Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 12

Thread: ~ Koleksi Cerita Hantu UUM I ~

  1. #1
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9

    ~ Koleksi Cerita Hantu UUM I ~

    ~kisah 1 - ratu cinta~
    " Cerita ni diceritakan oleh seorang Cikgu Matrix. Cerita ni berlaku di Kolej Perempuan. Ada sorang budak tinggal dengan roomatenya. Pada suatu hari apabila budak tersebut balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia minta roomatenya menutup suiz lampu. Dengan selamba roomatenya mengjulurkan tangannya yang memanjang seperti Plastic Man dan terus menekan suiz lampu. Bila melihatkan perkara ini, budak tu terus lari keluar dari bilik.

    Bila diceritakan kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati dia hanya tinggal seorang tanpa roomate kerana katil dan almari sebelahnya kosong. Keesokannya bila dibuat pertanyaan di Pejabat Kolej, mereka dapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud. "

    *~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
    ~kisah 2 - mehan~
    "Ada sebuah bas ronda pagi-pagi tanpa pemandu, bas tu sangat buruk, tiada berlampu, akan lalu dalam 2-3pagi. Paling kerap cerita ni keluar bila time nak final exam sebab ramai yang study sampai lepas lewat tengah malam. Dengar deruan enjin bas yang ala-ala rosak dan asap bas tapi bila jenguk tak nampak apa-apa. Tapi pernah satu kes, ada budak pernah nampak tapi ngeri sebab bas antik macam zaman sebelum Merdeka."

    *~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

    ~kisah 3 - seroja23~
    "cter pasal bus ni ada betulnya..kalau terdengar bunyi bas kul 3 pagi maybe tu la dia bas yg xde driver tu. tp kadang2 jgn confuse lak ngn bas jelita. aku selalu je dgr bunyi bas time2 cm tu. selalu buat2 xtau je. ada sorg kawan aku blok f siap p jengok lagi bas tu time intersesi. apa lagi, xleh tdo malam, 2 malam pas tu. katil dia kena goncang n selalu kena kacau."

    "aku pernah ber roomate dgn seorg yg background family dia ada saka. secara x langsung dia pon ada sekali la. dlm bilik kitorg tu mcm2 dia leh nampak. pompuan rambut panjang menggerbang ujung katil aku la, pompuan buruk jengah dlm bilik la, org dok jengok dia tgh sidai kain depan bilik la, huhuhu..kadang2 time org tgh ramai dlm bilik pon kawan aku leh nampak benda tu lalu lalang. sabo je la. roomate au cuma akan bagi tau aku keesokannya hari tu. sebab dia xnk aku takot. huhuhu.. "

    *~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

    ~kisah 4 - ridz09~
    "teringat masa duduk uum dulu... kalau tak silap duduk asrama yg paling tinggi dan paling jauh, dah tak ingat nama apa, mlm tu pegi la kat public phone tepi tangga, bersebelahan tu bukit, mmg tersorok skit, pegi sorang diri je sbb nak telefon mak, nak bagitahu kat mak nak balikkkkkk....bila pegi kat public phone tu dah ada org bergayut....lame sangat, boring tunggu sy naik la kat bilik, dah la lewat dah...kak senior yg sebilik tanya pegi mane, sy bagitau dia kata nak telefon tapi dah ada org, kakak tu bagitau berhati2 sikit sbb dah ada peristiwa yg kwn dia nak telefon kat public phone tu la, dah ada org, punya la lama tunggu, tiba2 duit syiling dia terjatuh, mungkin dah lenguh sgt pegang segenggam duit syiling tu, dia pun kutip la duit tu, bila dia tunduk je...mak oiiii, perempuan yg sedang bergayut tu takde kaki.....berdesup dia naik ke bilik, seminggu jugak la demam"

    *~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

    ~kisah 5 - one_8482~
    "ceta yang pasal bas tu aku penah tgk..bas dia bunyi mengalahkan kapal terbang.kuat gile..laju ni xyah cakap la.kalau ada bumper pon dia x slow.redah ja. tapi setiap bus stop bas tu mst stop and pintu bas terbuka.xda pon org turun..pastu bas tu gerak ke hentian lain lak.."

    "aku penah dengaq ceta pensyarah kena kacau time wat kelas malam.. sorang pensyarah ni wat kelas malam. bila dia start kelas x sampai 15 minit, dia cakap kelas dah tamat.so bebudak pon heran la.pensyarah tu suh budak2 cepat balik.esoknyer time kelas bebudak tanya la kat si pensyarah ni napa kelas kejap bebeno semalam. so si pensyarah ni pon ceta r kata dia nampak askar2 jepon dok beratur panjang kat belakang bebudak 2.."

    *~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

    ~kisah 6 - mehan~
    "Dalam sebuah Dewan kuliah yang besar tapi student tak berapa ramai, seorang lecturer wanita masuk mengajar permulaan satu bab, memberi penerangan dan student sume pun concentrate mendengar dan amik notes. Tiba-tiba je waktu masih tengah mengajar, lecturer tu stop sekejap, lepas tu dia kata " Sorry class, saya rasa agak kurang sihat malam ni, apa kata kita tangguhkan kelas awal malam ni. Kita jumpa next class, semua boleh bersurai, sekian, terima kasih". Apa lagi semua pun baliklah sebab lecturer dah cakap macam tu. So, lepas beberapa hari ada student yang datang jumpa lecturer tu dan tanya "Puan, hari tu waktu kelas malam tu puan tamatkan sebab puan nampak sesuatu dalam kelas kan?" kata student tu. "Eh, macam mana awak tahu? Ingatkan saya sorg yg nmpk" balas lecturer tu. "Ada juga beberapa org yg nampak malam tu, tapi kami diam sahaja takut jadi kecoh" kata student lagi."

    "Sebenarnya semasa mula mengajar malam tu kelas memang tak berapa penuh, jadi banyak kerusi yang kosong... jadi lecturer yg mengajar akan dapat lihat setiap student dia, waktu itulah lecturer ni tiba-tiba terperasan ada sorg "student wanita" yg tiba-tiba muncul di tempat duduk paling belakang. Tapi wajahnya tak jelas sbb jauh cuma kelihatan berbaju kurung putih dan berambut paras bahu. Tapi sekelip mata bila lecturer ni menoleh lagi, susuk student ni beralih ke tempat duduk depan pula, makin lama lecturer menoleh dan perhati kedudukan gadis ni makin ke depan, makin depan, semuanya berlaku sekelip mata. Jadi tatkala lembaga ni dah hampir sampai ke ruang depan kuliah...Terus lecturer ni tangguhkan kuliah malam tu utk elak kejadian2 yang lebih menyeramkan berlaku. Dia beranggapan hanya dia seorang yang nampak lembaga wanita berbaju putih tu tapi rupanya segelintir students dia pun rupanya nampak."

    *~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

    ~kisah 7 - kupu2siang~
    "ni yg berlaku tahun 90-91 kan? aku 1st batch uum sintok...mula2 sintok dibuka...time ni mang ada kapal terbang yg terhempas...tak pasti lak pasal nak tunjuk kat awek dia ke apa...yg pasti memang mangsa wat latihan la kat situ..diberitakan sepatutnya pesawat latihan tu terhempas kat kafe kolej yg berdekatan tu...kafe tu memang tempat tuju students makan2 dulu...paling ramai...tapi ada tiba2 ada yg nampak pesawat mcm wat ala2 korner baring gitu tu yg sangkut kat kolej tu...lepas dpd tu tak ramai berani balik mlm2 lalu kolej tu...sbb ada yg pnh ternampak ada makhluk ala2 rentong kat atap kolej tu.."





    Sumber - [1] [2]
    Last edited by lolly lilly; 26-11-12 at 04:55 PM.
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.σм ║▌║▌║█│▌

  2. Thanks Xor, takiya89, pai, loloq71 thanked for this post
    Likes tin_kosong_je, sH@m, Xor, pai, loloq71 liked this post
  3. #2
    Senior Member

    pai's Avatar
    Join Date
    Aug 2008
    Location
    NT-D SYSTEM
    Posts
    20,113
    Post Thanks / Like
    hehehe.... seramnye..... tp klu bace siang2 mcm ni kn xtakut..... mintak part 2 plak cik lolly....hik3


  4. #3
    Senior Member
    norman05051984's Avatar
    Join Date
    Jan 2007
    Posts
    1,509
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    11
    cite pasal bas tu memang ade dengar. kene plak bilik aku menghadap jalan so selalu dengar bunyi bas lalu lalang. kitorg penah wat mcm seeker tu tapi xde pon bas antu tu.

    ~bas yg lalu lalang tu bas express yg masuk UUM anta budak2 ni.selalu dalam 4-5 pagi.

    So myth busted

  5. #4
    Senior Member

    pai's Avatar
    Join Date
    Aug 2008
    Location
    NT-D SYSTEM
    Posts
    20,113
    Post Thanks / Like
    kiranye citer bab bas ni mitos je la norman.... hehehehe...seeker tu....


  6. #5
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,856
    Post Thanks / Like
    cite klas mlm cam best plak..


  7. #6
    Junior Member
    Join Date
    Dec 2007
    Posts
    7
    Post Thanks / Like
    x mustahil semua tu wujud lagi dalam zaman yang serba moden ini
    sebab memang semua itu adalah angkara iblis dan syaitan...untuk menyesatkan umat manusia...

  8. #7
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9
    memg kte kne prcaya, tp kte xley taksub sgt~ sush jgk kalo taksub nnti, xpasal2 jdik syirik~
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.σм ║▌║▌║█│▌

  9. Likes pai liked this post
  10. #8
    Junior Member
    Join Date
    Jul 2013
    Location
    kulim
    Posts
    13
    Post Thanks / Like
    agakla seram cls malam tuu. hantu tu tak wujud , smua tu kan iblis , jin ~

  11. #9
    Senior Member Mat Jo's Avatar
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    205
    Post Thanks / Like
    segerombolan langsuir, jumpa seekor pun dah cabut, nie jumpa satu geng, mau x mereng

  12. #10
    Senior Member

    imSFCTWU's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Location
    Tawau
    Posts
    1,278
    Post Thanks / Like

Page 1 of 2 12 LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •