh tidur nyenyak atau mabuk di kelab, pd pkl 1 pagi, ahad 13 jan 2013 , saya dikejarkan ke hospital ppum. Dada saya sgt sakit, berpeluh. Setiba di kecemasan, doktor letak ubat bwh lidah. Pd pukul 230 pagi, keadaan saya jd stabil. Wad kecemasan ramai orang. SATURDAY NIGHT HAPPY HOURS LAH KAN! Ada yg accident jerit2 kesakitan. Tiba2 diusung seorang nenek cina terlalu dekat katil saya; tangan saya blh sentuh nenek krn wad penuh. Tak nampak ahli keluarganya.

    Setelah 30 min, saya tanya nenek disblh saya ini dlm bahasa Kantonis: “Nenek umur berapa?” Nenek: “94 tahun”.

    “Nama nenek?”

    “Cheong Kwai Mui”

    “Nenek sakit apa?”

    “Saya jatuh dlm tandas ”

    “Dimana keluarga nenek?”

    “Anak lelaki saya mati dibunuh samseng dulu. Anak perempuan saya, 61 tahun, tak kahwin demi untuk jaga saya. Dia kat luar. Kami keluarga miskin. Isteri u pakai tudung. Lu masuk Melayu?”

    “Saya tak masuk Melayu. Saya peluk Islam. Nenek agama apa?”

    “Saya sembah Kuan Yin.”

    Hati saya sebak bila saya lihat nenek terlantar keseorangan. Hati saya menangis bila dengar ceritanya bagaimana anak lelakinya yg baik mati dibunuh. Hati saya menjerit bila nenek kata dia sembah Kuan Yin. Dimana dakwah kita selama ini? Di mana nenek miskin ini akan pergi selepas dunia ini? Mengapa tiada peduli ttg dia? Hanya kerana dia cina? Miskin? Tua?

    Wlpn saya tak larat utk bangun, saya hulurkan tangan saya utk pegang tangan nenek disebelah saya: “Nenek, saya nak doakan Allah untuk sembuhkan nenek, boleh?”

    Nenek senyum. Saya pun pegang tangan nenek dengan penuh kasih sayang berdoa: “Allahumma robbannaas. Adzhibil ba’s. Ishfi antash-shaafii. laa shifaa’a illaa shifaa’uka shifaa’an. laa yughoodiru saqoman”. Nenek terkaku menghayati doa saya.

    Seorang nurse Islam datang untuk ambil BP. Saya tanya nenek: “Nenek, wlpn pelbagai bangsa, semua manusia adalah sama, satu, darah merah krn Tuhan adalah Satu. Dia bkn patung, tidak serupa dgn apa2. Dia amat sayang pd nenek. Kalau nenek percaya Tuhan hanya Satu, nenek akan selamat.” Nenek itu angguk. Saya terus berkata,”Nenek, Tuhan yg Satu itu bernama ‘Allah’. Boleh sebut nama ‘Allah’? Sebut ‘Al --- laaaaaah”

    Nenek itu berusaha sebut tanpa gigi depan: “Ala”. Nurse disebelah kiri saya nampak berubah air muka. Cam masam je. Saya tak tau mengapa nurse tukar air mukanya. PEDULI APA AKU! Saya sedar umat Islam hari ini berdemonstrasi diluar: KALIMAH ALLAH MILIK ORANG ISLAM SAHAJA.

    “Nenek boleh sebut lagi ‘Allah’ sambil hati nenek kata Tuhan itu Satu.” Nenek terus berusaha dgn payah utk sebut sampai 6 kali ‘Ala Ala Ala…..’. Kemudian nenek senyum.

    Anak perempuannya yg berumur 61 tahun datang. Rupanya OKU. Doktor juga datang dan berkata, “Ujian darah tunjuk bhw nenek sebenarnya kena serangan jantung.” Kemudian nurse pun usung nenek ke tempat lain.

    Saya tidak tau apa dihati nenek semasa dia berusaha menyebut kalimah ‘Ala’. Saya mungkin besar tak dapat jumpa nenek ini lagi. Yang saya tau ialah INILAH KALI PERTAMA DIA MENYEBUT KALIMAH ‘ALA’ DAN DIA MENYEBUT DENGAN BERSUNGGUH2. MUNGKIN INI TERAKHIR. Kalau dia benar2 peluk Islam, dan ini malam terakhir di dunia, keislamannya tidak direkod pada KPI jabatan agama, tiada nama arab Islam, tidak masuk statistic ‘muallaf’. Tiada ‘PEJUANG AGAMA-AGAMAAN’ akan bertengkar dgn keluarganya untuk kebumikannya di ‘kubur Islam’.

    Bagi nenek ini, soal “Allah” atau ‘Ala’ MILIK siapa langsung tak ptg. Yg paling ptg, nenek ini nak tau siapa yang sebenarnya MEMILIKI nyawanya. Dan umat Islam yang berdemonstrasi diluar: sejauh manakah mereka sampaikan KALIMAH & MAKNA ALLAH pada nenek-nenek, OKU dan mustad’afiin?

    MEREKA SEMUA FAHAMKE APA YG MRK PERJUANGKAN ???

    XIFU NASER AL-MAJNUUN
    (ISTERI SAYA YG AMAT GARANG TIDAK MEMBENARKAN SEBARANG ZIARAH WAKTU INI. TQ BERI DOA KPD SAYA)

    Ini alamat facebook beliau :
    http://www.facebook.com/XifuNaser

    Video [update] penerangan terbaru oleh brother Shah Kirit (Pendakwah islam bebas) Ceramah mengenai penggunaan Kalimah Allah S.W.T oleh non muslim..Saksikan dan fikirkan sejenak kata-kata beliau yang penuh hikmah,tanpa menselitkan emosi dan politik.


    Video [update] ke-2 dari Ustaz Kazim Elias dari ceramah yang sama dengan brother Shah Kirit. Ranung2kan dan diharap selepas ini kita orang islam tidak berpecah belah menunding jari diantara satu sama lain.. Saksikan ..
    Last edited by Azstrange; 24-01-13 at 02:59 AM.

  2. #2
    Junior Member
    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    2
    Post Thanks / Like
    bagus teruskan usaha bro...yg xfaham tu bodh sombong je...

  3. #3
    Junior Member
    Join Date
    Jan 2013
    Posts
    2
    Post Thanks / Like
    saya setuju benar dgn apa yg ingin disampai kn oleh poster...sy akn cuba utk berubah terima kasih kerana memperingati sesama insan

  4. #4
    Senior Member Azstrange's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Posts
    591
    Post Thanks / Like
    sama2 sahabat, ini adalah untuk kebaikan sesama islam dan ini lah juga peluang untuk menarik yang non muslim untuk mengenal islam.

  5. #5
    Super Administrator
    spyw@re's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    MALAYSIAKU
    Posts
    4,503
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    Green lamp diberikan untuk ruangan ini !

    PENDAFTARAN AGEN TM & MAXIS 10MB DISINI



    Layan Mp3 Online

  6. #6
    Senior Member Azstrange's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Posts
    591
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by spyw@re View Post
    Green lamp diberikan untuk ruangan ini !
    Terima kasih admin,semoga Allah S.W.T panjangkan umur dan dimurahkan rezeki mu.. amin,.

  7. #7
    Senior Member
    MKay123's Avatar
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Ipoh
    Posts
    2,122
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    2
    Akhir zaman kena banyakkan bersabar dan tidak boleh elak perkara sebegini. Manusia saling tuduh menuduh,memaki hamun,Fitnah memfitnah dan byk perkara buruk berlaku skg ni sehinggalah turunnya Nabi Isa A.S.. Ketika Nabi Isa A.S memerintah Dunia tiada lagi permusuhan dikalangan orang2 islam bahkan binatang saling berbaik. Selagi kita berpegang pada Alquran Dan Hadis Nescaya kita tidak akan tersesat...
    -MBA IPOH-
    -KTBFFH-








  8. #8
    Senior Member Azstrange's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Posts
    591
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by MKay123 View Post
    Akhir zaman kena banyakkan bersabar dan tidak boleh elak perkara sebegini. Manusia saling tuduh menuduh,memaki hamun,Fitnah memfitnah dan byk perkara buruk berlaku skg ni sehinggalah turunnya Nabi Isa A.S.. Ketika Nabi Isa A.S memerintah Dunia tiada lagi permusuhan dikalangan orang2 islam bahkan binatang saling berbaik. Selagi kita berpegang pada Alquran Dan Hadis Nescaya kita tidak akan tersesat...
    btol 2 saudara,ini lah fitnah akhir zaman skg yg perlu kte hadapi,n kte kene kuat hadapi fitnah2 mcm ni..

  9. #9
    Senior Member
    MKay123's Avatar
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Ipoh
    Posts
    2,122
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    2
    Diantara permusuhan dikalangan Umat islam Ditengah2nya Ada satu puak iaitu nasrani... Bab isu kalimah elok dirujuk dengan pelbagai alim ulama tanpa mengira status politik Kerana politik ciptaan yahudi itu kotor. Ingat ! Jgn terlalu taksub dengan Politik...
    -MBA IPOH-
    -KTBFFH-








  10. Likes mizpearl, Koxy liked this post
  11. #10
    Super Administrator
    atoq's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Posts
    2,800
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    thread yang sangat positif
    beri banyak pencerahan dan lebih pemahaman
    saya akan 'stick' thread ini agar lebih ramai dapat manfaat

    terima kasih tuan thread kerana berkongsi
    You'll Never Walk Alone

    "If you can't support us when we lose or draw, don't support us when we win." -Bill Shankly-

  12. Thanks tengkuady thanked for this post
Page 1 of 5 123 ... LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •