hadir kau berapa detik cuma
di gelap langit kau bercahaya
kami di sini diam bertanya
sehebat mana kau bersuara
akan pekakkah segala telinga
kau muncul amat singkat
keajaibanmu mata terpikat
kagum buat hati terikat
tapi di sana terasa kiamat
kerana engkau tanda penamat
berserakan kau serata arah
terbebas bersama segala zarah
sehingga sampai suatu daerah
semua berkumpul semua bertambah
tercipta panas tercipta cerah
dengan izin Yang Maha Pemurah
hari 366, 2012
kok lanas, kelantan