Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
...
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata,
"Oh, itu ke sebabnya kamutanya pasal pendapatan ayah?
Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintaksampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cariduit, kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik..tidur!
Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam danperlahan-lahan dia
kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambilmemikirkan mengapa
anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang danterfikir kemungkinan
besar anaknya benar-benar memerlukan duit untukkeperluan di sekolah
kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitubanyak sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menujuke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamubenar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan
sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyumgirang.
"Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnyadan mengeluarkan sekeping nota
10 ringgit yang sudah renyuk terhimpitoleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.
"Kenapakamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dandari mana kamu
dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenungayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, diamenerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah
yang ayahbagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin takcukup duit..."
"Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi."Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..

Nah..ayah ambil duit ni.Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balikkerja awal esok.
Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amintanpa memandang wajah ayahnya..