dua-kosong-satu-dua menutup jendela
waktu yang berlari tidak terasa
harapan tertinggal sia-sia
juga impian sedikit terlaksana
kadang getir datang menyapa
tidak terlupa nikmat bahagia
jadi pedoman bila datang masa
dua-ribu-tiga-belas mengetuk pintu
azam lama kini azam baru
agar tabah menempuh liku
moga kuat melawan nafsu
ya Tuhan beri lagi waktu
jadi insan seperti Kau mahu
akhir izinkan kata pengulas
lisan dan laku yang terbabas
biarpun jelas biarpun sekilas
ampun maaf mohon penuh ikhlas
moga jumpa lagi tahun empat-belas
hari 1, 2013
kok lanas, kelantan