Pereka fesyen terkenal tanah air, Jovian Mandagie bakal melebarkan sayapnya di peringkat antarabangsa. Beliau telah diberi tanggungjawab mereka dua busana khas, iaitu pakaian kebangsaan dan juga gaun malam untuk dipakai oleh peserta ratu cantik negara yang akan mewakili Malaysia untuk bertanding pada 19 Disember ini.
Pertandingan tersebut akan bertempat di Planet Hollywood Resort & Casino's Theatre, Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat.
Pasti ramai yang mempertikaikan mengapa Jovian mengangkat rekaan kebaya kerana jika diikutkan, gaya tersebut merupakan pakaian masyarakat Indonesia.
Jovian yang ditemui di majlis pratonton pakaian tersebut di Armada Hotel, Petaling Jaya menegaskan bahawa rekaan tersebut tidak langsung bercirikan budaya Jawa mahupun mahu meniru Indonesia.
Rekaan kebaya yang diberi nama “Kebaya Mandagie” itu merupakan rekaan tulen Malaysia dan tidak meniru mana-mana Negara yang lain.
“Ramai yang keliru dengan potongan kebaya. Mesti mereka mengaitkan ianya datang dari seberang sedangkan saya dapat ilham yang mana kesemua rekaan berteraskan ilham timur, dan tiada kena mengena dengan menceduk idea asal dari negara seberang.”
Jovian turut memberitahu bahawa rekaan kain yang dilihat seperti corak batik itu dibeli di Pasar Payang, Terengganu. Sudah pastilah yang mereka batik itu rakyat Malaysia, bukan?
“Cuma, saya ada menambah sedikit bulu burung kasawari di belakangnya untuk menambahkan elemen dramatik yang mencerminkan kekuatan wanita jelita.”
Kelainan yang ada pada rekaannya kali ini adalah dia telah mengambil ilham rekaan gaun pada era Victorian dan yang pasti Jovian menggunakan khidmat pekerja yag terbaik sahaja sehingga dia berpuas hati dengan hasil kerjanya kali ini.
kalau model tu pakai tudung lagi kena kut..
Sumber : tupai