puihhhhh......drama je ni....kalu stakat nk buat org syok bce imaginasi ko, bek xyahla,
puihhhhh......drama je ni....kalu stakat nk buat org syok bce imaginasi ko, bek xyahla,
ramai yang anggap saya troll, atau imaginasi..
tetapi itu adalah kehidupan sebenar, yang dilalui sendiri oleh saya. saya amat berharap tuan-tuan semua tak mudah menilai atau menghakimi secara terus. baca dan fikirkan dan sampaikan lah pendapat tuan-tuan semua secara telus dan berhemah.
benar, saya bersalah. tetapi banyak perkara yang berlaku yang menjurus kepada perkara yang kini sedang berlaku. saya diambang final sekarang ni dan sedang sibuk mengulangkaji. cuma teringat post saya ini seandainya ada yang sudi membantu berkongsi idea atau jalan penyelasaian. tetapi yang banyak adalah cemuhan. tidak mengapa. itu adalah respon yang saya jangka akan berlaku. ramai yang sedia mengutuk, tetapi amat kurang yang sebenarnya sudi mengapai tangan insan ini dan membantu dengan seikhlas hati.
tentang wajah perempuan tu... saya tak faham kenapa harus diletakkan disini? saya anggap ini kisah peribadi saya dan saya tak expect untuk dedahkan identiti sesiapa pun. tapi cukup saya cakapkan. dia cantik. dan sehingga kini hanya gadis yang cantik saja mendampingi saya.
yang tak percaya, tak mengapa. saya tak minta kepercayaan dari sesiapa pun. yang saya pinta adalah kata2 nasihat dan pertolongan.
maaf ye membelah,
kalau sudah sampai ke sini kisah hdup tuan sedara, bila yang haram jadi keperluan ini dah mencari bala namanya..
apa pun, kalau kita Islam, ikut cara yang betul dalam islam..
beromen tanpa nikah yang sah tu dah kira degree dalam porno tuan..
P;s- Poligami itu sangat indah
mungkin cara saya mencari pertolongan adalah salah. saya sangkakan berkongsi masalah dalam seksyen petua dan nasihat ni, nasihat yang akan mendatang, tetapi ramai juga yang mencemuh dan mengeji. tapi tak mengapa. saya tak pernah memuliakan diri ini. biarlah saya dikeji sekalipun
bagi yang mungkin diluar sana benar2 ingin membantu dan ikhlas boleh la pm saya. setakat ini saja perbicaraan saya.
terima kasih