Page 3 of 7 FirstFirst 12345 ... LastLast
Results 21 to 30 of 64

Thread: Pandangan mengenai masalah peribadi yang sedang dihadapi oleh saya sendiri

  1. #21
    Senior Member
    zis's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    898
    Post Thanks / Like
    ahakzzz..

    buleh zis tau mr prototype amik master dalam bidang apa?
    Mega Service Boost Your Rank With Our Mega Service blogzis .com
    YouTube Adsense Increase Your Income With Youtube Adsense blogzis .com
    Ads by zis

  2. #22
    Member
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    74
    Post Thanks / Like
    saya ambil MBA. sebenarnya saya dah ambik keputusan untuk berterus terang. seperti dijangka. gadis tu sukar terima dengan baik. saya dituduh menipu dan macam2 lagi. tapi saya masih pujuk dia. kini saya sedih. saya jangka dalam hati saya, mencintainya. saya sedih menyebabkan dia sedih.

    dia masih berfikir samada nak teruskan hubungan kami atau tidak. dia masih fikir sama ada nak bermadu atau tidak. saya tak paksa dia. saya faham apa yang dia rasa. esok kami akan berjumpa. banyak yang saya akan cakap dengan dia. dia cakap terpulang pada penerimaan keluarga dia, samada mereka dapat terima suami orang sebagai menantu mereka.

    sebenarnya saya sunyi dalam ketenangan hidup yang saya ada sekarang. jujur saya cakap, hubungan kami suami isteri amat dingin. ini salah satu punca kenapa saya kerap cari gadis lain di luar. kekadang tak lebih dari sekadar teman untuk makan. saya rasa elok tak ceta panjang lebar tentang hubungan saya dan isteri, itu rahsia yang perlu saya jaga sebagai ketua.

    masalahnya saya tak susah untuk mendapatkan pengganti. ramai yang mudah tertawan dengan saya yang kononnya dilihat lelaki ideal.

    apa yang saya ingin cuma perhatian dan kasih sayang seorang perempuan. sounds like a desperate guy, but i am that desperate.

  3. #23
    Member
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    74
    Post Thanks / Like
    disini ada perempuan ke? sekadar nak tanya pendapat. sekiranya seorang lelaki approach anda, untuk bersama anda, mencintai dan menyayangi anda dengan alasan dia ingin seseorang yang dia boleh kasihi, yang menghargai dirinya, dan ingin kasih sayang dari seorang perempuan dan ingin memperisterikan anda, dan mengakui dia telah berkahwin dan tak dapat semua tu dari isterinya, walaupun sedaya upaya dia cuba menjernihkan hubungan tersebut. adakah anda akan terima lelaki itu sebagai suami anda? atau anda melihat dia sebagai seorang yang gagal dan tak mampu menjaga rumahtangga sendiri dan mencari jalan mudah dengan kawin lain?

  4. #24
    Senior Member faizalotai's Avatar
    Join Date
    Aug 2008
    Location
    only FBI know
    Posts
    2,000
    Post Thanks / Like
    Adakah prototype berterus terang dgn wife yg hubungan kekeluargaan semakin dingin sekarang?
    Dr story prototype dlm page dpn, prototype dah experience dlm hubungan mcm ni semasa anak pertama, soalan yg perlu prototype tanya pd diri sendiri, adakah prototype benar2 sayangkan wife prototype?(kesian bkn alasan)kena
    Disebabkan kedua2nya bekerja, jd masa yg terluang bersama agak terhad jd terasa dingin (kemungkinan penat, depressed ditempat kerja blk nak layan anak dan husband pulak), prototype sebagai ketua keluarga sepatutnya mencari jln bagaimana untuk pulihkan kembali keadaan..abaikan dahulu perempuan2 yg sanggup bersama prototype..

    sebab ni
    Quote Originally Posted by prototype_x0 View Post
    masalahnya saya tak susah untuk mendapatkan pengganti. ramai yang mudah tertawan dengan saya yang kononnya dilihat lelaki ideal.
    masalah yg prototype kena hadapi sebetulnya..kuatkan iman dan sedar pd tanggungjawab

    tp apapun semuanya ketentuan Allah..jodoh, mati, rezeki semuanya dlm pengetahuan Allah.

  5. Likes mizpearl liked this post
  6. #25
    Senior Member
    zis's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    898
    Post Thanks / Like
    ahakzzz..

    mr prototype amik MBA..sepatutnya mr prototype tau apa yg perlu dilakukan..sebab dalam MBA ada diajar cara nak settlekan case study..dalam case study tu kita kena buat alternative strategies..pastu kena buat pro and cons setiap alternative strategies tu..then dari sana kita choose the best strategi..the best strategy dipilih berdasarkan mana satu strategy yg memiliki lebih banyak kebaikkan daripada keburukkan..

    dalam MBA jugak ada diajar macam mana cara nak buat planning..short term dan jugak long term planning..macam mana nak solvekan problem dengan menggunakan the best strategy dan planning yg betul..kenapa tak praktikkan apa yg diajar dalam kehidupan sebenar? sebab zis rasa jalan yg mr prototype pilih tu lebih banyak mendatangkan keburukkan daripada kebaikkan..

    macam step2 yg zis dah bagi sebelum ni..kenapa zis suwuh tanya pada isteri dulu dan bukan pada gadis tu adalah sebab jika mr prototype tanya pada gadis tu dulu..andai kata gadis tu setuju..ini dah memberi harapan kepada gadis tu..sedangkan bila mr prototype tanya kepada isteri..tetiba2 isteri tak setuju..so how? sedangkan mr prototype dah bagi harapan kat gadis tu dan dia sanggup berkorban untuk jadi madu..

    dalam MBA diajar untuk menyelesaikan masalah..bukannya create another problem..sepatutnya mr prototype cuba carik macam mana cara nak selesaikan masalah hubungan yg dingin tu..maybe kesilapan tu adalah berpunca daripada mr prototype sendiri..bukannya dok lari dari masalah and create another problem dengan cara mencari pengganti..kalo betul kesilapan tu datangnya dari mr prototype sendiri..kawen sejuta pompuan pon masalah yg sama tetap akan timbul..mr prototype takkan puas walau berkawen dengan sejuta pompuan sekalipon..mesti nak carik pengganti yg lain jugak nanti..

    sebab zis rasa masalahnya skarang adalah mr prototype adalah seorang yg kasanova..kenapa? ayat ni dah cukup membuktikan yg mr prototype adalah seorang yg kasanova:

    Quote Originally Posted by prototype_x0 View Post
    ada yang cakap saya gatal nak berkahwin dua. tapi saya fikir betul jugak. saya perlu akui saya ni jenis gatal. kalau nampak perempuan cantik dan ada peluang, memang terus melekat la. dah berkawin pun tapi nampak macam bujang. memikat dan memenangi hati gadis yang cantik bukan satu masalah besar buat saya. dengan paras rupa dan sikap romantik yang saya ada, saya memang mampu mencairkan hati gadis yang cantik.
    dan zis rasa masalah ni sebenarnya dah selesai sebab mr prototype sendiri pon dah tau jawapannya dan cara penyelesaiannya dan apa yg mr prototype perlu lakukan:

    Quote Originally Posted by prototype_x0 View Post
    saya harap semua faham. saya tidak mahu melakukan sesuatu hanya untuk menurut kehendak diri sendiri tetapi biarlah semua pihak berpuas hati kelak. isteri, anak, gadis tersebut dan keluarga kami..
    mr prototype cakap nak semua pihak berpuas hati..sedangkan isteri mr prototype sendiri tak merestui hubungan tu dan tak izinkan mr prototype kawen dua..so apa yg mr prototype nak pening2 kepala lagi? berbalik lah pada pegangan yg asal iaitu tak nak melakukan sesuatu hanya untuk menurut kehendak hati sendiri ^^
    Mega Service Boost Your Rank With Our Mega Service blogzis .com
    YouTube Adsense Increase Your Income With Youtube Adsense blogzis .com
    Ads by zis

  7. Likes mizpearl liked this post
  8. #26
    Member
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    74
    Post Thanks / Like
    MBA really helps alot especially in dealing with work related issues. speaking pulak aku.

    tapi apa yang saya deal dalam hubungan rumah tangga ni. is more than that. siapa yang tak sedih kalau hubungan yang disangkakan akan bahagia, tapi dingin saja.

    saya bertanggungjawab sepenuhnya keatas masalah rumahtangga ni. saya masih rasa kurang selesa untuk berbincang secara terbuka hal rumah tangga. tapi bab berbincang dengan isteri dah banyak kali dah. tapi tak jalan jugak. nak bincang apa bila ditanya bila dibincangkan alih2 dalam perbincangan tu seolah2 saya bercakap seorang diri. i really mean it. my wife make an effort not to speak at all. dia akan diam buat tak tau saja. dia akan tengok tv saja. bila saya tutup tv dan ajak bincang, dia diam saja. seolah2 tak nak bercakap langsung.

    wahai tuan/puan bila hendak bincang sesuatu, pihak lain ambil keputusan untuk tidak bercakap apa-apa pun. they make effort not to speak. apa yang tuan/puan rasa. bukan sekali. bukan dua kali. tapi dah banyak kali.

    kes saya cari perempuan lain di luar rumahtangga saya, adalah kesinambungan dari pelbagai masalah yang melanda rumah tangga saya.

    tapi di sini saya tak ingin cerita lebih lanjut. jadi untuk kes saya ini, tuan/puan boleh assume that i have made effort to save our relationship. tapi gagal. sampaikan ibu bapa saya pun penah cakap kalau macam ni cara korang hidup, elok nkau kawin sorang lagi la. biar ada orang yang boleh jaga nkau. diaorang aware dan faham saya dah buat semua tanggungjawab saya. tapi diri saya ni tak dijaga dengan baik. dan tak nampak apa2 effort oleh my wife untuk berubah. CERAI? maaf. saya tak sanggup.

    siapa yang tak ingin rumahtangga yang bahagia? sekiranya hidup ini diberi pilihan, saya hendak pilih rumah tangga yang bahagia, tenang, aman makmur dan tak ada masalah. tapi ianya mustahil. sampaikan saya amat cemburu sekali melihat hubungan mesra rakan-rakan saya dengan isteri mereka. mereka amat bahagia sekali. saya sentiasa salahkan diri saya kerana saya sedar saya ketua keluarga dan ini tanggungjawab saya. sehingga ke suatu masa diri saya terlalu banyak berubah kearah yang lebih baik. tapi isteri masih sama macam dulu. sikit pun tak berubah.

    kerana ini bila saya bersama gadis lain. saya mendapat kegembiraan, kebahagiaan yang tak pernah dikecapi oleh pasangan saya yang halal. saya tahu hukum nya salah dan berdosa. tapi bukan nafsu yang ingin saya penuhi. tapi concern, perhatian, caring.

    selepas saya berterus terang kepada gadis tersebut. pada asalnya dia marah, sedih, kecewa..tetapi kini ketara sekali nadanya. dia seolah2 dapat menerima saya. dia kata "kalau wife tak bole jaga abang, biar saya jaga abang" dia seolah2 bersedia untuk bermadu. dia sanggup untuk bersama.

  9. Thanks faizalotai thanked for this post
  10. #27
    Senior Member
    zis's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    898
    Post Thanks / Like
    ahakzzz..

    nampaknya berbuih mulut kitaorg nasihatkan jgn carik masalah dan jgn bermadu..tapi mr prototype still jugak nak kawen lagi..so zis rasa takde gunanya lagi kita teruskan topic perbincangan ni sebab mr prototype dah ada keputusan sendiri..

    MBA adalah general..kita buleh manipulasikan benda tu dalam apa jua situasi..sebab zis dulu pon amik MBA jugak..dan skarang zis gunakannya dalam apa jua decision making yg zis nak buat..tak kisah laa pasal kerja ke..pasal kehidupan ke..atau apa saja..cuma perlu ditwistkan sikit aje..sebab yg penting kita tau mana yg terbaik dalam banyak2 alternative solution yg kita ada melalui perkiraan pro n con..

    sebab zis dah banyak tgk akibat org yg kawen dua ni apabila isteri pertama tidak merestui..kompom tak ke mana..sebab ingat aje hukum karma..hari ni kita buat org macam tu..esok lusa kalo bukan org tu..org lain yg akan buat kita balik..bila situasi tu berlaku..kompom mr prototype takkan puas kawen dua..mesti akan carik lagi yg ketiga..keempat..kelima..dan yg seterusnya..sebab pintu jalan tu dah dibukak..so lepas ni dah takde masalah untuk mr prototype untuk kawen tiga sebab mr prototype dah tau caranya..isteri2 bergado..anak2 saling membenci..mr prototype sendiri yg akan tersepit nanti..percaya lah cakap zis sebab zis dah banyak kali tgk depan mata sendiri kejadian2 tu berlaku..tapi kalo isteri pertama setuju dan redha itu lain cerita..insyaALLAH bahagia..
    Mega Service Boost Your Rank With Our Mega Service blogzis .com
    YouTube Adsense Increase Your Income With Youtube Adsense blogzis .com
    Ads by zis

  11. Likes mizpearl liked this post
  12. #28
    Member
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    74
    Post Thanks / Like
    tentang hukum karma. itu adalah ajaran buddha. saya tidak pernah sujud pada Gautama buddha, jadi saya tak percaya pada karma.

    sebenarnya saya masih belum buat apa-apa keputusan pun. saya lebih kepada memerlukan pandangan dan pendapat semua mengenai perkara ini. adakah wajar diteruskan. atau lebih baik dihentikan saja?

    saya ucapkan terima kasih kepada semua pandanga dan juga nasihat. untuk makluman gadis itu benar-benar ingin bersama saya. kini gadis itu dah pun berterus terang pada keluarganya dan mereka tidak membantah. saya akan berjumpa keluarga dia hari ahad ni.

  13. #29
    Member
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    74
    Post Thanks / Like
    saya ada dua staff. kedua2nya berkahwin dua.

    staf pertama. hazim, nama sebenar. dia kawin dua. tapi isteri pertama memang cukup perang dengan isteri kedua. isteri kedua dari pemerhatian saya agak lembut dan tolak ansur. anak2 semua dalam keadaan baik.

    staf kedua. hamid, juga nama sebenar. dia kawin dua. ini lagi best. isteri redha dengan perkahwinan dan mereka hidup aman bahagia. rumah pun dekat2..

    saya sebenarnya bukan la pro poligami. malah saya ni jenis seorang yang setia pada yang satu.

    tetapi la. andai tuan/puan ada di tempat saya, atau menyaksikan sendiri apa sebenarnya yang berlaku. mungkin tuan/puan sendiri akan nasihat supaya kawin saja yang lain.

  14. #30
    Senior Member
    zis's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    898
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    ahakzzz..

    zis pon tidak sujud pada ajaran buddha tapi zis percaya setiap apa yg kita lakukan akan mendapat balasan..buat baik dibalas baik..dan buat jahat dibalas jahat..

    gadis itu benar2 inginkan mr prototype dan mr prototype akan berjumpa dengan family dia..bagaimana pulak dengan isteri mr prototype? adakah dia rela bermadu? sekalipon family gadis tu terima..apa juga yg mr prototype buleh buat kalo isteri mr prototype tak rela? kan? its useless and nothing u can do..

    apa2 pon semoga bahagia..
    Mega Service Boost Your Rank With Our Mega Service blogzis .com
    YouTube Adsense Increase Your Income With Youtube Adsense blogzis .com
    Ads by zis

Page 3 of 7 FirstFirst 12345 ... LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •