Page 1 of 3 123 LastLast
Results 1 to 10 of 21

Thread: Adakah Sejarah Melayu Melaka ini benar???

  1. #1
    Member faez274's Avatar
    Join Date
    Sep 2012
    Location
    Terengganu
    Posts
    69
    Post Thanks / Like

    Adakah Sejarah Melayu Melaka ini benar???

    Dah lama ana fikirkan tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka ni.Adakah Kesultanan Melayu Melaka ini hebat atau sebaliknya.Ana mula terfikir selepas tamat alam persekolahan.Banyak persoalan yang bermain di dalam pemikiran kawe.Antaranya..benarkah Kesultanan Melayu Melaka ini hebat? Jika hebat ,kenapa begitu mudah Portugis menakluk Kota Melaka pada tahun 1511?Semua ni menjadi tanda tanya ...

    Kota Melaka
    Kota Melaka suatu ketika dahulu
    Pada suatu ketika dahulu,Kota Melaka sangat terkenal di mata penduduk dunia kerana kaya dengan hasil bumi dan kepimpinan Kesultanan Melayu Melaka yang sangat hebat.Pengaruh Kesultanan Melayu Melaka ni sehinggalah ke negeri Cina dan India.
    Ana percaya banyak lagi sejarah tidak bongkarkan rahsia kekuatan Kesultanan Melayu Melaka pada suatu ketika dahulu dan kepentingan pihak yang tidak mahu kita tahu.Pihak yg mana? Banyak pihak.Terutamanya puak Barat yang pro-Zionis.Ana percaya rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir dalam memutarkan belitkan cerita dan tidak membongkarkan rahsia sebenar kehebtan Kota Melaka.

    Kita sering di ceritakan dengan sejarah bahawa Kesultanan Melayu Melaka yg merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis krn Kesultanan Melayu Melaka bersifat kuno berbanding mereka.Kita di ajar kita tidak sehebat barat.Kita tidak mampu menepis kedatangan tentera2 mereka.Kita sering kali di ingatkan bahawa kita kalah krn pahlawan2 kita hanya menggunakankeris,tombak.lembing dan pedang sedangkan mereka memiliki pistol,senapang dan meriam yang mampu membunuh pahlawan2 Melaka daripada jarak jauh.Betul ker semua ni ?

    Pernah kita fikir? Sedangkan kitab taurat,zabur dan injil sudah pun mereka memutarkan belit cerita,mereka ubah2!.Ini kan pula sejarah Melayu!
    Kawe tertanya tanya! Kenapa Kota Melaka yang di gelar oleh Barat "Venice of The East" boleh kalah dgn mudah di tangan Portugis.Bukankah ia di akui penduduk dunia kota yang paling makmur dan kuat di rantau melayu pada zaman itu?Bukankah Kota Melaka sudah pun memiliki angkatan perang yang hebat termasuk kelengkapan kapal perang laut yang besar dan canggih di bumi melayu? Bagaimana boleh jatuh ke tangan portugis dengan mudah?Apakah org melayu ketika itu telah lama menerima para pengunjung & perdaganagn besar sprti Cina ,India dan Empayar Islam di Timur Tengah begitu daif dan mundur?Negara2 ini jauh lebih maju drpd negara barat ketika itu! Adakah bangsa kita bodoh dan kuno tidak tahu cara2 menjaga keselamatan bumi melayu?!!!

    Ideologi ana mengatakan TIDAK!!!
    Ana ada baca buku sejarah Kesultanan Melayu Melaka edisi Indonesia.Dalam buku ini ada sebut,ada kajian yang menunjukkan kerajaan2 Melayu Nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata2 api tebaik dunia menewakan negara2 barat sprti Sepanyol,Belanda dan Portugis.Catatan2 pengembara dan pedagang awal Eropah,India dan Cina juga menunjukkan kerajaan2 nusantara yg mengelilingi Kerajaan Melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam2 hebat dan berkuasa tinggi di dunia seperti Kesultanan Brunai,Kesultanan Sulu,Kesultanan Pattani dan beberapa kerajaan melayu lain di Asia Tenggara.
    Istinggar
    Malah,ada catatan2 lama mengatakan Kerjaan Islam Turki Uthmaniyah juga pernah berurusan dengan Kerajaan Melayu untuk membeli meriam-meriam yang berkualiti.Apakah Kerajaan Melayu Melaka ni bodoh dan tuli tidak mendapatkan senjata daripada negara2 jiran? Sedangkan negara2 eropah berebut utk dapatkan senjata di rantau nusantara ini.
    Meriam
    Catatan Ketua Panglima Portugis ketika itu Alfonso D' Alburqueque pernah menyebut,setelah Kota Melaka di tawan ,Portugis telah merampas 3000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh hasil rampasan,ini bermakna ada 6000 pucuk meriam yang di miliki kerajaan Melayu Melaka dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu ! Ada catatan lain menyebut,ada orang Portugis terjumpa benda ajaib di Istana Melaka!Bila di pandang objek itu,muncullah muka manusia di dalamnya.Rupa2nya objek itu adalah cermin.Orang Portugis pertama kali menjumpainya! hebat bukan? Persoalannya lagi..Bagaimana Kerajaan yg sebegini hebat boleh jatuh ke tangan Barat?
    "Kerajaan yang begini hebat di nusantara hanya boleh ditewaskan oleh gabungan tentera-tentera Portugis,Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa,askar-askar upahan dari Goa,Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalam daripada para pedagang asing dan orang-orang melayu sendiri"
    Bagi pendapat ana.Kerajaan Melayu Melaka jatuh ke tangan bukan sbb org Melayu kuno yg hanya pandai bermain keris! Dari dahulu lagi Kerajaan Melayu Melaka sudah pun memiliki alat kelengkapan perang yang canggih.Malah lebih canggih daripada orang2 barat.Mereka sudah pun memiliki baju besi(kalis peluru),meriam,istinggar dan lain2 senjata api.Mereka yang memilih untuk berperang menggunakan keris dan lembing pula bukan calang2 orang!Ana percaya mereka juga memiliki kebolehan dari segi alat kelengkapan perang moden mahupun keris utk mematahkan serangan Portugis.

    Angkatan laut Melaka yg sering meronda sepanjang Selat Melaka,laluan dagang yg paling sibuk di dunia sehingga sekarang di akui kecekapannya.Di bawah tokoh berwibawa ketika itu Laksmana Hang Tuah dan Bendahara(Perdana Menteri) Tun Perak.,ia telah berjaya memukul dan melawan armada laut Siam dan juga mana2 pihak musuh.Bukankah ia cukup besar dan kuat utk menjamin keselamatan Kerajaan Melayu Melaka dan penduduk bumi melayu di bawah naungan Kerajaan Melaka?

    mungkin inilah kapal yg di dakwa mengelilingi selat melaka dahulu kala
    Hebat!
    Mampu meronda dari utara semenanjung shingga selatan ke Pulau Jawa,memantau dan menghidu pergerakan musuh sblm menghampiri pusat pemerintahan Kota Melaka.Bagaimana Melaka senang2 jatuh ke tangan Portugis? Di manakah angkatan laut Melaka ketika Melaka di serang? Aneh dan Pelik!


    Ada cerita2 orang tua menyebut,kebanyakkan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu Nusantara serta Kapal laut Melaka!Selain itu ada satu catatan Portugis,mereka ternampak sebuah angkatan laut yg di kenal pasti milik orang Melaka sedang bersiap sedia utk menyerang Kota Melaka.Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap sedia untuk merampas takhta bersama pengikutnya.Yang pasti.ada pihak yang belot! Namun,ada juga pihak pembelot terlepas dari catatan sejarah.


    Kelemahan dan pemberontakan yang berlaku dalam Kerajaan Melaka,ana berpendapat,ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan Sultan Melaka ketika itu.Sultan Melaka di dakwa kuat berfoya foya ,memilih kasih dalam pentadbiran,mengangkat pembesar yang tidak berwibawa dan melantik orang kanan yang tidak tahu mentadbir,gila kuasa dan korup.


    Apa pun nasi sudah menjadi bubur.Sultan Melaka ketika itu.Sultan Mahmud menjadi pelarian dan menurut ceritanya,beliau terpaksa hidup sbg seorang pelarian,hidup tidak aman dan hidup sbg seorang perempat.Adakah beliau menyesal? Seperti kata pepatah,sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna..
    -pemimpin yang bersifat adil,amanah dan mengikut syariat Allah.Pasti kuat dalam mentadbir sesebuah negara kerana tidak akan ada pembelot dalam pentadbiran sesebuat negara/kota-
    Firman Allah s.w.t

    • “Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (Al-An’am: 17)
      “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka ‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.” (al-Maidah :78)

    “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)
    "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,."(Al Baqarah 155).
    *Tujuan ana tulis adalah untuk kongsi bersama apa yang ana fikir selama ni.Puak2 pro-zionis dan puak2 kafir sanggup mereka cerita untuk kegunaan masa hadapan mereka sendiri.Bangsa kafir adalah bangsa yang tidak mahu mengalah.Contoh seperti cerita Pearl Habour,komando M'sia dan Pakistan yang menyelamatkan askar mereka ketika jepun menyerang kapal mereka,tetapi di dalam cerita Pearl Habour The Movie.Rakyat M'sia menjadi pembancuh air!


    Di dalam sejarah melayu,banyak lagi rahsia yang tidak di bongkarkan! Malah orang2 barat banyak membuat cerita palsu tentang sejarah dahulu kala.Kitab injil contohnya,mereka mengubah ayat2 yang ada di dalam kitab injil sehingga umat islam di tegah menggunakan Kitab Injil sbg bahan rujukan.Allahualam..


    Pendapat ana,golongan ini mereka cipta untuk kepentingan mereka sendiri dalam sesuatu bidang.
    "Sejarah ini penting untuk kita untuk membina sebuah bangsa yang berjaya hasil dari kesilapan masa lampau ataupun sejarah untuk tidak mengulanginya sekali lagi."
    Last edited by faez274; 13-11-12 at 08:29 PM.

  2. #2
    Member
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    48
    Post Thanks / Like
    encik. color font agak sukar utk dibaca. boleh tak change kaler? thanks btw.

  3. Likes fit4799 liked this post
  4. #3
    Member faez274's Avatar
    Join Date
    Sep 2012
    Location
    Terengganu
    Posts
    69
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by the_magician View Post
    encik. color font agak sukar utk dibaca. boleh tak change kaler? thanks btw.

    Thanks ats teguran the_magician... segala font wrna tlh diubah...

  5. #4
    Senior Member

    Join Date
    Apr 2008
    Posts
    111
    Post Thanks / Like
    menarik nie....

  6. #5
    Member faez274's Avatar
    Join Date
    Sep 2012
    Location
    Terengganu
    Posts
    69
    Post Thanks / Like
    ape yg mnrik? hehe

  7. #6
    Senior Member

    Join Date
    Apr 2008
    Posts
    111
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by faez274 View Post
    ape yg mnrik? hehe

    selalunya sejarah di tulis oleh pihak yang menang....... apa yang sebenarnya berlaku ???? pihak yang kalah sahaja tau... sebab tu menarik...

  8. #7
    Senior Member
    MKay123's Avatar
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Ipoh
    Posts
    2,122
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    2
    Terima Kasih sekaligus dpt membuka mata yang setelah lama tertutup mengaktifkan akal fikiran yang setelah lama tidak bernyawa.. ntah apa aku merepek ni
    -MBA IPOH-
    -KTBFFH-








  9. #8
    Junior Member
    Join Date
    Feb 2011
    Posts
    4
    Post Thanks / Like
    mnarik2..info yg blh dtrima oleh akal yg mmikir

  10. #9
    Junior Member
    Join Date
    Mar 2012
    Posts
    1
    Post Thanks / Like
    Sejarah itu akan benar mengikut siapa yang menulis,,,..kita sbgi anak jati kita akan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi...dan mengambil sejarah itu sbgi pengajaran...sejarah kita sekarang ditulis oleh sejarawan inggeris..mana pegi sejarawan melayu..apakah semua lenyap...di situ org luar akan mengambil peluang.....berhati hatilah...smasa membuat tindakan...
    #sye tahu sye masa muda....ttapi...sye ingin beri cdgn shje...lau slh tlog tunjukkan..trus terang umo sye baru 14 thn...doakan sye pmr thn depan tq..

  11. #10
    Junior Member
    Join Date
    Jan 2009
    Posts
    2
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    ehehe... klu ikut aku, sejarah zaman kita adalah versi inggeris... lg satu yg aku t'pikir, apa yg kita hilang utk dpt taraf kemerdekaan??

    Nih salah satu blog sejarah versi tempatan >> http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

  12. Likes lolly lilly liked this post
Page 1 of 3 123 LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •