Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 12

Thread: 12 misteri dalam dunia yang tidak dapat dibongkarkan sehingga sekarang

  1. #1
    Member faez274's Avatar
    Join Date
    Sep 2012
    Location
    Terengganu
    Posts
    69
    Post Thanks / Like

    12 misteri dalam dunia yang tidak dapat dibongkarkan sehingga sekarang

    Antara misteri2 didunia yang tidak dapat dirungkaikan sehingga kehari ini. Dipost ini akan diterangkan serba sedikit tentang misteri yang tidak dapat dirungkaikan itu.

    1. The mighty Incan Empire of South America
    Tamadun ini berkembang diantara kurun 1200 hingga 1535 AD . Mereka membangunkan sistem drainase dan kanal untuk memperluaskan tanaman mereka dan membina bandar2 diatas pergunungan batu curam seperti Machu Picchu.Walaupun tamadun ini maju tetapi kekuatan tentera mereka tidaklah sekuat mana pun.

    2. Ancient Pyramids in Giza , Egypt

    Tamadun mesir purba ini wujud sekitar tahun 2550 SM. Khafre dan Khufu adalah dua daripada tiga Piramid kuno di Giza , Mesir. Khufu adalah piramid yang terbesar, terdiri daripada lebih dari 2 juta batu dengan anggaran 1 batu bersamaan dengan 9 tan beratnya. Piramid dibina sebagai makam Firaun iaitu raja mesir purba.Pengkaji sejarah mesir purba percaya bahawa Piramid dibuat dari batu yang diseret dari kuari. Kemudian dibina oleh hamba2 abdi dan tukang2 batu yang mahir.Masih banyak lagi misteri2 yang tidak dapat dijawab oleh para pengkaji berkaitan dengan piramid ini.

    3. The Mayan Temple

    Menurut Kalendar the Mesoamerican Long Count yang dibuat oleh kaum Mayan, pada Disember 2012 menandakan hari terakhir dari kitaran masa dalam kalendar kaum Mayan. Ini telah membuatkan serba sedikit rasa takut pada ahli pengkaji sejarah kaum mayan yang percaya bahawa ramalan kaum Mayan adalah satu peringatan tibanya hari kiamat pada tarikh tersebut, sementara yang lain berkeras itu hanya satu salah faham matematik.Adakah Ramalan itu benar??? Ianya menjadi 1 misteri....

    4. The Legend of El Dorado

    The Legend of El Dorado berasal dari Muisca yang tinggal dinegara Colombia sekitar tahun 1000-1538 AD. Dalam sebuah upacara ritual untuk dewi mereka, ketua suku kaum ini akan menutupi dirinya didalam debu emas dan melompat ke tasik sebagai satu tanda persembahan. Ini melahirkan legenda bandar emas yang hilang dan ianya menjadi 1 misteri sehingga kehari ini.

    5. Easter Island

    Pulau Easter, juga dikenali sebagai Rapa Nui yang terletak sejauh 2.000 batu dari persisiran pantai negara Tahiti. Para penduduk asli(Polynesia) pulau kebanyakannya berasal dari tanah besar kemudiannya berhijrah kepulau tersebut sekitar tahun 400 antara 600 SM. Mereka membina banyak kuil dan patung yang dipanggil "moai", batu2 tersebut diambil dari seluruh kawasan pulau tersebut, termasuk disekitar kawasan gunung berapi. Para penyelidik masih mempersoalkan bagaimana batu2 besar dipindahkan.




    6. The Bermuda Triangle

    Segitiga Bermuda terletak dilautan Atlantik diantara Bermuda , Florida dan Puerto Rico. Tempat ini menjadi 1 misteri kerana bayak berlaku kehilang kapal laut dan kapal terbang yang melalui kawasan tersebut. Daerah ini mendapat namanya selepas Sgt .Howell Thompson, bersama-sama dengan 27 juruterbang tentera laut , lenyap dari kawasan segi 3 bermuda tersebut untuk melakukan penerbangan rutin pada tahun 1945. Ramai yang mengatakan kawasan tersebut mempunyai kuasa ghaib yang menyebabkan banyak berlakuanya kehilangan kapal2 tersebut tetapi banyak pakar berpendapat kejadian yang berlaku berpunca dari angin taufan dan kesalahan manusia sendiri .




    7. Aliens
    Kawasan 51 yang terletak di Tasik Groom di Nevada selatan, ditubuhkan pada tahun 1955 oleh Tentera Udara AS untuk membangunkan dan menguji pesawat baru seperti U-2 Spy Plane, A-12 Blackbird dan F - 117 Stealth Fighter. Pengkalan tentera Rahsia ini juga mangkaji tentang kewujudan UFO atau lebih dikenali sebagai makhluk asing. Adakah Makhluk asing itu wujud atau hanya rekaan Semata-mata untuk menakut-nakutkan manusia di dunia ini.





    8. Sphinx of Giza , Egypt

    Satu lagi keajaiban di Mesir ialah Sphinx of Giza memiliki tubuh singa dan kepala Firaun, para pengkaji meyakini patung itu dibina pada zaman pemerintahan Firaun yang telah membina piramid Khafre. Banyak misteri yang tidak dapat dijawab berkaitan dengan patung Sphinx itu. Adakah haiwan itu wujud pada zaman tersebut atau hanya satu simbol kekuasaan raja tersebut.

    9. The Stonehenge
    Satu pemandangan yang indah bila anda berada di Stonehenge yang terletak di Salisbury Plain , England. Kawasan ini adalah Salah satu kawasan yang menjadi tarikan pelancong yang datang ke England. Tahukah anda sebenarnya pada 5000 tahun dahulu tempat itu adalah satu kawasan perkuburan untuk mengebumikan mayat. Misteri yang tidak dapat dirungkai sehingga kehari ini berkaitan dengan Stonehenge ialah bagaimana mereka menyusun batu-batu tersebut...



    10. Stone Spheres in Costa Rica

    Penemuan batu ini berlaku pada awal 1940an di Costa Rica. Ianya dijumpa secara tidak sengaja oleh United Fruit Company yang menjalankan proses pengalian dikawasan batu tersebut dijumpai. Batu tersebut berbentuk Spera seperti bentuk bumi. Batu tersebut telah berusia lebih kurang 600 AD. Bagaimana ianya di hasilkan masih dalam misteri. Banyak para pengkaji percaya batu itu dibuat bertujuan untuk menyembah Tuhan matahari. Bagaimana canggihnya teknologi pada zaman dahulu kerana dapat mengukir batu sehingga menjadi bulat seperti bola.





    11. The Tunguska Explosion of Russia
    Letupan di Tunguska, Rusia terjadi sekitar pukul 07:14 pada tarikh 30 Jun 1908 . Jika diperhatikan Gambar diatas, punca pokok tersebut hanggus mungkin disebabkan satu letupan yang kuat, hampir 80 juta pokok dan 830 batu persegi musnah. Misteri yang berlaku dihutan itu ialah tiada tanda-tanda letupan yang berlaku dan bunyi letupan didengari. Sebahagian besar percaya bahawa itu disebabkan oleh serpihan Meteoroid, tetapi tiada kesan lubang batu meteoroid jatuh dan ada yang mengatakan ianya berpunca dari UFO.






    12. The Lost City of Atlantis
    The Lost City of Atlantis diperkenalkan kepada barat sekitar 2,400 tahun yang lalu oleh Plato yang menyatakan Atlantis adalah satu masyarakat maju pada zaman dahulu. Legenda mengatakan Atlantis telah tenggelam kerana gempa bumi, Ada yang berpendapat berkemudian Atlantis adalah sebuah kerajaan bawah air yang dilindungi oleh putri duyung. Kebenaranya masih menjadi satu misteri. Tempat terletaknya Kerajaan Atlantis masih lagi belum dijumpai dan para saintis masih lagi menkaji dimana letaknya kerajaan tersebut.


    P/S : Semua Artikel2 diatas adalah serba sedikit rujukan sahaja...jika ada yang tersalah dlm setia bab2 diatas minta dibetulkan.

  2. #2
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9
    wahhh menarik~ ada sumber dye x?
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.¢σм ║▌║▌║█│▌

  3. #3
    Senior Member

    supernova's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Langit Biru.
    Posts
    1,305
    Post Thanks / Like
    agaknya manusia zaman stonehenge tu di buat mungkin sebesar2 manusia kot. tu yg boleh susun batu jadi gitu. lagipun saiz nabi adam pun besar, tinggi dan ragam. tak macam saiz manusia skarang.

    wallahu'alam.

  4. #4
    Member faez274's Avatar
    Join Date
    Sep 2012
    Location
    Terengganu
    Posts
    69
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by supernova View Post
    agaknya manusia zaman stonehenge tu di buat mungkin sebesar2 manusia kot. tu yg boleh susun batu jadi gitu. lagipun saiz nabi adam pun besar, tinggi dan ragam. tak macam saiz manusia skarang.

    wallahu'alam.
    mungkin la... sebab ni semua ribuan tahun dahulu... saiz para nabi pun besar, sebagai contoh saiz replika baju nabi adam..


  5. Likes supernova liked this post
  6. #5
    Member faez274's Avatar
    Join Date
    Sep 2012
    Location
    Terengganu
    Posts
    69
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by lolly lilly View Post
    wahhh menarik~ ada sumber dye x?
    Sumber dye bleh rujuk kat wikipedia je.. tapi kebanyakan tntg keajaiban ni tidak ramai ketahui sejarah asalnya..

  7. #6
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    best2 misteri2 kat atas..


  8. #7
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9
    segitiga bermuda tu ske, sbb ada dlu, pesawat or kapal layar yg hilg kt c2 dijumpai kt tmpat lain~
    minat gler bca pasal mende ni dlu, sbb slalu kua dlm buku n mag. skarang rmai yg tataw mende2 ni~
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.¢σм ║▌║▌║█│▌

  9. #8
    Member faez274's Avatar
    Join Date
    Sep 2012
    Location
    Terengganu
    Posts
    69
    Post Thanks / Like
    org skrg dh ramai x ske ambil tahu pasal nie...

  10. #9
    Senior Member

    supernova's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Langit Biru.
    Posts
    1,305
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by faez274 View Post
    mungkin la... sebab ni semua ribuan tahun dahulu... saiz para nabi pun besar, sebagai contoh saiz replika baju nabi adam..

    masyaAllah. kalau betul nih, memang tak mustahil la stonehenge tu boleh dibina macam tu.

  11. #10
    Member faez274's Avatar
    Join Date
    Sep 2012
    Location
    Terengganu
    Posts
    69
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    Quote Originally Posted by supernova View Post
    masyaAllah. kalau betul nih, memang tak mustahil la stonehenge tu boleh dibina macam tu.
    mmg x mustahil...

Page 1 of 2 12 LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •