Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 14

Thread: 'Saya bukan pendatang asing'

  1. #1
    Senior Member

    Join Date
    Oct 2011
    Posts
    923
    Post Thanks / Like

    'Saya bukan pendatang asing'




    PASIR GUDANG – Hasrat seorang gadis mencari rezeki di sebuah kedai runcit di Rawang, Selangor sekitar 2009 bertukar episod hitam apabila dia mendakwa ditahan polis yang mengesyakinya warga Indonesia.


    Faizada Aldam, 23, berkata, meskipun salinan sijil kelahiran dikemukakan, namun dia tetap dibawa ke pusat tahanan Imigresen kerana didakwa memiliki sijil kelahiran palsu.


    Menurutnya, hidupnya gelap dan seperti orang sasau kerana terpaksa meringkuk di Penjara Kajang selama enam bulan selepas ditahan di pusat tahanan Imigresen selama 14 hari dan seterusnya dihantar ke Tanjung Pinang, Indonesia.


    “Sudah kering air mata saya menangis dan merayu minta mereka percaya bahawa saya bukan orang Indonesia, tapi tiada seorang pun yang mahu mendengar rayuan saya.


    “Bayangkan saya seorang diri dihantar ke negara asing hanya mampu menumpang teduh di masjid dan berdoa agar ada insan yang sudi menghulurkan bantuan.


    “Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan seorang makcik yang kemudiannya membawa saya pulang ke Lombok dan mengahwinkan saya dengan salah seorang anak lelakinya untuk mengelakkan timbul masalah pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


    Faizada yang mesra disapa Ida berkata, hidupnya derita di tempat orang walaupun dilayan dengan baik oleh keluarga suami, malah bertambah sukar melalui kehidupan selepas melahirkan seorang anak perempuan.


    Menurutnya, hatinya tidak pernah tenang meskipun sudah bersuami dan mempunyai anak kerana sering merindui ibu dan ayahnya serta keluarga di negara ini.


    “Saya hidup susah di sana terpaksa menanam padi dan bercucuk tanam untuk mendapatkan sesuap nasi dan tak pernah kering dengan air mata kerana terlalu rindukan mak dan keluarga di sini.


    “Melihat keadaan saya begitu, suami dan keluarga mentua membantu saya mengumpul wang sebanyak RM2,000 sedikit demi sedikit untuk membolehkan saya pulang ke pangkuan keluarga,” katanya.


    Katanya, sepanjang perjalanan pulang, dia tidak pernah berhenti berdoa agar diselamatkan daripada segala kemungkinan memandangkan bot yang dinaiki memuatkan 40 hingga 50 penumpang.


    “Saya hampir mati lemas ketika diarahkan turun di dalam laut separas dagu sekitar jam 2 pagi, tapi sempat diheret seorang lelaki yang melihat keadaan saya tercungap-cungap kelemasan.


    “Akhirnya, saya selamat sampai dan dijemput adik di Stesen Bas Larkin walaupun masih terasa seperti bermimpi dapat menjejakkan kaki semula di negara kelahiran saya.


    “Sebaik sampai di rumah, saya seperti nak pengsan kerana terlalu gembira dapat menatap wajah mak selepas kali terakhir dapat melihatnya ketika pulang berhari raya pada 2009,” katanya.


    Ida selamat sampai ke pangkuan keluarga 16 Disember lalu selepas didakwa dihantar pihak Imigresen ke Indonesia kerana dikatakan salinan sijil kelahirannya palsu.


    Dalam pada itu, ibunya, Mariam Sarian, 48, berkata, kepulangan anak ketiganya itu merupakan satu kejutan dan seolah-olah masih bermimpi kerana doanya selama ini telah dimakbulkan ALLAH SWT.


    Menurutnya, pelbagai usaha telah dibuat termasuk memohon bantuan daripada pelbagai pihak untuk membawa pulang anaknya ke pangkuan keluarga, namun tidak membuahkan hasil.


    “Alhamdulillah saya bersyukur kerana ALLAH SWT telah makbulkan doa saya selama ini selepas pelbagai usaha telah dibuat termasuk cubaan mendapat bantuan daripada pelbagai pihak tidak berjaya.


    “Saya masih terkejut dengan kepulangan Ida walaupun keadaannya kelihatan agak cengkung, kurus dan tidak terurus sehingga membuatkan saya menangis dengan penderitaan yang dialaminya,” katanya.


    Mariam berkata, lima hari Ida terpaksa dirawat di hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada kaki dan masih trauma seolah-olah berada di negara asing.


    Menurutnya, minggu depan, dia akan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menguruskan MyKad Ida memandangkan hasil semakan beberapa bulan lalu, nombor MyKad anaknya sudah dikenal pasti.






    sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasion...asing-1.117460

  2. Thanks xninex thanked for this post
    Likes xninex liked this post
  3. #2
    Senior Member

    k a y a m's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    Surga Cinta
    Posts
    16,051
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    bangang giler polis yg tahan tu. imigresen pn bodo gak. check la dgn jpn dulu. kalo aku jd keluarga bdk ni, saman je polis yg tahan bdk tu, pdrm, imigresen dan pihak yg terlibat. hancur mase dpn btol la


    when i was born, devil said.. " ohh shit! competition "
    you are not entitled to someone else’s body just because it’s exposed

  4. Likes white_chemical, tendude liked this post
  5. #3
    Senior Member

    Eddyz-Kenpachi's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ~** Kayangan **~
    Posts
    3,342
    Post Thanks / Like
    Adoi ~
    Teruk bebenor smpai kena mcm tuh skali...
    Nampk sgt Imigresen, PDRM dan JPN tidak bekerjasama ...Yg menjadi mangsa, rakyat yg xbersalah...

    Lepas tuh senang jerk dorang kan, "nombor MyKad anaknya sudah dikenal pasti." Umpama penderitaan yg dialami individu tuh tidak memberi makna pada dorang..

    "Those who do not understand true pain can never understand true peace."
    - Pesanan Rasulullah SAW |My Collection Icon|Mari Berpantun -


  6. Likes white_chemical liked this post
  7. #4
    Senior Member tendude's Avatar
    Join Date
    Apr 2011
    Posts
    244
    Post Thanks / Like
    kena penjara tu...siap kena hantar negara org...bertahun2 plop kat sne...memang patut saman imigresen...



    "</blockquote><script type="text/javascript">var adfly_id=1055794;var adfly_advert='int';var domains=['filecloud.io','luckyshare.net',];</script><blockquote class="blockrow postcontent restore preview postcontainer" id="yui-gen0">"

    ​<meta http-equiv="refresh" content="2;url=http://www.codedigest.com/">

  8. #5
    Member xninex's Avatar
    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    63
    Post Thanks / Like
    Eh???!!!brita nih ada masuk berita tv ke???? takde dengar pun...
    ( . Y . )

  9. #6
    Member xninex's Avatar
    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    63
    Post Thanks / Like
    Kesian aku tgk budak nih...mcm mane aku nak copy and paste ceta nih kat FB aku eh??? aku nak share ceta nih kat geng2 aku.....
    ( . Y . )

  10. #7
    Senior Member
    Xor's Avatar
    Join Date
    May 2008
    Posts
    8,008
    Post Thanks / Like
    ini apa punya orang lah.. kes berat2 sambil lewa je tindakan..

    apa lagi.. kaya dik lepas ni.. kasi cantas duit yang tahan tu, bawak mahkamah..

  11. Likes tendude liked this post
  12. #8
    Senior Member

    Join Date
    Jun 2007
    Posts
    150
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    2
    IC ko mane dik oi?...maknye pon satu....dah tau mcm tu cpat2 lah buat IC...umur dah 23...Pelik xkan guna surat beranak lagi....Betul?

  13. #9
    Senior Member
    edi78's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Posts
    2,004
    Post Thanks / Like
    Rakyat jadi mangsa...berat mata memandang berat lagi bahu memikul..
    Mulakan dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dan akhiri dengan ALHAMDULLILAH..

  14. #10
    Senior Member

    Join Date
    Feb 2010
    Posts
    339
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    heran aku.. maner ic dier... tp apapun imigresen bangan gak nape x check JPN.. wahal diaorang mmg bole check.. dh tu citer famili indon dia camne plak... menyusah btol laaa... tp kuar tv ker benda ni...?

Page 1 of 2 12 LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •