Results 1 to 3 of 3

Thread: Kronologi & sejarah penting negara 1786 – 2003

  1. #1
    Member faez274's Avatar
    Join Date
    Sep 2012
    Location
    Terengganu
    Posts
    69
    Post Thanks / Like

    Kronologi & sejarah penting negara 1786 – 2003

    KRONOLOGI & SEJARAH PENTING NEGARA 1786 – 2003


    1786:
    Sir Francis Light tiba dari Britain dan memperoleh Pulau Pinang daripada Sultan Kedah.




    1819:
    Sir Thomas Stamford Raffles membuka pelabuhan perdagangan bebas untuk
    Britain di Singapura.



    1824:
    Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Belanda secara rasmi
    menyerahkan Melaka kepada Inggeris.



    1826:
    Singapura, Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah pentadbiran Inggeris
    dengan panggilan Negeri-negeri Selat.


    1832:
    Singapura dijadikan ibu negeri bagi Negeri-negeri Selat.


    1841:
    James Brooke menjadi Rajah Putih atau Rajah Sarawak.


    1881:
    Syarikat Berpiagam Borneo Utara menubuhkan pejabat di Borneo Utara
    (sekarang Sabah).


    1888:
    Borneo Utara, Brunei dan Sarawak menerima perlindungan British.


    1896:
    British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak,
    Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.


    1905:
    Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan bertujuan menyediakan pendidikan
    kepada bakal-bakal pentadbir dalam kerajaan British.


    1915-1941:
    Tanda-tanda awal semangat nasionalisme mula dirasai bila British
    mengamalkan dasar pecah dan perintah.


    1922:
    Maktab Perguruan Sultan Idris dibuka di Tanjung Malim, Perak.


    1931:
    Sekolah Pertanian Tanah Melayu dibuka di Serdang, Selangor.


    1941-1945:
    Perang Dunia Kedua merebak ke Tanah Melayu dengan ketibaan dan
    pendudukan Jepun yang penuh ketakutan, kesengsaraan dan tragedi.


    1945:
    Jepun menyerah kalah, menandakan berakhirnya Perang Dunia Kedua. British
    kembali ke Tanah Melayu.


    1946:
    British merencanakan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) tetapi dibantah
    keras orang-orang Melayu.


    1946:
    Datuk Onn Jaafar mengasaskan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu
    (UMNO).


    1948:
    Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani. Permulaan zaman
    Darurat, iaitu pemberontakan pengganas komunis selama 12 tahun.1948 Institusi pengajian tinggi awam pertama di Tanah Melayu, Universiti Malaya
    dibuka di Kolej Perubatan Raffles, Singapura.


    1952:
    UMNO dan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) berganding dalam pilihan raya
    bandaran pertama di Kuala Lumpur.


    1953:
    Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan Kongres India SaTanah Melayu (MIC) ditubuhkan.


    1954:
    Tunku Abdul Rahman Putra mengetuai rombongan ke Britain untuk menuntut
    kemerdekaan, namun tidak begitu berjaya.


    1955:
    Pilihan Raya pertama bagi Semenanjung Tanah Melayu diadakan dengan
    lancar dan berakhir dengan kemenangan besar bagi Perikatan. Tunku Abdul Rahman
    dipilih menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.


    1956:
    Tunku Abdul Rahman sekali lagi mengetuai rombongan ke London untuk
    mengadakan rundingan kemerdekaan. Britain bersetuju memberikan kemerdekaan.
    kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.


    1956:
    Sekembali dari London, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh
    kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.


    1956:
    Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk merumus dan memperhalusi draf
    Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perikatan menyerahkan memorandum
    yang dipanggil Pakatan Murni, yang mengusulkan tolak ansur antara kaum di negara
    ini. Memorandum ini menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja
    Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa
    orang Melayu dan kerakyatan sama rata..


    1957:
    Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British. Tunku Abdul Rahman
    Putra menjadi Perdana Menteri pertama manakala Dato’ Abd Razak Hussein menjadi
    timbalannya.


    1957:
    Majlis Raja-raja berkenan memilih gelaran “Yang di-Pertuan Agong” bagi Ketua
    Negara Persekutuan Tanah Melayu, dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
    Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dipilih menjadi Yang diPertuan Agong pertama.


    1959:
    Yang di-Pertuan Agong merasmikan kampus Universiti Malaya di Kuala
    Lumpur.


    1961:
    Tunku Abdul Rahman mengusulkan penubuhan Malaysia, yang merangkumi
    Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.


    1963:
    Kelahiran negara baru yang diberi nama Malaysia, meliputi Semenanjung
    Malaysia, Singapura, Sabah (dahulunya Borneo Utara) dan Sarawak.


    1965:
    Singapura keluar dari Malaysia lalu menjadi sebuah negara merdeka.


    1969:
    Rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas Pilihan Raya Persekutuan.
    Keadaan darurat diisytiharkan dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan,diketuai Dato’ Abd Razak. Di bawah MAGERAN, keamanan dipulihkan dan urusan
    seharian kembali seperti sedia kala di ibu negara.


    1970:
    Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan. Dato’ Abd Razak mengambil alih
    sebagai Perdana Menteri Kedua.


    1970:
    Universiti Kebangsaan Malaysia dibuka di Kuala Lumpur.


    1970:
    Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi
    di kalangan rakyat.


    1971:
    Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan
    Persidangan Islam (OIC) yang pertama.


    1976:
    Tun Abd Razak meninggal dunia di London. Dato’ Hussein Onn menggantikan
    tempatnya sebagai Perdana Menteri Ketiga.


    1981:
    Dato’ Hussein Onn meletak jawatan dan melantik Dato’ Seri Dr Mahathir
    Mohamad sebagai Perdana Menteri keempat.


    1985:
    Malaysia memulakan peralihan ekonomi dari yang berasaskan pertanian ke
    ekonomi berasaskan industri kilang. Kereta nasional pertama, Proton Saga
    dikeluarkan dari kilang pembuatan di Shah Alam.


    1996:
    Malaysia melancarkan satelit pertamanya, Malaysia East Asia Satellite
    (MEASAT) dan siaran TV satelit pertama.


    1997:
    Sistem Transit Rel Ringan (LRT) pertama negara dilancarkan di Kuala Lumpur.


    1997:
    Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur setinggi 425m muncul sebagai
    bangunan tertinggi di dunia.


    1998:
    Kegawatan ekonomi melanda dunia, namun Kuala Lumpur berjaya menjadi
    ibukota negara Asia pertama menjadi tuan rumah Sukan Komanwel.


    1999:
    Putrajaya mengambil alih peranan Kuala Lumpur sebagai Pusat Pentadbiran
    Kerajaan Persekutuan.


    1999:
    Sistem transit rel ringan automatik tanpa pemandu terpanjang di dunia, PutraLRT dilancarkan di Kuala Lumpur dan kawasan sub-bandarnya.


    1999:
    Litar Antarabangsa Sepang dibuka; Malaysia menganjurkan Grand Prix
    Formula Satu buat kali pertama, yang ditaja syarikat minyak negara, Petronas.


    2000:
    Malaysia menyambut alaf baru sambil melangkah keluar dari kemelesetan
    ekonomi dengan daya dan gaya tersendiri.


    2003:
    Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak XIII Pergerakan
    Negara-negara Berkecuali (NAM) di Kuala Lumpur.


    2003:
    Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sesi Ke-10 Sidang Kemuncak
    Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Putrajaya.2003 Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepimpinan Malaysia kepada
    Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu peralihan kuasa yang berjalan lancar.

  2. Thanks MKay123 thanked for this post
    Likes munarr, supernova liked this post
  3. #2
    Junior Member
    Join Date
    Jan 2009
    Posts
    8
    Post Thanks / Like

    Terbaik, mcm buku sejarah...


  4. Thanks faez274 thanked for this post
    Likes faez274 liked this post
  5. #3
    Senior Member
    MKay123's Avatar
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Ipoh
    Posts
    2,122
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    2
    -MBA IPOH-
    -KTBFFH-








  6. Thanks faez274 thanked for this post
    Likes faez274 liked this post

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •