~kisah 1 - ratu cinta~
" Cerita ni diceritakan oleh seorang Cikgu Matrix. Cerita ni berlaku di Kolej Perempuan. Ada sorang budak tinggal dengan roomatenya. Pada suatu hari apabila budak tersebut balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia minta roomatenya menutup suiz lampu. Dengan selamba roomatenya mengjulurkan tangannya yang memanjang seperti Plastic Man dan terus menekan suiz lampu. Bila melihatkan perkara ini, budak tu terus lari keluar dari bilik.
Bila diceritakan kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati dia hanya tinggal seorang tanpa roomate kerana katil dan almari sebelahnya kosong. Keesokannya bila dibuat pertanyaan di Pejabat Kolej, mereka dapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud. "
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
~kisah 2 - mehan~
"Ada sebuah bas ronda pagi-pagi tanpa pemandu, bas tu sangat buruk, tiada berlampu, akan lalu dalam 2-3pagi. Paling kerap cerita ni keluar bila time nak final exam sebab ramai yang study sampai lepas lewat tengah malam. Dengar deruan enjin bas yang ala-ala rosak dan asap bas tapi bila jenguk tak nampak apa-apa. Tapi pernah satu kes, ada budak pernah nampak tapi ngeri sebab bas antik macam zaman sebelum Merdeka."
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
~kisah 3 - seroja23~
"cter pasal bus ni ada betulnya..kalau terdengar bunyi bas kul 3 pagi maybe tu la dia bas yg xde driver tu. tp kadang2 jgn confuse lak ngn bas jelita. aku selalu je dgr bunyi bas time2 cm tu. selalu buat2 xtau je. ada sorg kawan aku blok f siap p jengok lagi bas tu time intersesi. apa lagi, xleh tdo malam, 2 malam pas tu. katil dia kena goncang n selalu kena kacau."
"aku pernah ber roomate dgn seorg yg background family dia ada saka. secara x langsung dia pon ada sekali la. dlm bilik kitorg tu mcm2 dia leh nampak. pompuan rambut panjang menggerbang ujung katil aku la, pompuan buruk jengah dlm bilik la, org dok jengok dia tgh sidai kain depan bilik la, huhuhu..kadang2 time org tgh ramai dlm bilik pon kawan aku leh nampak benda tu lalu lalang. sabo je la. roomate au cuma akan bagi tau aku keesokannya hari tu. sebab dia xnk aku takot. huhuhu.. "
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
~kisah 4 - ridz09~
"teringat masa duduk uum dulu... kalau tak silap duduk asrama yg paling tinggi dan paling jauh, dah tak ingat nama apa, mlm tu pegi la kat public phone tepi tangga, bersebelahan tu bukit, mmg tersorok skit, pegi sorang diri je sbb nak telefon mak, nak bagitahu kat mak nak balikkkkkk....bila pegi kat public phone tu dah ada org bergayut....lame sangat, boring tunggu sy naik la kat bilik, dah la lewat dah...kak senior yg sebilik tanya pegi mane, sy bagitau dia kata nak telefon tapi dah ada org, kakak tu bagitau berhati2 sikit sbb dah ada peristiwa yg kwn dia nak telefon kat public phone tu la, dah ada org, punya la lama tunggu, tiba2 duit syiling dia terjatuh, mungkin dah lenguh sgt pegang segenggam duit syiling tu, dia pun kutip la duit tu, bila dia tunduk je...mak oiiii, perempuan yg sedang bergayut tu takde kaki.....berdesup dia naik ke bilik, seminggu jugak la demam"
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
~kisah 5 - one_8482~
"ceta yang pasal bas tu aku penah tgk..bas dia bunyi mengalahkan kapal terbang.kuat gile..laju ni xyah cakap la.kalau ada bumper pon dia x slow.redah ja. tapi setiap bus stop bas tu mst stop and pintu bas terbuka.xda pon org turun..pastu bas tu gerak ke hentian lain lak.."
"aku penah dengaq ceta pensyarah kena kacau time wat kelas malam.. sorang pensyarah ni wat kelas malam. bila dia start kelas x sampai 15 minit, dia cakap kelas dah tamat.so bebudak pon heran la.pensyarah tu suh budak2 cepat balik.esoknyer time kelas bebudak tanya la kat si pensyarah ni napa kelas kejap bebeno semalam. so si pensyarah ni pon ceta r kata dia nampak askar2 jepon dok beratur panjang kat belakang bebudak 2.."
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*