Results 1 to 10 of 10

Thread: Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki

  1. #1
    Member
    Join Date
    Oct 2012
    Location
    Kuching Sarawak
    Posts
    72
    Post Thanks / Like

    Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki

    Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki. Jika tidak Allah
    swt tidak akan menjadikan Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s
    sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang di dalam syurga.

    Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan :
    1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.
    2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.
    3. tidak akan bergelar seorang suami.
    4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.
    5. tidak teman untuk bergurau senda.

    Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang
    bengkok. Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan
    hikmah
    dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah
    kebaikan.

    Perempuan tidak boleh :
    1. menjadi wali
    2. menjadi rasul atau nabi
    3. memberi talak

    Tetapi dua per tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka.

    Keadilan Allah kepada perempuan :
    1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas.
    2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau.
    3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat.
    4. tidak disentuh api neraka,jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan
    keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya.

    Banyak lagi kebaikan dan keistimewaan yang Allah beri kepada perempuan yang
    tidak diberi kepada lelaki?..membuktikan betapa kasihnya Allah swt kepada
    hambanya yang bergelar perempuan, wanita, gadis, isteri, ibu atau nenek
    ini.

    KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN PEREMPUAN

    Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki
    sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nisaa', ayat 34 yang bermaksud :
    "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah
    melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka
    telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu wanita
    solehah
    ialah yang taat kepada Allah dan memelihar diri ketika ketiadaan suami
    sebagaimana yang Allah tetapkan."

    Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa
    menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain. Jauh tersembunyi,
    perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh yang jika
    digunakan
    dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala
    haknya.

    Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya, surah Aali-Imran, ayat 14
    yang bermaksud :
    "Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada
    perempuan".

    Sabda Rasulullah saw tentang besarnya peranan perempuan ini ialah :
    "Perempuan itu tiang negara, jika baik perempuan di sesuatu negara itu,
    maka
    baiklah negara itu, begitulah sebaliknya."

    KUASA PUJUKAN PEREMPUAN

    Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada
    perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan
    dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

    Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya
    pujukan wanita :
    1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
    2. Anthony dan Cleopatra
    3. Hitler dan Matahari
    4. Samson dan Delila
    5. Abu Lahab dan Hendon

    Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang
    lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan
    semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
    1. Nabi Muhammad saw dan Khadijah serta isteri-isteri beginda yang
    lain.
    2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
    3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
    4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

    KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

    Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh
    menumbangkan
    ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang
    tidak
    wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh
    menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri
    boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

    KUASA LAYANAN PEREMPUAN

    Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari
    perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang
    disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan
    keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan
    mudah.

    KUASA DOA PEREMPUAN

    Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat
    dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw :
    "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya :"Kenapa ya Rasulllah ?"
    Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang
    penyayang tidak akan sia-sia."

    KUASA TAKWA PEREMPUAN

    Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua
    masalah. Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi
    Allah.
    Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara
    serta sentiasa dirahmatiNya.

    Kuasa takwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana
    kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada
    melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian
    hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan
    dan ujian.

    Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt
    sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara
    ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan
    kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan keranalelaki
    itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan
    melahirkannya ke dunia, kemudian menatih, mendidik, memelihara dari kecil
    hingga dewasa.

    Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada
    kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:
    "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di
    air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya
    (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya(serta
    menjaga solat dan puasanya)."

    KEKALKAN KEMULIAAN PEREMPUAN

    Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan perempuan, wajiblah
    dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu,
    perempuan akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih
    berhak baginya kecuali neraka.

    PANDUAN UMUM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TERHADAP KEDUDUKAN WANITA

    Wanita dan lelaki adalah sama dari segi kemanusiaan. Mempunyai hak dan
    kewajiban yang sama dalam melaksanakan tugas-tugas agama.


    Islam menghapuskan tuduhan yang dilemparkan oleh ahli-ahli agama sebelum
    Islam yang merendahkankedudukan wanita.

    Islam memerintahkan manusia supaya memuliakan wanita sebagai anak kecil,
    isteri dan ibu.

    KEDUDUKAN WANITA DALAM SYARIAT ISLAM

    Islam menganjurkan supaya wanita diberi peluang untuk mendapatkan
    pendidikan/pelajaran yang sama dengan kaum lelaki.

    Islam menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin kepentingan
    wanita.

    TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIBAN WANITA MENURUT SYARIAT ISLAM

    Tanggungjawab sebagai hamba Allah
    Tanggungjawab sebagai isteri
    Tanggungjawab sebagai pemimpin yang membantu suami dalam urusan rumahtangga
    Tanggungjawab sebagai pendidik generasi akan datang

    Buat semua kaum2 Adam, hormatilah kaum2 Hawa sewajarnya.Jika mereka
    tiada,kita tidak akan lahir di dunia........

    wassalam.

  2. #2
    Senior Member

    Eddyz-Kenpachi's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ~** Kayangan **~
    Posts
    3,342
    Post Thanks / Like
    subhanallah ~
    Indah sungguh ciptaan Allah...Sungguh sempurna walaupun ada kelemahan tetap diberi kelebihan...

    Nice Sharing ~

    "Those who do not understand true pain can never understand true peace."
    - Pesanan Rasulullah SAW |My Collection Icon|Mari Berpantun -


  3. #3
    Senior Member
    MKay123's Avatar
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Ipoh
    Posts
    2,122
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    2
    perempuan skg ni dah mahal wang hantaran mengikut pelajaran memasing menyebabkan ramai yg forever alone mcm aku ni ha... kalau la mengikut sunnah rasulullah SAW mesti ramai yg dah kahwin dan tak forever alone. Terima Kasih Info -
    -MBA IPOH-
    -KTBFFH-








  4. #4
    Senior Member

    Join Date
    Feb 2009
    Location
    marikh
    Posts
    143
    Post Thanks / Like
    akan sampai masanya suatu hr nti MKay123...

  5. #5
    Senior Member
    ChibiLayfon's Avatar
    Join Date
    Jul 2010
    Posts
    260
    Post Thanks / Like
    ramai girl yg materialistik skrg, pastu letak hantaran 15-20k, maner la larat... huhu

  6. #6
    Member
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    48
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by MKay123 View Post
    perempuan skg ni dah mahal wang hantaran mengikut pelajaran memasing menyebabkan ramai yg forever alone mcm aku ni ha... kalau la mengikut sunnah rasulullah SAW mesti ramai yg dah kahwin dan tak forever alone. Terima Kasih Info -
    ntah2 hang yang memilih sgt. perempuan sekarang bukan lapaq duit hantaran sgt. mak bapak depa yg lebih2. kalau hang tak memilih, jumpa sorg pempuan, ayat kasi power, senang2 je pempuan tu bleh pujuk mak bapak dia kurangkan hantaran.

    yg penting niat tu. niat mendirikan rumahtangga sebab nak dapatkan redha Allah. bukan sebab takut forever alone. kalo niat dah betul, insyaAllah tuhan akan mudahkan jalan.

  7. #7
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    cube main Tagged, confom dpt awek 2-3 org
    pengalaman zaman skola

    p/s : brgurau je..


  8. #8
    Member denasor's Avatar
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Selangor
    Posts
    35
    Post Thanks / Like
    kt kelantan xde wang hantaran~

  9. #9
    Senior Member far_eazt383's Avatar
    Join Date
    Jul 2010
    Posts
    304
    Post Thanks / Like
    btapa agung dan sungguh besar rahmat dan tinggi darjat yg dberi Allah swt kpd kaum hawa ni...tp sygnyer byk kaum hawa sendiri skang ni tidak mjunjung darjat dan keagungngan yg diberi....ssungguhnyer Allah yg maha Mngetahui

  10. #10
    Member
    Join Date
    Oct 2012
    Location
    Kuching Sarawak
    Posts
    72
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    Quote Originally Posted by fideldesu View Post
    cube main Tagged, confom dpt awek 2-3 org
    pengalaman zaman skola

    p/s : brgurau je..

    ni mesti fidel biasa .....kan...kan...

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •