Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 12

Thread: Gadis bertemu ibu di neraka

  1. #1
    Senior Member
    zis's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    898
    Post Thanks / Like

    Gadis bertemu ibu di neraka

    Assalammualaikum wbt..

    Seorang gadis datang menemui Rasullullah S.A.W dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

    Lalu Rasullullah S.A.W menegurnya, “Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”

    Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya:

    “Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini,” balas gadis tadi.

    “Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku,” Rasullullah S.A.W mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

    “Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.” Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. “Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.

    Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

    Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

    Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.

    Lalu aku bertanya kepada ayahku. “Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menangung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

    Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.

    Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.”

    Panjang lebar gadis itu bercerita sambil air matanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasullullah S.A.W kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah.

    Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasullullah S.A.W lantas berkata, “Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun.”


    Kredit kepada nije dari kampungfm.com

    Sumber: http://tazkirah-agama.blogspot.com/2...di-neraka.html
    Mega Service Boost Your Rank With Our Mega Service blogzis .com
    YouTube Adsense Increase Your Income With Youtube Adsense blogzis .com
    Ads by zis

  2. #2
    Senior Member

    supernova's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Langit Biru.
    Posts
    1,305
    Post Thanks / Like
    terima kasih zis atas peringatan nih..

  3. Likes echad_93 liked this post
  4. #3
    Senior Member syahas890's Avatar
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    MalaySia
    Posts
    461
    Post Thanks / Like
    bersedekahlah m'ikut tahap kemampuan kita...yg penting niat kerana ALLAH....

    . : nOrMaL iS bORiNG : .

  5. Likes tendude liked this post
  6. #4
    Senior Member
    Join Date
    Jun 2009
    Posts
    264
    Post Thanks / Like
    peringatan bersama

  7. Thanks shaifulnajwa thanked for this post
    Likes shaifulnajwa liked this post
    Dislikes shaifulnajwa disliked this post
  8. #5
    Senior Member wantwothree's Avatar
    Join Date
    Jun 2009
    Location
    here
    Posts
    301
    Post Thanks / Like
    insyaAllah..moga dapat jadi pedoman utk kita

  9. #6
    Senior Member fbredfox's Avatar
    Join Date
    Oct 2010
    Posts
    659
    Post Thanks / Like
    pengajaran dan petunjuk kepada kita dan generasi yg akan datang...
    اورڠ بياسا بوات باءيق، سنانتياسا برسڠك باءيق دان مڠڠڬڤ سموا اورڠ باءيق; اورڠ بياسا بربوات جاهت، سنانتياسا برسڠك بوروق دان بيرڠڬڤن سموا اورڠ جاهت سڤرتيڽ ...... ...... TOBAT LAHUM.... KITE BAKO JEEE.....

  10. Likes aripgrip liked this post
  11. #7
    Senior Member pkafirdaus's Avatar
    Join Date
    Jul 2012
    Location
    bandar saujana putra
    Posts
    322
    Post Thanks / Like
    sesetengah manusia mmg dh masuk neraka dan syurga sblm hari kebangkitan selepas kiamat ke?

  12. #8
    Member
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    melacca
    Posts
    30
    Post Thanks / Like
    “Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.”

  13. #9
    Junior Member runaldy's Avatar
    Join Date
    May 2009
    Posts
    22
    Post Thanks / Like
    "Yang kita sedekah/derma, yg tu laa harta kita yg sebenar. Yg kita duk beli kereta mahal-mahal, tu semua waris yg dapat." - kalau tak silap quote dari ustaz azhar idrus, tak pun ustaz ismail kamus. Tak pasti plak

  14. #10
    Senior Member
    fahmi_skeen's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Pasir Gudang
    Posts
    3,805
    Post Thanks / Like
    ~makan dipinggan, minum dicawan~


Page 1 of 2 12 LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •