Page 1 of 7 123 ... LastLast
Results 1 to 10 of 64

Thread: Pandangan mengenai masalah peribadi yang sedang dihadapi oleh saya sendiri

  1. #1
    Member
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    74
    Post Thanks / Like

    Pandangan mengenai masalah peribadi yang sedang dihadapi oleh saya sendiri

    Salam tuan/puan semua.

    Saya ingin berkongsi masalah peribadi yang mana disini saya tak harapkan penyelesaian tetapi mungkin jika ada pandangan atau panduan yang boleh dikongsi untuk bagaimana menangani masalah ni.

    Saya seorang yang telah bekerja sebagai profesional dan berkahwin serta mempunyai seorang anak berusia 2 tahun, dan isteri yang sedang mengandung 3 bulan. isteri juga bekerja. Alhamdulillah kami hidup dengan teratur dan selesa.

    Baru baru ni saya telah menyambung pelajaran secara separuh masa dalam master. Dan saya telah berkenalan dan bercinta dengan seorang gadis yang turut sama belajar dalam jurusan yang sama. kami mula bercinta dan semakin hari semakin erat.

    Gadis ini ada masalah yang tersendiri iaitu ada seorang lelaki yang amat mahu padanya tetapi dia bertepuk sebelah tangan. Tetapi masalahnya lelaki ini amat degil, panas baran dan mengugut serta bertindak melampaui batas seperti bergaduh, menyerbu ke pejabat dan memang sukar dibendung. Gadis ni memang tak mahu langsung dengan laki ini. Tetapi dia tak mampu berbuat apa2. Keluarga gadis ni pun sukar nak melakukan apa2 dengan orang seperti ni.

    Gadis ni mula berfikir untuk Berkahwin dengan saya dan ingin jadi isteri saya. Tetapi dia tak tau bagaimana nak hadapi halangan yang amat teruk dari laki tu.

    Di sebelah pihak saya pula. Saya mula serba salah sebab saya langsung tak beritahu kepada gadis ni yang saya dah pun berkahwin dan saya mula bimbang tentang penerimaan dia dan juga keluarga dikedua belah pihak. Dan paling penting bagaimana isteri saya hendak terima tentang perkara ni.

    Apa yang patut kami lakukan?

  2. #2
    Senior Member

    supernova's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Langit Biru.
    Posts
    1,305
    Post Thanks / Like
    Baguslah sebab awk masih fikir tentang perasaan isteri awk. alhamdulillah. disebabkan awk masih pentingkan isteri, mula2 sekali awk kena bagitau si gadis yang awk dah pun beristeri. tengok apa reaksi beliau.

    1) kalau si gadis tak setuju : awak kena lupakan dia. jangan ganggu dia, jangan sms, jangan call, jangan bbm, fb, whatsapp (whatsoever). kalau boleh, elakkan terus jumpa dia kat tempat study awk tu.

    2) kalau si gadis setuju jadi no 2 : ini masalah berat sikit lah. sebab awk kena terus terang dgn isteri. awk sendiri cakap awk bimbang penerimaan isteri. lgpun skang isteri sdg pregnant, jd terang2 lah awk kena cari masa yg sesuai. jgn main terjah jer. takut apa2 jadi pd kandungan dia kan.

    bila dah bagitau isteri of coz, lain pulak situasi nya. kalau isteri setuju bermadu, then awak akan live happily ever after la kan.

    cuma, saya percaya, things got complicated bila isteri tak boleh terima. and untuk kes ni, awk sendiri kena fikir WHY in the first place awak nak bercinta lagi, even awk dah pun ada isteri. hidup dah teratur, dah ada anak yang comel, otw lagi sorang, then just WHY awk nak cari skandal lg? kurang kasih sayang? hurm.. cliche di situ.

    so, dalam kesemua situasi di atas, apa yg awk perlukan sebenarnya ialah kejujuran dan keberanian. org cakap, berani buat berani lah tanggung. berani bercinta, berani lah pikul risiko dan akibatnya. sebaik-baiknya awk muhasabah diri balik. betul ke awk bercinta dgn gadis tu sbb awk betul sygkan dia, or awk just kesian dgn dia, or just sebenarnya awk perlukan kawan, dan bukan kekasih.

    macam tu jugak dgn gadis tu. betul ke dia nak kawin dgn awk sbb dia sygkan awk. atau dia wat awk as an escapism dr lelaki yang meroyan nak kan dia tu? berilah masa pada dia, dan beri masa jugak pada diri awk sendiri untuk fikir balik punca semua ni berlaku.

    kalau awk betul sayangkan isteri dan family awk sekarang, berlaku jujur lah. sebab permulaan suatu perhubungan yang dimulai dengan penipuan takkan ke mana. awk sbg lelaki, awk sendiri kena fikir dgn 9 akal yg tuhan bagi. jgn sia2 kan kelebihan yg tuhan bg tu.

    just my two cents.

  3. #3
    Senior Member
    zis's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    898
    Post Thanks / Like
    ahakzzz..

    bagi zis..1st step mr prototype kena berterus terang dulu dengan isteri pertama tentang hal percintaan mr prototype dengan gadis tersebut..berani buat berani tanggunglah kan..mintak izin dia untuk kawen dua..kita tgk apa reaksi isteri pertama..kalo dia izinkan..settle masalah dan buleh proceed ke step 2A..kalo si isteri tak izinkan terus masok step 2B..

    step 2A adalah berterus terang dengan si gadis tersebut yg mr prototype dah berkeluarga..kita tgk apa reaksi si gadis tu pulak..kalo dia sanggup terima dan rela jadi bini kedua..settle masalah dan buleh masok ke 3rd step..tapi kalo si gadis tu tabley terima..lupakan lah hajat untuk kawen dua..jgn mengada2 nak carik masalah lagi..zis percaya mr prototype buleh berpikir secara rasional sebab mr prototype pon tergolong dalam golongan profesional kan? ada master lagi..so mesti buleh terima kenyataan dengan profesional..

    manakala step 2B pulak adalah mr prototype pergi jumpa si gadis tersebut dan berterus terang yg mr prototype ni dah berkeluarga dan isteri pertama tak izinkan dan tak rela bermadu..by hook or by crook korang terpaksa melupakan kisah cinta korang tu..macam mana sekalipon mr prototype kena tegas pada pendirian..pikir secara rasional..kenang balik kisah masa zaman mr prototype mengorat isteri pertama dulu..on the way nak gi ngendap isteri pertama kat umah dia tetiba kena kejar anjing..masa dating kat bawah pokok tetiba kena sengat tebuan..susah senang korang bersama sampai dah ada anak pon..time mr prototype sakit dulu sapa yg jaga siang malam? time mr prototype tensen2 dulu sapa yg jadi penenang jiwa untuk mr prototype? kenang balik segala pengorbanan yg dah dilakukan oleh si isteri selama korang bersama..pengorbanan terbesar adalah melahirkan zuriat untuk mr prototype..ketika tu si isteri bertarung nyawa antara idop atau mati tau..silap haribulan si isteri buleh meninggal ketika melahirkan zuriat..so kenang balik segala pengorbanan tu..step ni abis kat sini sebab takde apa lagi yg korang buleh buat kalo dah isteri pertama tak mengizinkan..

    mr prototype buleh masok ke 3rd step bila si isteri dah setuju dan si gadis rela jadi bini kedua..so korang kawen aje lah tanpa ada apa2 halangan lagi..duit pon ada kan? so kira mampu lah..cuma dari segi keadilan tu zis tak masok campur sebab zis tak kenal mr prototype..harapnya mr prototype buleh berlaku adil pada kedua2 belah pihak..hehe..dan bila mr prototype dah kawen dengan si gadis nanti..mr prototype sebagai suami lah yg kena melindungi si gadis tu daripada laki panas baran tu..dalam bahasa kasar nya takkan tau nak buat anak aje kan? so tanggungjawab mr prototype lah yg kena berdepan dengan laki tu dan melindungi isteri2 mr prototype..

    tapi kalo mr prototype tak mampu atau takot atau tabley nak lawan jugak..settle cara baik tabley settle cara halus tabley settle cara kasar tabley..report aje sama pak pulisi..biar pak pulisi aje yg uruskan..hehe

    p/s: siap dah karangan SPM zis..nape zis rasa macam skema pulak eh? haha takpe yg penting ada chance dapat A dalam karangan BM ni..haha
    Mega Service Boost Your Rank With Our Mega Service blogzis .com
    YouTube Adsense Increase Your Income With Youtube Adsense blogzis .com
    Ads by zis

  4. Likes mizpearl, lolly lilly liked this post
  5. #4
    Junior Member
    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    4
    Post Thanks / Like
    Jarang Perempuan suka dimadukan...Kan nnti Meroyang isteri ko tu...

  6. #5
    Senior Member
    grankie's Avatar
    Join Date
    Aug 2009
    Location
    nyok tree
    Posts
    1,515
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    x tau la..bagi aku semua start dari 1st step..klu time berkenalan bagitau terus dah berkahwin lagi senang..klu aku camtu ja senang..x pening kepala..tapi klu dah jadi camni .. tgk pa nova n zis kasi nasihat tu

  7. #6
    Senior Member
    zis's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    898
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by taq3684 View Post
    Jarang Perempuan suka dimadukan...Kan nnti Meroyang isteri ko tu...
    ahakzzz..

    hehe tu in case kalo dia gatal jugak nak kawen dua..so zis try lah bagi nasihat..
    sepatutnya bak kata grankie tu..dari awal lagi jgn carik masalah..dari awal lagi kena setia pada yg satu..kalo dari awal lagi macam tu so takde laa masalah ni timbul..
    tapi apa buleh buat..skarang nasik sudah jadi bubur..berani buat berani tanggung aje lah..hehe
    Mega Service Boost Your Rank With Our Mega Service blogzis .com
    YouTube Adsense Increase Your Income With Youtube Adsense blogzis .com
    Ads by zis

  8. #7
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    setia pd yg satu, kesian kat isteri & anak..


  9. #8
    Junior Member
    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    26
    Post Thanks / Like
    senang.. kau berterus terang jela dengan perempuan tue.. then kau kau jmpa llaki yg kacau dy tue nasihat la or repot polis jea.. kau dah ade kehidupan yg bahagia.. kenapa nak kucar kacirkan keadaan.. nie pndapat aku je la..







    ~ superhero yang tiada super ~









  10. #9
    Member
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    74
    Post Thanks / Like
    Apa sebenarnya sebab poligami? kalau menurut agama? saya pun sebenarnya agak berat nak meneruskan hubungan cinta terlarang ni. Sebenarnya saya tak menipu pun cuma saya tak beritahu status saya saja dan gadis tu pun tak tanya dan mungkin tak syak apa2.

    Gadis ni pun dah mula beritahu pada mak dia ttg saya dan dia benar2 nak kawin dgn saya. Andai saya tolak saya risau ttg pengajian kami berdua. Saya kesian kat gadis ni takut dia frust dan tak teruskan pengajian dan end up dgn org yang dia memang tak nak.

    Tapi kalau saya teruskan juga saya risau penerimaan isteri saya. Apatah lagi dia sedang mengandung. Tapi saya akui saya tak dilayan dgn baik oleh isteri saya. Hubungan kami memang agak dingin. Mungkin sebab tu saya tak kekok dalam bercinta dgn gadis lain.

    Tentang laki tu memang wajar pun dilaporkan polis. Cuma gadis ni tak mahu repot sebab kesian.

    Sebenarnya saya suspek isteri saya tahu tentang hubungan saya tetapi dia tak bertanya apa2..

    Saya juga sedang cari waktu yang sesuai untuk berterus terang kepada gadis tu. Mungkin waktu cuti mid sem atau mungkin selepas final exam sebab tak mau study kami berdua terganggu.

  11. Dislikes denasor disliked this post
  12. #10
    Senior Member
    zis's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    898
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    Quote Originally Posted by prototype_x0 View Post
    Gadis ni pun dah mula beritahu pada mak dia ttg saya dan dia benar2 nak kawin dgn saya. Andai saya tolak saya risau ttg pengajian kami berdua. Saya kesian kat gadis ni takut dia frust dan tak teruskan pengajian dan end up dgn org yang dia memang tak nak.

    Tapi kalau saya teruskan juga saya risau penerimaan isteri saya. Apatah lagi dia sedang mengandung. Tapi saya akui saya tak dilayan dgn baik oleh isteri saya. Hubungan kami memang agak dingin. Mungkin sebab tu saya tak kekok dalam bercinta dgn gadis lain.
    ahakzzz..

    kawen dengan gadis tu kerana kesian? hehe..zis lagi kesian kat gadis tu sebab mr prototype buat dia macam tu..

    dan compared dengan isteri mr prototype..sepatutnya mr prototype lebih kesiankan isteri daripada si gadis..macam zis cakap laa hargai laa pengorbanan si isteri tu selama ni..berapa banyak dah dia berkorban untuk mr prototype..compared dengan frust untuk study dan bertarung nyawa..mana yg lebih besar pengorbanannya? mr prototytpe golongan profesional..sepatutnya mr prototype uleh berpikir benda ni dari mula..

    nasihat zis..jgn buat hal laa..sebelum hubungan tu pergi lebih jauh..baik hentikan skarang..jgn cerita dengan zis bab Islam..time berpoligami tau pulak nak cerita pasal Islam..tapi time curang di belakang isteri tak pulak pikir yang mr prototype dah melanggar hukum Islam? solat cukup ke 5 waktu? puasa penuh ke? kat umah baca al-quran ke? selalu berzikir ke? itu semua dituntut dalam Islam..Rasullullah SAW berpoligami sebab ingin membantu kaum hawa yg dalam kesusahan..tapi dalam kes mr prototype ni zis tak nampak pon di mana yg dikatakan mr prototype membantu kaum hawa..malah menyeksa kaum hawa lagi ada iaitu isteri mr prototype sendiri..

    cerita dengan sesapa pon mmg kompom semua org takkan setuju mr prototype teruskan hubungan tu..melainkan kalo mr prototype ikut step yg zis bagi tu iaitu mintak izin isteri dulu..jgn jumpa si gadis tu dulu sebab andai kata dia sanggup..itu dah memberi dia harapan..tup2 bila jumpa isteri pulak isteri tak setuju dan tak sanggup..kan ke lebih complicated tu nanti? so better jumpa isteri dulu..baru jumpa si gadis..tapi the best way among the best adalah jgn buat hal..itu aje..
    Mega Service Boost Your Rank With Our Mega Service blogzis .com
    YouTube Adsense Increase Your Income With Youtube Adsense blogzis .com
    Ads by zis

Page 1 of 7 123 ... LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •