Sebelum Chris Guerra terbunuh dalam satu kemalangan selepas mengambil gambar kereta milik Justin Bieber, jurugambar tersebut mendakwa telah melihat pelantun lagu "Beauty And A Beat" menghisap kanabis melalui paip di dalam keretanya itu.

Kini beberapa keping gambar Bieber yang dilihat memegang seperti rokok gulung dan disyaki ganja di sebuah parti tersebar, seperti mengesahkan dakwaan jurugambar tersebut benar.

Menurut TMZ, gambar tersebut diambil di sebuah bilik hotel di Newport Beach, California pada 2 Januari, sehari selepas Guerra meninggal dunia.

ebelum Guerra dilanggar oleh sebuah kenderaan, jurugambar berusia 29 tahun itu mendakwa telah melihat bintang pop ini menghisap kanabis melalui paip dalam keretanya.

Walaubagaimanapun ketika kemalangan tersebut berlaku, Bieber tidak berada di dalam keretanya, sebaliknya penyanyi rap Lil Twist dilaporkan memandu kereta Ferrari putih miliknya itu.

Satu sumber memberitahu Lil Twist yang turut berada di parti tersebut telah menggulung rokok-rokok tersebut dan memberi kepada semua yang berada di situ.

Sebelum itu Bieber dikatakan merungut keletihan kerana sering berjaga lewat dan bertanya bagaimana dia boleh mendapatkan makanan segera ketika lewat malam.

Pada masa yang sama, Bieber dilaporkan telah berpisah sekali lagi dengan teman wanitanya, Selena Gomez selepas percutian mereka di Mexico berakhir dengan pertengkaran.

Lihat Promosi menarik dibawah